Anda di halaman 1dari 11

Pantun

PANTUNKasih
Sayang
KASIH SAYANG

NAMA : NUR ALIEYA AYUNI BINTI


MOHAMAD INSANI
KELAS : 6 BAWAH MUTIARA
GURU : PUAN FADILAH
PANTUN
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Air dalam bertambah dalam,


Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
Maksud Pantun
Rangkap pertama : Perasaan sayang
bermula daripada pandangan mata turun
ke hati.

Rangkap kedua : Perasaan kasih sayang


dan rindu dendam itu boleh menjadi
semakin serius.
TEMA

Kasih Sayang

NADA

Romantis
Gaya Bahasa
 Asonansi (pengulang huruf vokal)
Cth : Dari mana datangnya sayang

Anafora (pengulangan awal perkataan)


Cth : Dari mana pipit melayang
Dari paya turun ke padi

Aliterasi (pengulangan huruf konsonen)


Cth : Air dalam bertambah dalam
CIRI-CIRI PANTUN
Mempunyai 2 rangkap dan setiap rangkap
mempuyai 4 baris.

Dari segi rima akhir terikat a,b,a,b :


Cth: Dari mana pipi melayang, *a
Dari paya turun ke padi; *b
Dari mana datangnya sayang, *a
Dari mata turun ke hati. *b
CIRI-CIRI PANTUN
Dari segi bilangan patah perkataan sebaris.
Bilangan patah perkataan antara 4 hingga 5.
Cth: Hati dendam bertambah dendam
(4 patah perkataan)

Dari segi jumlah suku kata sebaris.


Suku kata antara 8 hingga 12.
Cth: Hati dendam bertambah dendam
(9 buku kata baris)
GAMBARAN MASYARAKAT
Gambaran masyarakat / pemikiran.

 Masyarakat yang hidup berkasih sayang.


 Masyarakat yang menyimpan perasaan
rindu pada seseorang.
 Tinggal di kawasan paya dan sawah padi.
 Masyarakat yang menanam padi. Kegiatan
ekonomi ialah bertani.
 Pekerjaan seorang petani. Tanam padi.
 Masyarakat yang tinggal di tepi sungai.
 Perkataan “air dalam” gambaran pasang surut dan hujan.
Menjadi kerisauan orang yang tinggal di tepi sungai.
 Perkataan “hulu” : mereka tinggal di hilir sungai.
 Apabila hujan turun di hulu, penduduk di kawasan hilir
akan mendapat kesannya iaitu air semakin dalam.
 Rindu kepada kekasih kerana terpisah jauh. Mereka
hidup sering berjauhan antara satu sama lain. Ini
menunjukkan orang dahulu sering merantau kerana
mencari rezeki. Kerinduan akan melanda hati kerana
pertemuan yang sekejap belum mampu menghilangkan
rindu.
NILAI
Kasih Sayang (R1)

PENGAJARAN

Kitahendaklah bijak mengawal perasaan


rindu terhadap seseorang.
Kita hendaklah menyayangi antara satu
sama lain.
KEPENTINGAN PANTUN

Dapat memberi hiburan kepada orang


ramai.
Mendapat pengajaran dari khalayak
ramai.
Sebagai alat komunikasi.
Sebagai gambaran masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai