Anda di halaman 1dari 13

IKHTIAR HIDUP

Membuat Perangkap
Jenis-Jenis Jerat dan Perangkap Haiwan

Memburu merupakan salah satu kegiatan dan aktiviti warisan yang


dilakukan oleh masyarakat pada masa dahulu bagi tujuan mendapatkan
hasil makanan mahu pun dijadikan sebagai sumber ekonomi. Peralatan
tradisional yang biasa digunakan bagi kegiatan memburu adalah seperti
jaring, jebak, jerat, perangkap, dan lain-lain lagi.

Cara-cara pemasangan dan penggunaan peralatan tersebut adalah


bergantung kepada alat itu sendiri. Kebiasaannya, binatang-binatang yang
diburu adalah seperti pelanduk, landak, rusa, burung, binatang yang
menganggu seperti ular, harimau dan sebagainya
JARING

Jaring diperbuat daripada benang atau tali yang


disirat untuk tujuan tertentu.Besar dan lebarnya
bergantung kepada kegunaannya. Ia boleh
digunakan sebagai alat untuk memerangkap
ikan atau haiwan seperti burung dan kelawar.
Selain daripda itu, jaring yang dipasang
dikawasan lapang dan semak yang tidak
mempunyai pokok tinggi untuk memerangkap
burung wak-wak.
Satu alat yang dibuat daripada buluh dengan tebukan
lubang tertentu dan diberi muncung yang mempunyai
lidah bagi mengeluarkan bunyi apabila ditiup yang
dikenali pendekut.

Selepas menegakkan jaring pada dua tiang buluh atau


berlindung disebalik pokok dan meniup pendekut. Ia lazimnya
dilakukan pada waktu malam.

Pemburu burung wak-wak akan meniup pendekut ini dengan


bunyi yang mirip seperti wak-wak. Burung wak-wak yang
mendengar bunyi ini akan menghampiri kawasan dimana
terdapat bunyi dan apabila melalui jaring akan tersangkut.
JEBAK
Jebak ialah sejenis alat (perangkap) untuk memerangkap binatang, lazimnya
burung, biawak, musang, landak dan lain-lain. Jebak diperbuat daripada
rotan(kulit atau isi) atau buluh yang diraut menjadi bilah kecil dan dianyam
mengikut bentuk yang digemari. Biasanya jebak berbentuk separuh bulatan
dengan tapakyang rata, dilengkapi dengan pintu kecil dan tempat menggantung
jebak. Didalam jebak ini terdapat tali jerat yang dilaraskan kepada pintu jebak.
Pemburu (pemikat) burung akan meletakkan seekor burung yang mempunyai
suara merdu dalam jebak digunakan untuk memikat atau menggoda dan
menipu burung yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa
dibawa ke kawasan tersebut jebak ditutup dengan kain. Apabila tiba di kawasan
yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan di atas tanah
di mana penutup dan pintu jebak dibuka.
Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak.
Pemikat akan memerhatikan dari jauh. Suara (bunyi) burung dalam jebak
dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke
dalam jebak atau terkena jerat yang dipasang. Apabila burung masuk dan
terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup. Burung ini akan
dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga
yang menjualnya kepada kawan-kawan dan peminat burung. Terdapat juga
jerat bagi memerangkap binatang liar yang merosakkan tanaman seperti
musang dan tenggiling. Bagi tujuan ini ia dikenali sebagai perangkap
dimana ianya lebih besar dan diperbuat daripada bilah besi.

Bagi memerangkap binatang liar atau buas yang mengganggu dan


membahayakan ternakan seperti ayam, itik dan kambing serta tanaman
seperti ubi kayu, keledek, pisang perangkap atau jebak yang lebih besar dan
kukuh digunakan.Ianya dipasang di kawasan semak, belukar atau pepohon
rimbun seperti buluh dan disediakan dengan makanan kegemaran binatang
seperti bangkai binatang, buah betik atau buah-buahan lain yang sesuai
dengan binatang yang hendak diperangkap.
JERAT

Jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan


sepertiayam hutan, rusa, burung, pelanduk dan banyak lagi. Kebanyakan
pemburu menggunakan jerat kerana lebih berkesan dan tidak perlu diawasi.
Jerat ini juga tidak mencemarkan alam kerana ia menggunakan bahan
semulajadi seperti pohon atau ranting dan buah-buahan
sebagai umpan. Terdapat jerat yang boleh membawa mati
kepada mangsanya dan ada juga yang ditangkap hidup-hidup.

Jerat ini dibentuk melalui sebuah pohon kecil atau sesuatu


yang berat yangditegangkan oleh seutas tali yang dililitkan
pada tongkat yang ditancapkan ketanah.
Pada hujung tali terdapat simpul yang dipasangkan ke sebuah
tangkai. Bila binatang yang sedang mencari makanan menyentuh
tangkai ini maka jerat akan lepas/bingkas dan menjerat binatang
tersebut. Biasanya binatang yang telah terjerat jarang dapat
melepaskan diri. Jerat yang dipasang akan ditinggal selama
sehari atau dua hari.Jerat ini biasanya dipasang di kawasan
semak-semak, celah-celah pohon, dibanir pohon, kebun dan
kawasan yang berdekatan dengan sungai atau sumber makanan.
PERANGKAP

Perangkap sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk


menangkap haiwan seperti pelanduk, arnab, ayam hutan dan sebagainya.
Perangkap biasanya di pasang di dalam semak, belukar atau hutan. Ia
berbentuk seperti perumah dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti
kayu dan buluh. Batang kayu panjang seperti rod akan disusun berselang-
seli dan diikat diantara satusama lain sehingga berbentuk seakan-akan
sebuah para kayu untuk menyerkup haiwan yang masuk kedalamnya.
Perangkap akan diletak dengan cara terlangkup. Pada hujung perangkap
akan ditelangkup sehingga mencecah tanah manakala pada hujung yang
satu lagi akan diangkat dengan menggunakan tali di bahagian atas. Tali
tersebut akan disangkut pada batang kayu supaya hujung perangkap yang
terangkat tidak jatuh.
Terdapat tali yang kedua berfungsi untuk menahan tali pertama. Hujung
tali tersebut akan dipasak kedalam tanah pada bahagian perangkap yang
mencecah tanah. Iaitu berhampiran umpan manakala hujung tali kedua
yang satu lagi akan diikat pada kayu yang menahan tali
pertama.Terdapat juga batu yang diletak pada bahagian atas perangkap
berfungsi sebagai pemberat. Umpan seperti buah-buahan atau bangkai
binatang akan diletak pada bahagian hujung perangkap yang mencecah
tanah supaya ia dapat menarik perhatian haiwan supaya masuk terus ke
dalam perangkap.

Perangkap Rintang Perangkap Ular


Ulak Tuo Unak
MEMBUAT PERANGKAP (TRAP)

Pelbagai perangkap yang boleh didapati seperti :


Perangkap model menggantung
Perangkap tali sederhana
Perangkap lubang jerat
Perangkap menimpa
Apache foot share

Bahan-bahan perangkap:
Tali/kawat, umpan, batang kayu, cabang pohon

Anda mungkin juga menyukai