Anda di halaman 1dari 10

KISAH

PAK
PANDIR
• Pada suatu hari, Mak
Andeh hendak ke huma
lalu memesan kepada Pak
Pandir agar memandikan
anak mereka...
• "Mandikan anak dengan air
suam dan jangan mandikan dia
dengan air sejuk" Pesan Mak
Andeh kepada Pak Pandir, Pak
Pandir cuma mengangguk tanda
faham. Mak Andeh pun pergilah
ke huma...
• Apabila anak mereka terjaga dari
tidur, Pak Pandir pun segera
menyediakan air mandian dengan
memasak air di dalam kawah.
Sebaik sahaja air itu mendidih, Pak
Pandir mendukung anaknya lalu
memasukkan ke dalam kawah
tersebut..
• Apalagi! Anaknya terus
terserigai apabila direbus
dalam air yang panas itu! Pak
Pandir sebaliknya berasa
gembira kerana menyangka
anaknya tersenyum lebar..
• Lalu, Pak Pandir pun semakin
bersungguh-sungguh memandikan
anaknya dengan menyiram air yang
panas itu menggunakan gayungnya
pula. Pada fikirannya, anaknya itu
terlalu suka mandi air panas!
• Seketika kemudian, Mak Andeh pun
pulang ke rumah mereka lalu terlihat
akan kelakuan Pak Pandir dan keadaan
anaknya..
• Mak Andeh pun meraunglah sekuat-
kuat hati... Pak Pandir mula merasa
hairan dan bertanya..
• "Mengapa pula Mak Andeh
meraung melihat anak yang gembira
mandi air panas ni???“
• Dalam tangisannya, Mak
Andeh pun berkata... "Anak
kita dah meninggal...! Air itu
terlalu panas dan bukannya
air suam....!"
Pak Pandir menangis kerana amat
menyesal dengan apa yang berlaku...
Tetapi segalanya sudah terlambat...
Selepas itu, tinggallah Pak Pandir dan Mak
Andeh dalam kesedihan...
Mereka sedih mengenangkan anak yang
sudah tiada lagi....
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai