Anda di halaman 1dari 8

Tazkirah Jumaat: Derhakakah aku??


Tazkirah Jumaat kali ini ingin juga berkongsi apa yang ternukil di laman ini:

Derhaka kepada ibubapa yang dimaksudkan adalah melakukan sesuatu yang menyakiti, banyak
mahupun sedikit, seperti enggan melakukan apa yang mereka suruh dan membuat apa yang mereka
larang. Dosa terhadap Ibu Bapa adalah dosa yang paling besar. Rasulullah s.a.w. telah
memperingatkan kita supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati mereka dengan
sabdanya yang bermaksud :

“Perlukah aku beritahu kamu tiga perkara dosa besar yang paling besar?” Kami (para sahabat)
menjawab, “Tentu, ya Rasulullah.” Maka Nabi berkata “ Menyekutukan Allah dan menderhaka
kepada Ibubapa.” Pada mulanya Nabi bersandar lalu Nabi duduk untuk melanjutkan percakapan.
“Begitu juga dengan pembohongan dan penyaksian palsu.” Beiau terus mengulanginya sehingga
kami ingin beliau berhenti”. (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Firman Allah bermaksud :


“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibubapa.”
(Surah An-Nisa ayat 36)

Firman Allah lagi yang bermaksud :


“Bersyukurlah kepada-Ku dan berterima kasihlah kepada Ibubapamu, hanya kepada Ku tempat
kembali.” (SurahLuqman ayat 14)

Ayat di atas menyatakan bahawa bersyukur kepada Allah tidak membawa apa-apa erti andai tidak
disekalikan dengan terima kasih kepada Ibubapa, berbuat baik kepada mereka sesuai dengan
kehendak Allah dan Rasul.

Islam meletakkan kedudukan Ibu lebih istimewa daripada ayah. Kasih sayang ibu lebih nyata dan
lebih banyak. Ibulah yang menanggung bagaimana susahnya waktu mengandung, melahirkan,
menyusukan, berjaga malam, menukar lampin dan sebagainya.Pengorbanan ibu telah disebut di
dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua Ibubapanya. Ibu telah
mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan penuh penderitaan. Mengasuh
dengan sabar sejak dari mengandung sehingga bercerai susu, selama tiga puluh bulan lamanya.”
(Surah Al-Kahfi ayat 15)

Dalam sabda Nabi yang lain yang bermaksud : “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad
s.a.w. lalu bertanya, “Kepada siapakah yang paling patut aku berbuat baik?.” Nabi menjawab,
“Kepada Ibumu.” “Selepas itu kepada siapa.” Tanya lelaki itu. Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.”
Selepas itu kepada siapa. Tanya lelaki itu. Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.” Setelah itu kepada
siapa. Lelaki itu masih bertanya. Nabi menjawab, “Selepas itu kepada ayahmu.” (Riwayat Bukhori
dan muslim)

Nabi Muhammad s.a.w. mengulangi perkataan “Kepada Ibumu” sehingga 3 kali untuk menyatakan
betapa ketaatan anak kepada ibunya lebih daripada ayahnya walaupun anak diwajibkan taat kepada
kedua-duanya. Ini adalah kerana kepayahan, keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh
ibunya lebih dalam membesar dan mendidik anaknya.

Namun begitu, ketaatan kita kepada ayah tidaklah terpinggir begitu sahaja, sebagaimana yang
dipesan oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis yang bermaksud :
“Seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w. katanya “sesungguhnya ayahku
telah merampas hartaku. Nabi berkata “Dirimu dan hartamu adalah milik ayahmu, Anak-anak kamu
adalah hasil usaha kamu yang terbaik. Oleh itu kamu berhak memakan harta mereka.” (Riwayat
Ibnu Majah)

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa taat dan patuh kepada Ibubapa kita. Janganlah kita
membentak, mengherdik atau menyergah malah mengeluh atau berdengus pun tidak dibenarkan
dan sudah dikira berdosa. Kasihilah mereka sementara mereka masih bernyawa. Sesal kemudian
tidak berguna. Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada Ibubapa.

Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah
bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu
kamu". (HR Bukhari )

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa
besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian
palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada
ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan
Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali
derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada
pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)
Allahu Rabbi! Kisah Pengajaran Akibat Derhaka Pada Ibu | Diriwayatkan oleh Luqman Hakim
menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat
terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya,
ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu. Ibunya sangat berbangga
kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang, di mana-mana sahaja namanya pasti
menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu
dengan lebih tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi.Lantas
dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi. Dengan deraian air mata ibunya berkata,
”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah
tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun
lamanya. Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,rayu ibunya menasihatinya.

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu
agama di negeri Mekah itu tidak luntur dar hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya
sudah tidak dapat dibendung lagi. Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang
subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata. Hatinya begitu sakit
apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.

“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan
permergiannya. Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.

Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan
giat mencari ilmu dan beribadat.

Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada
seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu
pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga
sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang
sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil
menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu. “Pencuri!!Pencuri!!
teriaknya.

Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap
pemuda itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai penafian dibuat
namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid. Kemudian tuan rumah itu mengikat
tangannya lalu membawa dia mengadap raja. Dengan perasan marah tuan rumah itu terus
menceritakan kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta
soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan
memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil. Dengan perasan yang amat hiba
pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak
ramai. Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai. Di sepanjang jalan,
pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang
orang” Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu
berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai janganlah engkau
berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada
ibunya.”

Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah
ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar
belakang pemuda yang dituduh mencuri itu. Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah
pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu
dihantar pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu
rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali
memanggil-manggil ibunya dari luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila
telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”

Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh
bercucuran.Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”

“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.

“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.

“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui
bahawa itu adalah anaknya.

“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah
dipotong.”

“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan
muhrammu.”Jawab ibunya.

“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.

Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa
sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam
mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

“Ibu maafkanlah saya ibu. Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti
ini.Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”

Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil
menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh kerana tidak sanggup
melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa. ”Ya tuhan, saksikanlah
bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Aku
tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya tuhan, kau akhirilah
hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”
Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya
mati bersama-sama. Begitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang
tidak redha di dalam mencari ilmu.

Dosa Besar: Durhaka pada Ibu dan Bapa


Minggu, 14 April 2013 (5:17 am) / Keluarga

Allah ta’ala berfirman, “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orang tuamu dengan
sebaik-baiknya.” (Al-Isra': 23) Berbuat baik kepada kedua orang tuamu artinya, memberikan
bakti dan kasih sayang kepada keduanya.

“Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan:
‘Ah..’ (AI-Isra': 23)

Jangan mengatakan “Ah..” artinya, janganlah berkata-kata kasar kepada keduanya jika
mereka telah tua dan lanjut usia. Selain itu, wajib bagimu untuk memberikan pengabdian
(berbakti) kepada mereka sebagaimana mereka berdua telah memberikan pengabdian
kepadamu. Sesungguhnya, pengabdian orang tua kepada anaknya adalah lebih tinggi dari
pada pengabdian anak kepada orang tuanya. Bagaimana mungkin kedua pengabdian itu bisa
disamakan? ketika kedua orang tuamu menahan segala derita mengharapkan agar kamu bisa
hidup, sedangkan jika kamu menahan derita karena kedua orang tuamu, kamu mengharapkan
kematian mereka

Allah melanjutkan firman-Nya, “Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”
(Al-Isra': 23) Yakni ucapan yang lemah lembut.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan
ucapkanlah: ‘Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua
telah mendidik aku waktu kecil’ (AI-Isra':24)

Allah Ta’ala berfirman, “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapakmu, hanya kepada-
Ku-lah engkau akan kembali.” (Luqman: 14)

Perhatikanlah -semoga Allah merahmatimu- bagaimana Allah mengaitkan rasa syukur


kepada kedua orang tua dengan syukur kepada-Nya.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Ada tiga ayat yang diturunkan dan dikaitkan
dengan tiga hal, tidak diterima salah satunya jika tidak dengan yang dikaitkannya:

1. Firman Allah Ta’ala, `Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul’. Maka
barangsiapa taat kepada Allah namun tidak taat kepada Rasul, ketaatannya tidak
diterima.
2. Firman Allah Ta’ala, `Dan dirikanlah shalat serta tunaikan zakat’. Maka barangsiapa
melakukan shalat namun tidak mengeluarkan zakat, tidaklah diterima.
3. Firman Allah Ta’ala, ‘Agar kamu bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua orang
tuamu.’ Barangsiapa bersyukur kepada Allah namun tidak bersyukur kepada kedua
orang tua, tentu saja tidak diterima hal itu. Oleh karena itulah Nabi Shallallahu Alaihi
wa Sallam bersabda, Keridhaan Allah ada di dalam keridhaan kedua orang tua dan
kemurkaan Allah ada pada kemurkaan kedua orang tua. (Diriwayatkan Tirmidzi dari
hadits Abdullah bin Amr, hadits ini diperkuat oleh hadits Abu Hurairah).

Dalam sebuah hadits disebutkan, Seseorang datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam meminta izin untuk jihad (fardhu kifayah). Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bertanya, “Apakah bapak ibumu masih hidup?”O itu menjawab, “Ya.” Maka kata
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah kamu berbakti kepada keduanya.” (HR.
Bukhari, Muslim)

Lihatlah bagaimana berbuat baik dan memberikan pelayanan kepada kedua orang tua lebih
diutamakan daripada jihad!

Dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi
wa Sallam bersabda, “Maukah aku beritahu kalian tentang dosa besar yang paling besar?
Yakni menyekutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua.”

Lihatlah bagaimana Allah mengaitkan antara menyakiti kedua orang tua, tidak adanya bakti
kepada mereka dengan dosa syirik kepadaNya.

Nasihat

Wahai yang mengabaikan hak-hak mulia ini, yang enggan berbakti kepada kedua orang tua,
bahkan durhaka kepada mereka. Wahai orang yang lupa akan kewajibannya, yang lalai
kepada apa yang ada di depannya. Berbakti kepada kedua orang tua bagimu adalah agama,
Anda menerlantarkan kewajiban ini dan mengekor kepada syahwat, menurut dugaanmu kamu
mencari surga, padahal surga itu ada di bawah telapak kaki ibumu. Ia mengandungmu di
dalam perutnya selama sembilan bulan yang terasa sembilan tahun. Ia menderita saat
melahirkanmu, suatu penderitaan yang memilukan hati dan menyusuimu.
Demi kamu, kantuknya ditahan, dengan tangan kanannya ia membersihkanmu dari kotoran
dan mara bahaya. Ia lebih mengutamakanmu dalam hal makanan. Ia menggunakan
pangkuannya menjadi tempat landasanmu, memberikanmu kebaikan dan pertolongan. Jika
sakit atau kepedihan menimpamu, ia menumpahkan rasa sayangnya secara habis-habisan.
Kegelisahannya karenamu dan kegundahannya terus menemaninya, jika dermakan harta
miliknya untuk mengobatimu ke dokter. Jika ia diberi pilihan antara hidupmu dan
kematiannya, tentu ia akan memilih kehidupan bagimu dengan suaranya yang lantang. Inilah
kasih sayang ibu.

Sudah berapa kali kamu memperlakukannya secara kasar? Namun tetap saja ia
mendoakanmu dalam kebaikan baik secara rahasia atau terang-terangan. Tatkala ia menua
dan membutuhkan sesuatu kepadamu, rasanya ia menjadi beban paling berat bagimu. Kamu
kekenyangan sedangkan ia kelaparan, kamu hilang rasa dahaga sedangkan ia kering
kehausan. Kamu memberikan segala kebaikan kepada keluarga dan anak-anakmu di saat
kamu melupakannya. Terasa berat bagimu urusannya, padahal ia mudah. Terasa panjang
usianya bagimu padahal ia pendek. Kamu mengusirnya, sedangkan dada penolong selainmu.
Ini sikapmu sedang Tuhanmu telah melarangmu mengatakan ‘ah’. Allah mencacimu karena
hak-haknya yang kamu abaikan dengan cercaan halus, bahwa -dalam dunia kamu akan
dibalas dengan kedurhakaan anak-anakmu, sedang di dalam akhirat kamu dijauhkan dari
Tuhan semesta alam. Allah memanggilmu dengan hina dan ancaman, Itulah (hasil) dari
tanganmu (perbuatanmuj, dan sesungguhnya Allah tidak berlaku dzalim kepada hamba-
hamba-Nya. (AI-Hajj: 10).

Bagi ibumu terdapat banyak hak atasmu. Apa yang banyak menurutmu sesungguhnya
sangatlah kecil sudah berapa malam ia merasa memberatkanmu dan kamu mengadukan
perihalnya dengan rintih dan keluh Jika kamu tahu betapa berat saat ia melahirkanmu karena
berat beban itu hati terasa terbang melayang. Betapa sering ia menjagamu dari mara bahaya
dengan tangan kanannya. Dan pangkuannya pun menjadi ranjangmu Ia mengorbankan
jiwanya demi keluhanmu Dari susunya keluar minuman suci bagimu Betapa sering kamu
menderita kelaparan dan dengan sepenuh tenaga Ia memberikan kasih sayangnya kepadamu
di waktu kecilmu.

Kasihan, mengapa orang cerdas mesti menuruti nafsunya Kasihan bagi yang buta hati
sedangkan matanya melihat Berharaplah kamu terhadap semua doa-doanya karena terhadap
apa yang didoakannya kamu membutuhkannya.

Dikisahkan bahwa terdapat seorang pemuda yang dikenal dengan nama Alqamah, ia banyak
berusaha mewujudkan ketaatannya kepada Allah dalam shalat, puasa, dan sedekah. Lalu ia
ditimpa penyakit hingga kondisinya sangat parah. Ia mengutus istrinya untuk menemui
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Istrinya berkata, “Suamiku, Alqamah sedang
sekarat.” Aku ingin memberitahukanmu wahai Rasulullah tentang keadaannya.

Lalu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengutus Ammar dan Shuhaib serta Bilal
sembari bersabda, “Pergilah kepadanya dan ajari ia syahadat.” Mereka pergi dan masuk ke
tempatnya, mereka mendapatkannya telah sekarat. Para sahabat itu lalu mengajarinya
mengucapkannya `la ilaha illallah’ sementara lidahnya kelu dan tidak bisa mengucapkannya.
Lalu para utusan itu mengirim seseorang menemui Rasulullah shallallahu Alaihi wa Sallam
untuk memberitahukan kepada beliau bahwa lisannya tidak bisa mengucapkan kalimat
syahadat.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bertanya, “Apakah salah seorang dari kedua orang
tuanya masih hidup?” Utusan itu menjawab, “Wahai Rasulullah, hanya ada seorang ibu yang
sudah tua renta.” Rasulullah mengutus sahabat tersebut untuk menemui ibunya, beliau
berkata kepadanya, “Katakan kepadanya, apakah ibu bisa berjalan menemui Rasulullah? Jika
tidak bisa, tinggallah ibu di rumah hingga Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam datang
kepadamu.” Lalu utusan itu datang kepadanya dan mengatakan kepadanya apa yang
dipesankan Rasulullah kepadanya.

lbu itu berkata, “Jiwaku untuk jiwanya sebagai tumbal, aku lebih berkewajiban untuk
mendatanginya.” lbu itu bersandar kepada sebuah tongkat dan berdiri dengan bantuan tongkat
itu untuk datang menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, beliau berkata
kepadanya, “Wahai Ibu Alqamah, berlaku jujurlah kepadaku, dan jika kamu berbohong,
sebenamya telah datang wahyu dari Allah kepadaku.”

Bagaimana keadaan anakmu Alqamah? Ia berkata, “Ya Rasulullah, ia banyak melaksanakan


shalat, banyak puasa, dan bersedekah.” Rasulullah bertanya, “Lalu bagaimana dengan
dirimu?” Ia menjawab, “Wahai Rasulullah, aku sedang marah kepadanya.” Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam bertanya, “Mengapa begitu?” Ia menjawab, W”ahai Rasulullah,
ia lebih mementingkan istrinya daripada aku dan ia durhaka kepadaku.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya kemarahan ibu Alqamah


menjadi penghalang bagi lisan Alqamah untuk mengucapkan syahadat.” Beliau berkata lagi,
“Ya Bilal, pergi dan ambillah untukku kayu bakar yang banyak!” Ibu itu bertanya, “Wahai
Rasulullah, apa yang akan engkau lakukan?” Rasulullah menjawab, “Aku akan membakamya
dengan api itu di hadapanmu.” lbu itu berkata, “Wahai Rasulullah, hatiku tidak tahan melihat
anakku dibakar di hadapanku.” Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Wahai
Ibu Alqamah, siksaan Allah lebih dahsyat dan lebih kekal. Jika kamu senang kalau Allah
mengampuninya, ridhailah ia.”

“Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, Alqamah tidak akan mendapatkan manfaat dengan
shalatnya, puasanya, dan sedekahnya jika kamu masih marah kepadanya.” Ia berkata, “Wahai
Rasulullah, aku mempersaksikan kepada Allah Ta’ala, para malaikat, dan semuanya, kaum
Muslimin yang hadir bahwa aku kini telah ridha kepada anakku, Alqamah.” Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Pergilah wahai Bilal dan lihatlah apakah ia bisa
mengucapkan Ia ilaha illallah atau tidak!” Bilal pergi dan terdengar dari dalam rumah
Alqamah mengucapkan Ia ilaha illallah.

Bilal masuk dan berkata, “Wahai semuanya, sesungguhnya kemarahan ibunya


menghalanginya untuk mengucapkan syahadat dan keridhaannya membuat lisannya mampu
mengucapkannya.” Kemudian pada hari itu juga Alqamah meninggal, Rasulullah hadir dan
memerintahkan untuk dimandikan, dikafani, dan dishalatkan. Beliau juga menghadiri
pemakamannya, lalu beliau berdiri di bibir kuburannya dan bersabda, “Wahai sekalian kaum
Muhajirin dan Anshar, barangsiapa yang lebih mementingkan istrinya dibandingkan ibunya,
maka ia mendapatkan laknat dari Allah, para malaikat, dan semua manusia. Allah tidak akan
menerima pengganti atau penebus kecuali ia bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla dan
berbuat baik kepadanya serta memohon keridhaannya. Karena keridhaan Allah ada pada
keridhaannya dan murka Allah ada pada murkanya.”[1]

Kita memohon kepada Allah agar berkenan memelihara kita dengan keridhaan-Nya dan
menjauhkan kita dari kemurkaannya. Sesungguhnya Allah Mahamulia dan Maha Dermawan.
Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

__________________________________

Anda mungkin juga menyukai