Anda di halaman 1dari 5

SIMPULAN DAN IKATAN

PENDAHULUAN
Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan perlu
dipelajari dan dikuasai dalam pergerakan kepanduan. Seperti ahli
pengakap, ahli Pandu Puteri juga mempunyai sejarah penubuhan
yang hampir sama. Ini kerana, ia datang daripada ilham Lord Baden
Powell.
Banyak
kemahiran
yang
diajar
kepada
pengakap
turut
diperturunkan bagi Pandu Puteri termasuk dalam kemahiran ikatan
dan simpulan.
Kemahiran ikatan dan simpulan juga menjadi ukuran dan penilaian
dalam ujian yang ditetapkan oleh Pandu Puteri.

DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN


Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad lamanya.
Namun begitu, adalah sukar untuk dikenalpasti siapakah pelopor
kepada penggunaan simpulan dan ikatan ini.
Selain itu, adalah dipercayai bahawa penduduk Mesir telah
menggunakan tali sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan.
Dalam
kehidupan seharian, tali digunakan sepanjang masa, tempat dan
keadaan seperti di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan
juga kegiatan luar.
Terdapat 4 jenis definsi yang perlu diketahui tentang simpulan dan
ikatan iaitu:
a) Simpulan (knotting)
b) Ikatan (lashing)
c) Sembat (splicing)
d) Mematikan hujung tali (whipping)
a) SIMPULAN
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana
saiznya.
Ia juga turut digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana.
1

Antara contoh simpulan yang biasa adalah seperti:


- Buku sila
- Tindih kasih
- Simpul himpit
- Lilit dua simpul
b) IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan
untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan
sebagainya.
Contoh ikatan ialah seperti berikut:
- Ikatan seraya
- Ikatan serong
- Ikatan silang gunting
- Lilit balak
c) SEMBAT
Sembat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat
sesuatu peralatan.
Menyambung tali dengan menggunakan sembat adalah baik dan
selamat semasa digunakan.
Contoh sembat adalah seperti:
- Sembat balik
- Sembat pendek
- Sembat mata
d) MEMATIKAN HUJUNG TALI
Ahli dalam Pandu Puteri tidak akan menggunakan tali sebelum
tali itu dimatikan terlebih dahulu.
Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada tali itu terburai di
hujungnya.
Contohnya adalah seperti berikut:
- Lilit pemati biasa
- Lilit pemati selit
- Sembat balik

MODEL SIMPULAN DAN IKATAN


JENIS

Buku Sila

RAJAH

KEGUNAAN

Ikatan buku sila


digunakan untuk
mengikat kain
pembalut luka,
menyambung tali
yang sama besar
saiznya dan untuk
mematikan ikatan
barang-barang.

Kedua-dua punca
atau hujung tali
tersebut senang
dibuka semula

Bunga Geti

digunakan bagi
menyambung
hujung tal yang
tidak sama besar,
misalnya tali
perahu dengan tali
kapal.

Simpul
Tindih Kasih

Simpul penyelamat.
Untuk
menyelamatkan
seseorang dengan
memasukkan tajul
ke sekeliling badan.

Lilit
Dua Simpul

Kegunaan:
Mengikut hujung
tali ke gelung atau
mengelilingi tiang.

Lilit Pemati
Mudah

Kegunaan:
Supaya hujung
talai tidak terlerai.
Tali dapat
digunakan lebih
lama dan tidak
cepat rosak.
Tali sentiasa
kemas dan mudah
disimpan.

Ikatan
Pemukat

Simpul
Manuk/
Cincin Ayam

Simpul
Abah-abah

Kegunaan:
Membuat gelung
yang tidak mudah
terlungsur.
Menyambung dua
tali.
Untuk menyelamat.
Cepat membuatnya
dan sukar
dilonggarkan.

Mengikat tali ke
tiang.
Memula dan
mengakhirkan
ikatan.
Tidak mudah
mengelungsur.

Membuat tanjul di
tengah-tengah tali.
Untuk
membuat
tangga.

Anda mungkin juga menyukai