Anda di halaman 1dari 2

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir. "Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad. "Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang. Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor). "Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor "Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum. "Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad. "Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum. "Ye laaa" jawab Doktor. "Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad "mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor berpuas hati. Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate. "Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad. "Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir. "Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu

saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba "mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad. "Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad. -------------------------------------------------------------------------------------Dr sAkIt jiwA Pada suatu hari seorang doktor ingin menguji 3 orang pesakitnya yang didapati menghidap sakit mental. Doktor itu kemudiannya membawa ketiga-tiga pesakit itu ke sebuah kolam renang yang kering (tiada air). Kemudian doktor itu menyuruh pesakit pertama terjun kedalam kolam renang itu. Pesakit pertama itu pun terjun kedalam kolam renang itu. Doktor menggelengkan kepala tanda pesakit itu masih belum siuman. Tiba pula giliran pesakit kedua. pesakit itu pun terjun kedalam kolam renang itu apabila diarahkan. Sekali lagi doktor menggelengkan kepalanya tanda masih belum siuman. Kemudian tiba giliran pesakit ketiga. Apabila disuruh terjun, dia hanya mencangkung ditepi kolam renang itu. Doktor gembira kerana menyangka bahawa pesakit ketiga itu sudah pulih. Kemudian doktor bertanya Doktor : kenapa awak tak terjun...? Pesakit 3 : Taknak lah doktor Doktor : Kenapa??? Pesakit 3 : Pasal air die sejuk sangat kot,tengok kawan2 saya tue semua berkerut dahi pasal air die sejuk sangat kot. Kemudiannya doktor itu kemudiannya menepuk dahinya sendiri kerana pesakit ketiga itu juga masih tidak siuman

Anda mungkin juga menyukai