Anda di halaman 1dari 36

PEMIKIRAN DALAM

PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN
MELAYU
(LHE 3154)
PENSYARAH:

TUAN HAJI NAFFI MAT

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD REDZUAN BIN ZAINAL ABIDIN (PBMP SEMESTER 6)

1
10 Januari 2011

KONSEP:

 Pemikiran adalah kata nama terbitan dari kata dasar “fikir”

 Asalnya dari kata Arab, “fikrun” atau “afkar” bererti fikiran.

 Dari akar kata “fakara”, “yafkira”, “fikran”, “fakkara”,

“afkara”, “tafakkara” & “iftakara” bererti memikirkan perkara

itu, memikirkan sesuatu.

 “fikkir” & “faikar” bererti yg banyak berfikir.

 “Tafakkur” bererti yg memberi erti kata hal2 tentang berfikir.

 Kalimat “fikir” & “fikiran” sebagai “ingatan” , “angan2”, “renung”,

“akal”, “pemikiran”, “pendapat”.

 Pemikiran dihubungkan dgn akal “aqi” & “tiqul” bererti fikiran @

“aqil”, “uqla” bererti mereka yg berakal & dihubungkan dgn kalimat

hakim bererti bijaksana.

 Kalimat akal bererti “budi fikiran” , “daya upaya”, “ikhtiar” ,

“muslihat”, “tipu daya”.

 Kalimat berakal bererti mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat

berfikir) pandai mencari akal (ikhtiar).

 Akal sama dengan “mind” (BI).

 Akal @ mind – menjadi fakulti (besar) segala kegiatan berfikir

manusia & berpunca daripada situ muncul pelbagai bentuk

pemikiran manusia.
2
 Kemudian, dihubungkan dgn sifat kecendekiawanan @

keintelektualan seseorang manusia.

 Sifat intelek dikaitkan dgn segala bentuk & ragam fikiran dlm

pelbagai jenis karya.

 Intelek dikatakan perlakuan yg unik drp manusia iaitu pemikiran

utk menguasai persekitaran melalui latihan fakulti kecerdasan @

kebolehan menggunakan konsep2 yg abstrak.

 Rumusan akal (mind) dihubungkan dgn seseorang intelektual yg

selalu berfikir atas sesuatu masalah dlm masyarakat.

 Rumusan pemikiran-fikiran @ idea yg wujud drp golongan

intelektual yg telah menggunakan akalnya lm memikirkan masalah

dlm masyarakat yg melibatkan dirinya @ lingkungan & pemikiran.

 Golongan intelektual memiliki daya intelek tinggi & peka terhadap

masalah yg timbul dlm masyarakat.

12 Januari 2011

PEMIKIRAN PRIMITIF (PRAMODEN)

3
 Tylor (dlm Stocking 1968), Levy-Bruhl (1910) & Levi-Strauss

(1966)-mengkategorikan pemikiran primitive & moden

mempengaruhi pandangan & wacana antropologi abad ke-19.

 Pemikiran primitive sebagai kontras manusia moden dikatakan x

logik, x rasional kerana terperangkap dlm “mystical complex”.

 Horton (1967) menyatakan pemikiran primitive sebagai pemikiran

“tertutup” @ tradisional – utk mencirikan masyarakat pramoden.

 Pemikiran tradisional terperangkap dlm 1 situasi dipanggil “closed

predicament” (kemelut tertutup).

 Pemikiran tertutup bersifat magis, x reflektif & x logik.

 Pemikiran lisan memantulkan cirri pemikiran primitive – teks

sastera lisan.

 Sastera lisan bersifat mudah, stereotaip, penuh keselarian &

pengulangan seolah-olah menggambarkan pemikiran yg rendah

keupayaan intelek & ini bermakna tidak memperlihatkan tingkat

keupayaan kreatif tinggi.

 Proses penciptaan karya dilihat sebagai suatu sumbangan budaya

(Finnegan, 1973) kerana pemikiran masyarakat primitif dikatakan

tidak mungkin dapat melahirkan bakat kreatif @ daya imaginasi @

pemikiran yg reflektif seperti yg dimiliki oleh masyarakat moden.

 Finnegan juga menyatakan manusia sering mendengar pernyataan

yg merendahkan mentality pramoden.


4
 Dalam kompleks pemikiran yg begitu, mitos, lagenda, unsur magis &

kuasa ghaib membentuk khazanah ilmu, binatang, dewa, pari2 &

manusia sama penting dlm membentuk satu kosmos yg koheren &

bermakna.

24 Januari 2011

PEMIKIRAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Pemikiran Melayu Tentang Alam

 Aspek pemikiran orang Melayu mencakupi alam nyata & alam ghaib.
5
 Bentuk pemikiran ini ada kaitan dengan system kepercayaan &

agama yg mereka anuti seperti anismisme.

 Bg org Melayu, teras pemikiran mereka adalah agama Islam.

Pemikiran Tentang Alam

Dalam pemikiran Melayu, alam merupakan makhluk yg Allah

dijadikan terlebih dahulu drp manusia.

Secara umum, alam terbahagi kpd 2, iaitu alam ghaib & nyata.

i. Alam Nyata

 Dikenali juga akan alam material yg difahami org

Melayu ialah alam yg terdiri drp langit & bumi serta

isinya dapat dilihat dgn mata kasar.

 Langit berada di bahagian atas dr bumi & sgt luas.

 Terdiri drp matahari, bulan & bintang2.

 Bumi dikatakan ada 7 lapis, permukaannya termasuklah

laut, tasik & sungai, tanah yg meliputi bukit & gunung-

ganang, tumbuhan & binatang.

 Lapisan bumi paling bawah dikenali perut bumi,

manakala di tengah lautan terdapat pusat tasik yg

disebut “Pauh Janggi” (Rentse, 1933)

6
 Menurut Skeat (1984), pusat tasik bg org Melayu

adalah lubang besar di tengah lautan & didiami ketam

raksasa.

 Mengikut Ratse, org Melayu percaya pusat tasik ini

didiami oleh naga.

 Org Melayu percaya di bumi masih ada lg satu tempat

yg dipanggil seberang laut yg menjadi tempat tinggal

binatang2 ajaib seperti garuda, gajah putih & buaya

putih.

 Mengikut org Melayu, alam nyata terbina drp 4 unsur

iaitu tanah, air, api & angin yg mempunyai sifat sejuk,

lembap, panas & kering.

 Mengikut Syed Hussain Nasr, keempat-empat unsur ini

membentuk diri manusia yg dipanggil mikro kosmos.

 Alam bukan sahaja membekalkan makanan, tetapi

lambang kekuatan semangat berdasarkan kpd

penggunaan Bintang 12.

 Unsur alam & sifatnya dijadikan asas dlm ilmu tilikkan

utk menentukan keserasian di antara sepasang sahabat,

kekasih, suami isteri sama ada membawa tuah, untung,

murah rezeki, sial, rugi & papa kedana.

7
 Selepas tilikkan itu, dibaca mantera pengasih bg

pasangan yg serasi & mantera membuang sial @

pelemah utk pasangan yg x seimbang.

 Alam dpt memikirkan tentang keindahan.

 Org Melayu juga memikirkan tentang kekuatan diri @

kuasa utk menundukkan org lain @ makhluk halus dgn

mengaitkan diri dgn bukit-bukau, gunung-ganang,

binatang ajaib & sebagainya.

ii. Alam Ghaib

 Bg org Melayu, alam yg dipercayai wujud dlm satu

ruang & mempunyai bentuk, tetapi x dpt dilihat dgn

mata kasar.

 Alam ghaib terbahagi kpd 3 iaitu, alam neraka, alam

syurga & alam kayangan.

 Org Melayu percaya kayangan terletak di lapisan

pertama langit & didiami oleh para dewa & “Valter”.

 Kayangan yg wujud dlm pemikiran org Melayu adalah

tempat yg indah & mulia yg diduduki para dewa &

manusia luar biasa.

 Syurga adalah tempat yg kekal abadi selepas Hari

Kiamat bg org yg baik2.


8
 Org Melayu percaya terdapat beberapa syurga,

antaranya syurga Firdaus.

 Neraka merupakan tempat tinggal makhluk kafir &

mereka melakukan dosa kerana melanggar perintah

Allah S.W.T.

Pemikiran Tentang Diri & Manusia

Alam kehidupan terbahagi kpd

I. Alam rahim

II. Alam dunia

III. Alam barzakh

IV. Alam akhirat

Alam Hakikat Diri

Komponen utama:

I. Jasad

II. Jiwa – hati, nafsu & akal

III. Roh

9
7 Februari 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU

“Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana

minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya

bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan

bestari”

 Falsafah mengandungi nilai serta kecenderungan sesebuah

masyarakat.

 Mencerminkan impian inspirasi & harapan masyarakat & negara.

 Pendidikan KM adalah wahana utk membolehkan murid menjiwai

unsur:-

a) Kemasyarakatan

b) Kemanusiaan, kebudayaan, kewarganegaraan

c) Menanam rasa bangga & cinta pd negara dlm satu wawasan

budaya kebangsaan.

d) Mampu mengimbangkan perlakuan & sahsiah.

 X dijelmakan dlm susun lapis kurikulum-pemikirannya tinggi-perlu

jelas hasil pembelajarannya.

 Melibatkan domain afektif- maka guru perlu mentafsir.

10
 Teks sastera memiliki elemen jati diri, iaitu melahirkan

masyarakat yg utuh, kuat, berdisiplin & bertaqwa & semangat

patriotism.

 Menyuburkan budaya bangsa, memupuk sikap berdaya saing &

pembinaan insan bestari.

 Elemen2 yg lebih terarah perlu ada dlm kurikulum supaya guru

lebih terarah dlm proses p&p.

 Rangka kurikulum perlu menterjemahkan falsafah.

 Falsafah KM merujuk kpd nilai2 luhur yg asasi @ fadhilah.

 Ia menjelmakan wawasan tentang kehidupan & kemanusiaan yg

indah, luhur & unggul.

 Menurut Hanna Holborn Gray, memikirkan tujuan pendidikan

memikir jenis manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yg paling

sesuai utk menjaminkan kesejahteraan sosial & mutu kewujudan

tamadun (bangsa).

PEMIKIRAN PENGARANG2 TERKEMUKA

Pemikiran Pramoedya Anantatoer

 Menurut Pramoedya, mereka yg x berfikir panjang, lalu mengaku

sbg pengkritik & sewenang-wenangnya memberikan negatif ini dpt

mencetuskan bahaya2 baru bg kesuburan perkembangan sastera.

11
 Sbg salah seorang anggota masyarakat, sasterawan mencerminkan

masyarakat pd zaman berkenaan dlm karyanya melalui proses

penyaringan.

 Utk memahami & menyelami sikap & pemikiran Pramoedya dlm

karya-karyanya, maka wajarlah diberikan tumpuan kpd hasil-hasil

karyanya sendiri drp makalah2 kritikan.

 Penulis novel mendedahkan pemikiran & sikapnya melalui watak2.

 Dgn ini, Pramoedya byk memaparkan hasrat & kekecewaannya

melalui watak dlm karyanya.

 Hasil karya Pramoedya berhubung erat dgn kehidupannya sendiri,

maka dpt dikatakan karyanya merupakan suatu saringan

pengalaman kehidupan yg pernah ditempuhinya.

 Pramoedya menganggap seni sastera yg terbaik adalah seni

sastera yg memihak kerana kedudukan pengarang yg dihidui oleh

masyarakat, maka sastera juga mempunyai tugas yg membawa

tugas & membawa pesanan.

 Bg Pramoedya, segala sesuatu dlm kehidupan itu x berdiri sendiri

melainkan berhubungan dgn 1 sama lain dm 1 kompleks yg majmuk.

 Pramoedya mementingkan tanggungjawab & kesedaran terhadap

masyarakat & juga yg bersifat peribadi.

 Pd dasarnya, keunggulan penciptaan sastera bergantung kpd taraf

kemampuan kpd sikap tanggungjawab utk kesedaran itu.


12
 Hasil sastera tanpa kesedaran & tanggungjawab x merupakan seni,

malah boleh dikatakan antibudaya.

 Sebenarnya Pramoedya x terlalu bergantung kpd ilham kalau ada

ilham ia dikatakan hasil kerja keras.

14 Februari 2011

Keluarga Gerilya-Kemanusiaan & Patriotisme

Keluarga Gerilya (KG) menggambarkan semangat rela berkorban &

keadaan persekitaraan yg diperlihatkan oleh bangsa Indonesia.

KG dianggap novel revolusi, didasarkan kpd pengalaman &

kesaksian dlm perjuangan, kesengsaraan bangsa Indonesia

mencapai kemerdekaan & kedaulatan bangsa.

Dalam KG, Pramoedya bercerita tentang manusia yg menjadi buas

kerana tugas, tekanan hidup & keyakinan.

Namun manusia tetap manusia yg sesekali mempamerkan sifat

kemanusiaan sejati.

Saaman, watak utama dlm KG, sanggup membunuh ayahnya sendiri.

Bagi Saaman, menuntut kemerdekaan drp Belanda lebih bererti

drp jiwa seorang manusia.


13
Usman Awang

 Pemikiran dlm Novel “Tulang-Tulang Berselerakan” (1966).

 Mengikut Mohd Yusoff Hassan: terdapat pemikiran kerohanian &

kebitaraan dlm novel ini.

 Kisah kegawatan manusia menghadapi zaman darurat:

o Pd zaman ini penuh dgn unsur2 permusuhan, dengki, khianat,

belot, pembunuhan, kekejaman, kezaliman, penderitaan,

kesusahan & kesengsaraan.

o Manusia mula mengabaikan agama.

o Manusia bergelut mencari survival, penuh ketakutan &

kekecewaan.

o Masyarakat hidup tertekan dgn masalah kemiskinan &

kepayahan mencari kedamaian.

o Masyarakat masih percaya dgn amalan syirik-pakai tangkal

sbg pelindung-mencerminkan betapa ceteknya keimanan

manusia.

o Manusia terjerumus dlm kekelamkabutan hidup-darurat

telah merampas keimanan & ketaqwaan manusia dlm mencari

erti hidup.

o Dlm novel TB-konsep kemiskinan jelas dipaparkan di kota &

desa. Anggota polis tinggal di tempat yg sempit-kemiskinan


14
harta membawa kpd kemiskinan hati & budi apatah lagi dlm

suasana perang & darurat yg kejam & zalim.

o Konsep kepimpinan ditonjolkan dlm TB, iaitu pemimpin drp

beberapa kuasa seperti Jepun, Inggeris & Komunis. Ketiga-

tiganya x dapat cari jalan penyelesaian melainkan

permusuhan.

 Pemikiran Kebitaraan

o Kebitaraan bermaksud keunikan dr segi tindak tanduk

manusia dlm kehidupannya.

o Dlm TB, terdapat beberapa kumpulan manusia, iaitu polis

hutan, komunis, masyarakat luar bandar & bandar (kota),

pejuang kemerdekaan & nasionalisme Melayu.

o Keunikan dr segi tindak-tanduk manusia dlm kehidupannya.

o Terdapat beberapa watak dlm TB: polis hutan, komunis,

masyarakat luar bandar & desa, pejuang kemerdekaan &

nasionalisme Melayu.

o Dlm TB-Leman, anggota polis yg berkelulusan dr Polis Depot

Johor Bahru, semasa di Melaka menghadapi gerakan

semangat kebangsaan dgn perarakan API-AWAS-GERAM.

15
o Kehidupan org Melayu di Melaka mempengaruhi jiwa Leman

bagaikan org gila kerana tekanan hidup & perempuan2 joget

yg mencari makan.

o Dlm TB, kehidupan org Melayu di Melaka mempengaruhi jiwa

Leman-dia seperti org gila akibat drp tekanan hidup &

perempuan2 joget yg mencari makan. Org awam panggil polis

sbg anjing kompeni.

o Demi sesuap nasi, Leman terus berjuang mempertahankan

kuasa British, menentang komunis & memusnahkan ladang2 &

rumah penyokong komunis.

o Akhirnya dia mengakhiri kariernya utk mencari kerja lain &

berhasrat meninggalkan Melaka.

20 Februari 2011

Pemikiran Keris Mas

Mengikut pendapat Idris Zakaria-menjunjung falsafah “Seni utk

Masyarakat”-kesan drp tuntutan sosiopolitik, ekonomi & budaya

zamannya.

Keris Mas mahu menegakkan kebenaran dlm segala aspek

kehidupan manusia. Beliau menulis tentang keadilan masyarakat,

16
kebebasan berfikir, menentang penjajahan & penindasan terhadap

golongan yg lemah.

Menekankan harapan supaya bangsanya berdikari & berjiwa besar.

Kesedaran ini tertanam semasa beliau belajar di Sumatera,

Indonesia.

A. Rahim Abdullah berpendapat: Keris Mas mempunyai pendangan

progresif terhadap masyarakat boleh dikaitkan dgn konsep Islam

yg dinamik & maju. Dlm soal perkahwinan misalnya secara halus

beliau mengkritik sikap negatif masyarakat Melayu (Islam) yg

mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga

kepentingan agama diketepikan.

Dlm novel SBDKL-Keris Mas mengkritik fahaman Islam yg

konservatif & menghalang org Melayu dr terus maju & bekerja

keras. Cth: pelajar wanita di IPT yg anti-keduniaan & enggan

bekerja.

Tentang falsafah pemikiran Keris Mas, didapati walaupun Islam

menjadi unsur vital dlm karyanya, Islam yg diketengahkan bukan

dr jenis tradisional, klasik & defensif, sebaliknya citra Islam ialah

dr jurus islah @ reformasi. Keris Mas menggunakan landasan

kreatif utk menentang fikiran2 Kuam Tua.

Dunia Pemikiran Novel Melayu (S.O. Kelantan)


17
 Dunia pemikirannya ialah juga alam pemikiran, yg bermaksud

pemikiran & keragaman cetusan idea drp pelbagai golongan

pengarang Melayu yg sgt akhrab dgn lingkungan alam kosmologi

Melayu.

 Alam kosmologi merupakan persekitaran kehidupan yg bersifat

alamiah & tulen sifatnya-disebut juga alam flora & fauna.

 Org Melayu amat akhrab dgn persekitaran alamiah &

mempengaruhi karya mereka. cth : seseorang yg kedekut –tangkai

jering , mandi kerbau (mandi x bersabun).

23 Februari 2011

Pemikiran Satira

 Satira dipinjam drp BI – satire. Asalnya satura (Latin), kemudian

diucapkan styra, kemudian satyre & akhirnya satire.

 Karangan yg mempersendakan @ menyindir org & lain2.

 Utk menimbulkan cemuhan, nista & perasaan muak terhadap

penyalahgunaan & kebodohan manusia serta pranatanya; tujuannya


18
mengoreksi penyelewengan dgn jalan mencetuskan kemarahan &

ketawa bercampur dgn kecaman & ketajaman akal.

 Dpt dijadikan alat, sumber & bahan utk membina & membentuk

fikiran & falsafah & ideologi utk mengkritik sama ada kehidupan

sosial moral, politik & falsafah.

 Karya kreatif yg mengandungi pemikiran tentang ragam cara yg

halus & tajam secara sindiran @ ejekan@ sendaan yg boleh

menimbulkan ketawa & kesedaran dlm kalangan manusia tentang

kebodohan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, ketamakan,

kehalobaan, kesombongan & kesalahfahaman & fikiran dlm sesuatu

golongan dlm sesuatu masyarakat, bangsa & negara.

Perkembangan Pemikiran Satira Melayu

 Dlm cerita lisan-bermula dlm rumah org Melayu sendiri. Cth;

“kisah kutu kpd gadis sunti”.

 Pengajaran: supaya ibu2 Melayu peka & prihatin dgn pertumbuhan

anak2 gadisnya. Mereka akan mewarisi kehalusan budi & sopan

santun dlm kehidupan keluarga. Cth lain; menyanyi di dapur akan

mendapat suami tua.

 Cerita Perlumbaan Arnab & Kura2: menampilkan pemikiran tabah &

tekun serta yakin pd kebolehan akan membawa kejayaan.

19
 Memberi pendidikan bahawa tubuh badan yg kecil x semestinya

akan kalah kalau menggunakan kekuatan minda.

 Cerita Mat Jenin berangan-angan: makna angan2 adalah “ingatan,

fikiran, gambaran @ bayangan dlm fikiran, khayalan, fikiran @

ingatan”.

 Angan2 ini merupakan permulaan manusia merangka & merancang

masa depan- permulaan dr suatu program yg besar.

28 Februari 2011

Pemikiran dlm Cerita Jenaka

Pemikiran dlm CJ lebih tajam & amat digemari dalam masyarakat

Melayu.

Peranan wataknya seperti Pak Pandir, Pak Kaduk, Lebai Malang,

Pak Belalang & Si Luncai menimbulkan kesan humor & unik.

Dlm cerita Pak Pandir, digambarkan kebodohannya serta seluruh

hidupnya mendatangkan keburukan & malapetaka.

Perutusan: kebodohan itu membawa kpd kehancuran diri sendiri,

keluarga & masyarakat. Sifat ini harus dijauhi kerana membawa

kpd kemusnahan; member gambaran negatif terhadap sesebuah

rumah tangga kpd perempuan, ibarat “berkemudi di haluan”.

Cerita Pak Pandir & Lebai Malang- menyindir org yg terlalu byk

perhitungan utk bertindak semata-mata keranan memikirkan


20
keuntungan diei sendiri, akhirnya membawa kpd kerugian &

malapetaka.

Cerita Pak Kaduk mempunyai pemikiran yg halus & tajam utk

menyindir suatu golongan. Pak Kaduk dianggap dungu & tolol.

Terjadi begitu kerana Pak Kaduk & Si Luncai mendepani

kewibawaan sang Raja. Tidak ada unsur kebetulan kpd mereka

sebagaimana Pak Belalang.

Pak Pandir, Lebai Malang & Pak Kaduk menjadi sengsara sepanjang

hidupnya kerana x ada unsur kebetulan yg menguntungkan.

Peristiwa tragis ialah Pak Kaduk terlalu “dungu” & tolol utk

menghalalkan perbuatan raja yg zalim & kejam terhadap rakyatnya

yg ingin mencari rezeki di “gelanggang raja”.

Si Luncai tetap menghormati raja.

Sebenarnya, Si Luncai seorang yg cerdik- iaitu menukarkan labu

dgn seorang lelaki India ke dlm guni.

Pemikiran dlm Penglipur Lara

 Walaupun byk menceritakan mengenai pengambaraan, kesaktian &

perjuangan anak raja, tetapi terdapat cerita mengisahkan

perjuangan utk kemerdekaan org Melayu- Hikayat Anggun Cik

Tunggal.

21
 Pemikirannya menonjolkan perjuangan org Melayu dlm bentuk

cerita secara alamiah dgn lambang yg halus & tajam, iaitu

menentang penjajahan Barat.

3 Mac 2011

Pemikiran Saintifik & Kreatif

Bluhm (1978) – kemahiran saintifik dikenali juga sebagai

kemahiran kritis @ kemahiran pemikiran intelek.

Ismail Jusoh & Zurid Ismail – pemikiran saintifik peringkat tinggi-

kemahiran yg sentiasa mendorong seseorang menggunakan minda

secara aktif & kreatif.

Pemikiran saintifik kreatif utk melahirkan masyarakat yg

saintifik, progresif & inovatif.

Pemikiran Saintifik/Kreatif dlm Sejarah Melayu

 Telah disampaikan oleh Tun Sri Lanang secara tersurat & tersirat.

 Keintelektualan pengarang terserlah dlm karya agung & dapat

dikatakan pemikiran intelek beliau mendahului zaman.

a) Konsep rekaan kapal selam

 Raja Suran telah masuk ke dlm laut dgn memasuki peti kaca

yg berpesawat dr dlm.
22
 Peristiwa itu dianggap mitos yg bertujuan utk mengagung-

agungkan status Raja Suran yg berkebolehan luar biasa.

 Tersirat pemikiran saintifik, pengarang secara futuristic

mengimbas rekaan kapal selam. Pengarang dpt

menggambarkan manusia dpt mencipta sesuatu yg luar biasa

& dpt menyaksikan pemandangan di dasar laut, siap dgn

pembekalan oksigen.

 Juga membuktikan kemampuan pengarang menggunakan daya

kreativiti utk mengimbas rekaan kapal selam yg sudah jauh

mendahului zamannya.

b) Konsep pembinaan negara kota/bandar di dasar laut

 Dlm cerita pertama- Raja Suran tiba di negeri Dika,

kemudian berkahwin dgn puteri Raja Aftabul Ard bernama

Mahtabul Bahri.

 Mitos dimasukkan oleh pengarang utk meninggikan martabat

Raja Suran, iaitu baginda berkahwin dgn puteri tersebut di

dasar laut.

 Pemikiran santifik kreatif- baginda berjaya membina negeri

di dasar laut (konsep “buble city under the sea”). Dgn

teknologi canggih, Jepun & England berjaya membina jalan

23
kereta api di dasar laut, tapi belum ada yg berjaya membina

negara kota di dasar laut.

08 Mac 2011

Emosi:

 Emosi adalah fitrah semula jadi yg dianugerahkan oleh Tuhan

kepada setiap insan di dunia ini.

 Setiap manusia memiliki emosi yg berbeza-beza sama ada cinta,

kasih sayang, benci & marah.

 Emosi manusia bukan sahaja berbeza-beza, tetapi juga bersifat

ekstream.

 Emosi adalah tindakan @ reaksi tindakan sosiologi seseorang

individu terhadap sesuatu situasi yg dihadapinya sbg ahli dlm

masyarakat.

 Emosi bersifat universal, tetapi tindakan2 emosi mengikut budaya

masing2.

 Emosi org Melayu berbeza dgn org Cina & India.

 Dlm konteks budaya Melayu, emosi dpt dilihat dlm bentuk verbal &

non-verbal.

I. Verbal

24
 Leksikon kata2 yg digunakan menggambarkan emosi

penutur.

 Kata2 menyatakan sedih, marah, sayu, gembira, suka-

duka.

 Cara perkataan dituturkan dgn emosi menggambarkan

penafsiran emosi.

II. Non-verbal

 Dilihat melalui mimiki muka @ body language. Cth;

membeliakan mata, muka yg merah padam.

 Body language yg bersifat “culture interpretasi” . cth;

mengangkat bulu kening menggambarkan rasa marah,

ingin tahu.

 Masyarakat Mauri, menyambut tetamu dgn menjelir

lidah, lagi panjang lidah semakin erat layanan yg

diberikan kpd tetamu.

 Meludah @ mengeluarkan kahak, boleh menimbulkan

ketegangan @ pergaduhan.

14 Mac 2011

Rasa:

25
Rasa adalah tindak balas yg tercetus drp pengalaman merasai,

menikmati, mengecapi @ sentuhan perasaan.

Mengikut Kamus Sanskrit, rasa ialah sari pati, air, arak, susu,

madu, racun, raksa (merkuri), keinginan, indah, rasa kasih @

perasa.

Rasa dlm hubungannya dgn manusia dirujuk sbg rasa hati @

perasaan.

Rasa hati ialah keadaan hati yg apabila mengalami sesuatu keadaan

seperti rasa sedih sehinggalah ke peringkat yg lebih tinggi, iaitu

pengalaman estetik yg boleh menyebabkan tindak balas yg lain.

Cth; rasa sedih akan menyebabkan tangisan, gembira-ketawa.

Dlm konteks Islam, rasa sbg perihal perlakuan yg disedari

kehadirannya.

Kant, rasa merujuk kpd Vigalita Vedyantara , iaitu kehadirannya x

boleh dipisahkan drp wujudnya diri sendiri. Yg dikaitkan dgn

pengetahuan semula jadi.

Pemerolehan pengalaman estetika ini dibuktikan melalui kewujudan

rasa, iaitu selera diri yg diistilahkan sbg Sahrdaya.

Rasa dlm “Panglima Salleh Selempang Merah” (PSSM) karya Zarah

Nawawi. Mengisahkan kehebatan & kepimpinan tokoh yg

berwibawa, iaitu Panglima Salleh @ Cikgu Salleh @ Kiai Salleh bg

mengatasi pergolakan yg berlaku di Batu Pahat disebabkan pihak


26
Bintang 3 yg cuba merampas kuasa pemerintahan drp pentadbiran

tentera Jepun ketika itu.

Rasa pertama yg terdapat dlm novel PSSM adalah duka kerana

menyentuh tentang peperangan yg menyebabkan byk nyawa

terkorban. Tragedi ini jg menghilangkan rasa belas kasihan kerana

masing2 ingin melepaskan diri drp ketakutan, kemiskinan,

kezaliman serta kedaifan hidup. Maka, rasa sedih/duka akan

berlaku kesan drp kebuluran, penyakit yg merebak, penindasan

serta kekejaman.

Rasa kedua dlm novel PSSM adalah berang dianggap jg marah.

Rasa berang ini berkaitan dgn peristiwa @ situasi tertentu yg dpt

menimbulkan kemarahan & diperlihatkan dgn tindakan2 seperti

balas dendam, cemburu, fitnah, menghina & sbgnya. Keberangan ini

berpunca drp keporkasaan, penderaan, pembohongan, perogolan, x

setia, mengancam, mengugut.

Dlm PSSM, pengarang menyentuh tentang wujudnya tali barut

Komunis yg terdiri drp bangsa Melayu sendiri.

Sikap negatif jelas diketengahkan oleh pengarang melalui sifat

busuk hati segelintir manusia yg akhirnya akan memusnahkan

strategi menentang penjajah.

Rasa ketiga, iaitu benci. Rasa benci dlm novel PSSM muncul sbg

sikap yg jijik dgn perilaku manusia & sanggup berpaling tadah kpd
27
pihak pengganas semata-mata ingin mendapatkan kesenangan

hidup di zaman penjajah masa itu. Situasi ini akan merangsang

emosi pembaca betapa rapuhnya nilai kemanusiaan dlm kalangan

bangsa Melayu ketika itu semata-mata mengejar kesenangan &

janji2 yg ditaburkan oleh penjajah.

23 Mac 2011

Pemikiran Etika

1. Konsep: etika berasal drp perkataan Yunani “ethos” bererti

“kesediaan jiwa utk membentuk kesusilaan”.

2. Dr segi estimologi, etika menitikberatkan:

a. Perlakuan individu, iaitu maksudnya “org baik” @ “org x

baik”.

b. ………………………………….

3. Dlm karya sastera, “ethos” mempunyai erti tersusun &

kesusilaannya sendiri merupakan kumpulan drp peraturan2

kesusilaan. Maka, etika disebut “sesuatu kebiasaan”.

4. Menurut al-Ghazali (1963), terdapat ciri2 berkaitan dgn akhlak,

iaitu:

 Sabar & syukur

 Takut & harap


28
 Fakir (rendah diri) & zuhud (sederhana)

 Muhasabah (nilai diri sendiri) & muraqabah (……………….)

 Taubat

5. Dlm pernyataan al-Ghazali:

 Nilai akhlak Islam bersifat tetap & hakiki.

 Barat melihat nilai akhlak bersifat nisbi & berubah mengikut

masa & keadaan.

6. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan:

 “sbg Islam, tujuan menutut ilmu x lain bg memupuk serta

menjelmakan insane sempurna”.

7. Pendidikan Sekular Barat, melihat ilmu itu:

“hanya merujuk kegunaan hidup duniawi insane dlm lingkungan

masyarakat & negara”.

8. Maka, akhlak @ etika ialah pemikiran falsafah yg menyentuh:

Perkara2 kebajikan, kejahatan, perbuatan2 yg dikatakan

baik & teruk, hakikat sanubari, ukuran kebajikan & kejahatan

& sbgnya.

29
28 Mac 2011

Aliran Pemikiran Etika

a. Aliran etika naturalism – menganggap kebahagian

manusia boleh didapati dgn menurunkan kejadian

fitrah manusia itu sendiri.

b. Aliran etika hedonism – perbuatan susila itu adalah

perbuatan yg menimbulkan “hedont”, iaitu

kenikmatan & kelazatan.

c. Aliran etika ulititarisme – menilai baik & buruk

perbuatan manusia, ditinjau dr kecil & besarnya

manfaat bg manusia.

d. Aliran etika idealism – berpendirian perbuatan

manusia x terikat pd sebab-musabab lahir, tetapi

haruslah didasarkan kpd prinsip kerohanian.

e. Aliran etika vitalisme – aliran ini menganggap baik

& buruk perbuatan manusia itu sbg ukuran ada @

tiada daya hidup yg maksimumnya mengendalikan

perbuatan itu/x bersungguh-sungguh.

f. Aliran etika thelogis – berkeyakinan bahawa ukuran

baik & buruk perbuatan manusia itu dinilai dgn

30
sesuatu yg sesuai & x sesuai mengikut perintah

Tuhan.

Peranan Etika dlm Kehidupan Insan

 Etika & moral mempunyai maksud yg berbeza:

etika merupakan tentang baik & buruk perlakuan manusia.

moral adalah tingkah laku yg telah @ sedang dilakukan oleh

individu.

 Penentuan baik & buruk moral bergantung kpd dasar etika yg

dipegang, dipatuhi & dijadikan garis panduan.

 Etika merupakan unsur terpenting dlm kehidupan insan utk

menjamin kesejahteraan di dunia & akhirat. Tanpa etika yg kukuh,

masyarakat akan hancur & kehidupan porak peranda.

 Shahnon Ahmad menyatakan bahawa etika amat penting & menjadi

tunjang bg manusia & berkembang kerana buruk etika maka

buruklah dia, keluarganya, masyarakatnya, bangsanya & seluruh

manusia. Kalau baik etikanya, maka baiklah semuanya.

 Karya2 Hamka kebanyakkannya menyentuh tentang etika yg baik.

Kesimpulan:

- Etika berfungsi utk membentuk peribadi yg luhur & insane yg

kamil & hidup dgn bahagia. Tanpa etika manusia akan kecundang
31
hidupnya. Manusia yg x beretika x mendapat kehormatan semasa

hidup & matinya.

04 April 2011

Pemikiran Etika dlm Karya HAMKA

 Karya HAMKA bertolak dr dasar cinta.

 Dr cinta tersimpul hidup yg harmoni & etika yg mulia.

 Etika cinta HAMKA x terlepas dgn Islam.

 Pemikiran etika dlm karya HAMKA terbahagi kpd 2;

1. Etika individu

2. Etika sosial

 Karya sastera yg x mengandungi falsafah & ajaran2 yg benar

adalah karya yg kering & kosong.

 Persoalan etika terjalin melalui ciri seni, iaitu keindahan bahasa,

keindahan gaya & keindahan latar sehingga mengusik kalbu.

Etika Individu

32
Watak2 yg dikemukakan merupakan pertentangan haq & yg batil.

Pertentangan ini membuahkan hasil sama ada etika baik atau etika

buruk.

Dlm novel “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijek” - memaparkan watak

utama Zainudin – seorang pemuda malang, jiwa lembut & berperasaan

halus menggunakan air mata utk membasuh segala perasaan kasar dr

jiwanya.

Zainudin seorang yg setia, jujur & ikhlas. Dia berjaya mengubah cara

hidup Muluk, iaitu dr perewar (melanggan pelacur) kpd manusia yg

bermaruah & bertanggungjawab.

Etika individu dpt jg dilihat dlm novel “Keadilan Ilahi” & “Di Bawah

Lindungan Kaabah”.

HAMKA x suka kpd etika “hedonism” sehingga beliau mengenakan

hukuman berat kpd mereka yg beraliran ini. Watak Jazali – manusia

yg mencari kepuasan dgn mengumpul harta yg byk dgn cara menindas

– dikenakan hukuman berat.

Kesimpulan- perlakuan yg baik akan dihormati org – etika yg baik

datang dr niat perlakuan & tindak-tanduk kpd sesuatu.

Dlm novel “Di Bawah Lindungan Kaabah” dikemukakan watak Hamid yg

dirundung malang. Dia lebih byk menangis drp ketawa, miskin

sehingga menafikan dia menerima pelajaran/pendidikan. Tetapi,

Hamid mempunyai peribadi yg luhur, kuat & halus perasaannya. Dan


33
bg HAMKA, hati manusia yg keras jika dibasuh dgn air mata akhirnya

akan menjadi lembut jua.

Dlm novel “Keadilan Ilahi”, HAMKA sekali lg mengemukakan anak

muda yg sentiasa dirundung malang, hidupnya miskin tetapi, berhajat

utk memperisterikan Samsiah, iaitu tunangnya sejak kecil.

Keikhlasan Adnan terhadap tunangnya digambarkan dgn kegigihannya

utk mencari rezeki di perantauan. Di perantauan, Adnan berhadapan

dgn nasib malang kerana duit yg dikumpulnya telah dicuri. Akhirnya,

Adnan pulang utk memperisterikan Samsiah tetapi, Samsiah telah

dikahwinkan dgn org lain. Tragedi ini telah menyebabkan Adnan

berusaha & x lg memikirkan diri sendiri & dlm dirinya timbul

persoalan hidup ini suatu perjuangan.

Etika Sosial

Perlakuan individu mesti berhubung kait dgn alam sosial.

Keeratan kedua-dua etika ini dpt dilihat dlm novel “Tuan

Direktor”. Kelompok sosial dibina oleh Pak Yasin sehingga

menjadi ikutan org lain. Pak Yasin jg berjaya menarik Fauzi,

iaitu bekas pekerja kpd Tuan Direktor Jazuli. Perlakuan etika

Pak Yasin yg penuh yakin cb diterapkan kpd anak buahnya.

HAMKA cb memaparkan tentang hambanya kehidupan manusia

yg hanya menghambakan diri utk organisasi perniagaan org lain

sedangkan dirinya terseksa kerana x dpt menikmati kebebasan.


34
Karya sastera HAMKA yg lain seperti “Merantau ke Deli”

memaparkan tentang kegigihan individu utk meningkatkan

kualiti hidup rumah tangganya.

06 April 2011

Pemikiran Kebitaraan

 Pemikiran jenis ini merujuk kpd watak2 & perwatakan yg

dikemukakan dlm sesuatu novel.

 Kebitaraan bermaksud keunikan dr segi tindak-tanduk manusia dlm

kehidupannya. Terdapat beberapa kumpulan watak dlm karya;

 Kumpulan masyarakat bandar.

 “ “ luar bandar.

 “ “ beruniform – polis, tentera,

komunis.

 “ pejuang kemerdekaan.

 “ nasionalis.

 Kumpulan masyarakat melambangkan kebitaraan terdapat dlm

novel “Tulang2 Berselerakan”, novel Sahnon Ahmad (yg

mendedahkan masyarakat petani yg miskin), karya S.Othman

Kelantan (yg mendedahkan masyarakat yg suka berjudi).


35
Pemikiran Kesaintifikan

 Pemikiran ini melibatkan unsur2 fakta tempat & zaman secara

saintifik yg ditonjolkan oleh pengarang.

 Pengarang mengemukakan fakta2 sejarah secara terperinci.

Contoh; Usman Awang mendedahkan fakta pergerakan Komunis

pada zaman darurat yg berlaku dlm tahun 1947-1952.

 Biasanya, pengarang akan melakukan “research” utk mendedahkan

sesuatu fakta berkaitan dgn sejarah @ ilmu.

 Fakta tokoh jg harus didedahkan secara saintifik, iaitu fizikal

tubuh & hal2 kerohanian. Contoh; utk menceritakan watak

Panglima Salleh, Tok Janggut perlu dilukis secara saintifik.

 Pemaparan kostum jg perlu dilakukan penyelidikan berkaitan dgn

budaya & masyarakat. Contohnya; latar masyarakat pd Zaman

Melayu Melaka.

 Pemaparan tentang alam kosmos jg perlu dikemukakan secara

saintifik, jgn bertentangan dgn realiti yg sebenar.

36

Anda mungkin juga menyukai