Anda di halaman 1dari 2

SELASA 9 FEBRUARI 2021

LATIHAN KATA MAJMUK

SOALAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, senaraikan kata-kata majmuk yang
terdapat dalam petikan.

Pengerusi majlis memberitahu para hadirin bahawa perbincangan mereka pada hari itu
akan menjurus kepada masalah setinggan di sekitar pekan tersebut. Beliau meminta
mereka memikirkan cara agar masalah tersebut boleh diselesaikan. Beliau menyatakan
rasa dukacita beliau kerana masalah tersebut masih berterusan walhal pelbagai tindakan
telahpun diambil. Oleh itu, beliau menyeru kepada semua yang hadir agar memberikan
kerjasama untuk membanteras masalah itu.

1. ........................................................
2. ........................................................
3. ........................................................

SOALAN 2

Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata majmuk yang sesuai.

Undang-undang mewajibkan setiap (1) Malaysia mempunyai kad pengenalan yang sah.
Sudah menjadi (2) ibu bapa untuk memastikan anak-anak yang menjangkau usia dua belas
tahun mendapat kad pengenalan. Kad pengenalan merupakan satu dokumen yang amat
penting. Mereka yang kehilangan dokumen ini perlu membuat laporan di (3) terdekat dan
memohon dokumen yang baru. Memandangkan dokumen ini amat penting untuk segala
urusan memperoleh dokumen-dokumen lain seperti pasport perjalanan (4) , maka ada
sindiket yang mencuri dokumen ini. Sindiket ini dikatakan beroperasi di (5) Kuala Lumpur.
Yang menyedihkan ialah ada laporan yang mengatakan terdapat beberapa orang (6)
kerajaan yang turut terlibat dalam sindiket ini.

1. ..............................................................
2. .............................................................
3. .............................................................
4. .............................................................
5. .............................................................
6. .............................................................
SELASA 9 FEBRUARI 2021

SOALAN 3

Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata majmuk tanpa imbuhan. Catatkan kata-
kata tersebut dan berikan imbuhan yang tepat.

Sikap sesetengah kakitangan kerajaan yang salah guna kedudukan mereka amat
membimbangkan masyarakat dan pihak kerajaan. Mereka sering campur aduk tugasan
rasmi dengan pelbagai pegangan dan ideologi politik mereka. Kerajaan mengharapkan
mereka dapat satu padu rakyat negara ini tetapi sebaliknya ada antara mereka yang
pecah belah perpaduan rakyat. Ada juga dalam kalangan mereka yang putar belit tujuan
sesetengah dasar kerajaan demi kepentingan ideologi mereka. Selepas itu mereka
jugalah yang bersuara lantang mengatakan kerajaan anak tiri kakitangan kerajaan dan
mengutamakan pihak swasta.

1. ...........................................................
2. ...........................................................
3. ..........................................................
4. ..........................................................
5. ..........................................................
6. ..........................................................

Anda mungkin juga menyukai