Anda di halaman 1dari 6

ORANG KECIL

Oleh
MAHADI J MURAT

FADE IN
01.

EXT. HUTAN TEBAL DI SEMPADAN PERAK / SIAM 1990.

SIANG

Hujan lebat
Camera on crane, cut to cut, dissolve to dissolve, hand
helds dan slow motion satu kompeni tentera dipimpin oleh
seorang sarjan sedang bertempur hebat dengan segrombolan
komunis (tidak kelihatan) di pinggir bukit berlumpur.
Diperlihatkan scene ini dari kaca mata seorang daripada
anggota tentera, Prebet Borhan (28). Dalam pertempuran ini
Sjn Ismail(40) rebah ditembak dan jatuh dipangkuan Borhan.
Sebaik Sjn Ismail rebah tembakan komunis kemudian mengena
dua orang anggota tentera lagi. Bahagian ini ditunjukan
dalam slow motion dan total silence. Borhan menjerit,
bingkas bangun dan menembak rambang.
FADE TO WHITE
2.

PERKUBURAN ISLAM - 1990. PETANG


02
Hening. Sepi.Syahdu
Hujan renyai-renyai
Dalam long shot upacara perkebumian Sjn Ismail dijalankan
dengan penuh istiadat tentera. Suara orang membaca talkin
jauh dan perlahan
Terdengar suara Prebet Borhan dalam voice over
BORHAN
(v.o.)
Siang dan malam, sepanjang masa kita
dilatih berjuang mempertahankan negara,
bangsa dan agama kita..
Sesetengah dari kami akan terkorban..
Hidup mati perjuangan perlu diteruskan

01

Kita sentiasa bersedia sepanjang masa


Mempertahankan tanah air, pertahankan bendera
Negara kita dan jangan biarkan sesiapa datang
Merobek-robeknyanya
Dari kecil emak dan ayah minta kita berkelakuan
baik, menjaga nama keluarga, budaya dan resam
hidup kita
Dalam tentera kita diminta mempertahankan bendera
ini. Kita galaskan nyawa kita. Kita tegakan
bendera ini
Semua rakyat negara ini perlu mempertahankannya.
Jangan biarkan sesiapa merobek-robeknya
DISSOLVE TO
03.

EXT. KEM 1990. SIANG


03
Satu kompeni tentera lengkap bersenjata termasuk Borhan
berjalan berbaris balik ke barrack mereka.
Dari POV Borhan diperlihatkan bendera Malaysia berkibar
malas di tiang di hadapan salah sebuah barrack di sebelah
mereka. Terdengar suara Sjn Ismail
SJN ISMAIL (o.s)
Bendera ini, bendera kita.
Kita taruhkan nyawa kita untuk bendera
ini

4.

FLASHES SJN ISMAIL


04
Sjn Ismail dalam Extreme Long Shot menjerit, melalak
barisan tentera muda di hadapanya

kepada

SJN ISMAIL
Kita taruhkan nyawa kita untuk bendera
Ini. Ingat ! Jangan biarkan orang lain
coba mengoyak-ngoyaknya, siapa pun!
CUT TO
5.

INT / TRUCK TENTERA. 1990


05
2

Borhan dan rakan-rakanya dalam truck tentera


DISSOLVE TO
6.

INT. BAS 2008. SIANG


06
Borhan (50) berpakaian security guard berdiri diantara
penumpang yang ramai di dalam bas

7.

EXT. KAKI LIMA BANGUNAN BERDINDING KACA


07
PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR 2008. SIANG
Kuala Lumpur bising dan bingit.
Borhan berjalan menyusuri kaki lima. Imej bayangnya yang
distorted bergerak-gerak dicermin bangunan mengikuti
langkahnya yang longlai
Intercut dengan beberapa shots yang memperlihatkan orang
bertengkar kerana kereta bergesel, orang bersesak-sesak
berjalan melintas jalan, motosikal berlumba dicelah kereta,
gadis berpakaian seksi, tajuk-tajuk akhbar dengan kes bunuh,
rompak, barang bekalan naik harga, kemalangan dan kemelut
politikmasa kini
BENDERA
Sehelai bendera yang sudah dimakan hari dan seperti hancur
dihujungnya berkibar megah tapi terpinggir di atas sebuah
bangunan lama. Borhan mengimbas pandang semua itu sambil
berjalan.

