Anda di halaman 1dari 7

STRATEGI MOTIVASI UNTUK

PEMBELAJARAN YANG BERJAYA


Strategi - Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
cara-cara merancang.
Motivasi - Keinginan yang keras atau
semangat yang kuat pada diri seseorang yang
mendorongnya untuk berusaha atau melakukan
sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.
Pembelajaran - Perihal atau proses belajar.
Berjaya - Mencapai kemajuan.
TUJUAN MEMERLUKAN STRATEGI
MOTIVASI DALAM MEMCAPAI
PEMBELAJARAN YANG BERJAYA
• Pelajar akan mempunyai minat yang tinggi untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
• Pelajar akan bersemangat untuk menumpu
perhatian dalam pembelajaran mereka.
• Pelajar akan berusaha meningkatkan daya
pemahamam terhadap pelajaran mereka.
• Pelajar juga akan berusaha mencari maklumat
yang banyak untuk menambah pengetahuan yang
sedia ada.
JENIS-JENIS MOTIVASI

Secara umumnya,
motivasi dibahagikan
kepada dua jenis iaitu
motivasi instrinsik dan
motivasi ekstrinsik.
MOTIVASI INSTRINSIK
• Motivasi instrinsik ialah motif-motif yang menjadi
aktif atau berfungsinya tidak perlu dirangsang
dari luar, kerana dalam diri setiap individu sudah
ada dorongan untuk melakukan sesuatu.
• Pelajar akan didorong oleh keinginan sendiri
untuk mencapai sesuatu matlamat.
• Misalnya, seorang pelajar yang suka membaca
akan mencari buku untuk membaca tanpa
disuruh oleh guru kerana pelajar tersebut ingin
memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan.
MOTIVASI EKSTRINSIK
• Motivasi ekstrinsik ialah motif-motif yang aktif dan
berfungsinya kerana adanya perangsang dari luar.
• Motivasi ini juga penting kerana bukan semua pelajar
yang mempunyai motivasi yang kuat dalam diri sendiri
untuk belajar.
• Contoh motivasi ekstrinsik ialah seseorang pelajar akan
mengulang kaji mata pelajarannya kerana akan
menghadapi peperiksaan.
• Motivasi ekstrinsik boleh menjadi motivasi instrinsik
sekiranya pelajar tersebut bersedar untuk belajar tanpa
sebarang dorongan.
CARA-CARA UNTUK MEMBANGKITKAN
MOTIVASI SESERORANG UNTUK
MENCAPAI PEMBELAJARAN YANG
BERJAYA
• Mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif.
• Saling melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti
• Jauhkan diri daripada gejala buruk.
• Mencari rakan yang dapat membantu
sendiri dalam pembelajaran.
• Sering membaca jurnal, naskah dan lain-
lain.
• Menentukan matlamat diri sendiri.
• Membuat perancangan untuk semua
perkara.

Anda mungkin juga menyukai