8.

FLASHES
08
Sama seperti di (4). Sjn ismail dalam Extreme Close Shot
SJN ISMAIL
Jaga bendera, kita jaga negara, jaga
bangsa! Kita yang menaikkan bendera,
kita jangan jatuhkanya..

9.

INT.
09

BANK.

SIANG

Borhan masuk bank, mengambil alih tugas dari kawan,ambil


pump gun dan duduk/berdiri di suatu penjuru memerhati
sekeliling.
Transeksi wang yang banyak kelihatan berlaku di hadapan nya.
Beberapa orang pelanggan bank duduk menunggu giliran sambil
memegang dan membaca akhbar. Borhan melihat imbasan tajuktajuk berita (yang menggambarkan kecurangan dan kekalutan
pelbagai peristiwa yang padanya sama seperti merosakan
negara)
CUT TO
10.

INT.
10

RUMAH

SETINGGAN

DI

TENGAH

KUALA

LUMPUR

Pada cermin almari sikat lama yang retak pecah dan berkarat
yang terduduk senget sedikit dilantai simen tak rata,
kelihatan isteri Borhan yang jauh lebih muda daripadanya
sedang bersolek.
Borhan jauh di dalam cermin
ISTERI
Orang tak pandai apa-apa, kerja memuji
ketua, masuk politik pun boleh kaya
Awak kerja seumur hidup menggadai nyawa
satu apa pun tak ada. Bersalin uniform
saja sampai mati. .
MEJA MAKAN - CLOSE ON SURAT KHABAR
Borhan membalik-balik surat khabar yang memperlihatkan
kemelut politik, berita penyelewenagan, dan cerita tentang
orang kaya tertentu
Isteri Borhan datang dan duduk dihadapannya. Dia membuka
nasi bungkus di hadapan matanya
ISTERI
Lauk apa yang awak beli ni ?
Tua bangka tak guna . . .!
Isterinya kemudian melempar nasi bungkus di hadapannya ke
muka Borhan.

Borhan sabar bodoh


ISTERI BORHAN
Awak tak jemu ke jadi orang miskin . .
Intercut dengan beberapa keping gambar Borhan di dinding
beruniform, senyum. Segak.
Borhan menjeling isterinya, kemudian membaling pisau ke
dinding, tepat melekat pada sisi sebuah gambar lukisan yang
bertulis PM/Presiden. Gambar terjuih jatuh.
CUT TO
11

INT. BANK
11
Borhan dengan pump gun memerhati pelanggan bank keluar
masuk. Matanya pada setiap orang kakitangan bank di dalam
kaunter

12.

FLASHES

12

Dalam montage - gambar-gambar pemimpin ternama silih


berganti dengan wajah Sjn Ismail, isterinya, bendera
terkoyak, burung dalam sangkar, berita-berita rasuah,
kemelut politik
13

RESUME SCENE 11 BANK

13

Borhan bangun dari kerusi / bergerak menghampiri dalam


kaunter sambil meemandang pada bungkusan-bungkusan wang di
tangan teller. Borhan berjalan ke bahagian belakang dalam
bank.
Seorang lagi security guard yang berdiri di sebelah pintu
bergerak memandang keliling pada orang ramai yang keluar
masuk
Bank tiba-tiba gelap. Agak kecuh sedikit. Beberapa ketika
kemudian lampu bank hidup semula
CUT TO
14.

INT.

RUMAH BORHAN

14

Hujan di luar

Isteri Borhan melihat TV. Televisyen menyiarkan berita


ringkas dengan tajuk utama Seorang pengawal keselamatan di
sebuah bank di Jalan Tun Perak mati ditembak kerana coba
merompak bank yang dijaganya
Isteri Borhan terkejut dan berkeadaan serba salah. Dia
mengamati berita tersebut
Pintu rumahnya kemudian diketuk orang bertalu-talu. Dadanya
berdebar. Fikiranya bercelaru.
Pintu diketuk lebih kuat
Isteri Borhan kemudian bergegas ke pintu, lantas
membukanya.
Borhan tercegat di situ.
CLOSING CREDIT

Didedikasikan kepada mereka yang menghabiskan siang,


menghabiskan malam untuk kesejahteraan
hidup bangsa dan negara

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai