Anda di halaman 1dari 2

Penyampai Dialog Muzik Kesan bunyi

Guru mengetuk pintu dan berjalan masuk ke kelas. Bunyi ‘knock


Kemudian, guru memberi salam kepada murid-murid. knock’ dan
tapak kaki
berjalan.
Guru Assalamualaikum kelas. Apa khabar semua?
Pelajar Waalaikumusalam wbt cikgu. Khabar baik cikgu.
Guru Baik, sebelum duduk, sila perhatikan di bawah meja kamu Bunyi kerusi
semua. Jika terdapat sebarang sampah, tolong kutip dan digerakkan.
buang ke dalam tong sampah.
Pelajar Baik cikgu.
Guru Cikgu ingin bertanya kepada kamu semua, pernahkah
kamu semua melihat Bulan pada waktu malam?
Pelajar Ya, pernah.
Guru Cuba kamu bayangkan, adakah Bulan mempunyai
cahayanya sendiri?
Pelajar Hmm..ada cikgu ada. Cahaya Bulan warna putih kan cikgu.
Guru Haaa..cuba teka

Guru menunjukkan gambar fasa-fasa Bulan di hadapan


kelas.

Guru Okay kelas, cuba kamu perhatikan gambar yang cikgu


tunjuk di hadapan ini. Ini merupakan fasa atau bentuk-
bentuk Bulan yang kita selalu lihat pada waktu malam. Ada
macam-macam bentuk kan?
Pelajar Ya cikgu. Kami pernah nampak.
Guru Baik, dengar sini. Bulan beredar mengelilingi Bumi
mengikut orbitnya sendiri. Jika sebelum ini kamu belajar
Bumi berputar pada orbitnya kan? Haa Bulan pun ada
orbitnya juga!
Pelajar Oooo.
Guru Dan kamu perlu tahu ya, Bulan tidak ada cahayanya
sendiri. Jadi dari mana cahaya Bulan datang?
Pelajar Dari Matahari, betul tak cikgu?
Guru Ya betul! Wah, bijak anak-anak murid cikgu ini. Bulan
sebenarnya memantulkan cahaya Matahari . Oleh itu,
Bulan akan kelihatan terang pada waktu malam
disebabkan cahaya Matahari yang dipantulkan itu.
Pelajar Wahhhh. Macam tu rupanya.
Guru Baik cikgu ingin terangkan kepada kamu semua tentang
fasa-fasa Bulan. Jika kamu perhatikan di depan, Bulan
mempunyai lapan bentuk mengikut tarikh-tarikh tertentu.
Bentuk Bulan yang kelihatan adalah cahaya yang terpantul
pada Bulan. Pada 1 haribulan mengikut takwim Islam,
Bulan akan menjadi gelap dan tidak kelihatan di langit.
Namanya adalah anak Bulan. Kemudian Bulan akan terlihat
seperti huruf C terbalik dimana ketika ini ia dikenali sebagai
Bulan sabit. Baik, cikgu nak semua baca, bentuk Bulan
apakah selepas bulan sabit?
Pelajar Bulan separa cikgu.
Guru Bagus, kenapa kita panggil separa? Kerana cahaya Bulan
nampak separuh sahaja kan. Yang ini kita akan lihat pada
12-13 haribulan kalendar Hijrah.
Pelajar Wahh. Selepas itu Bulan jadi bentuk apa cikgu?
Guru Haa lepas Bulan separa, Bulan akan berbentuk bulat. Masa
inilah kamu akan nampak Bulan sangat cantik dan besar.
Malam pun akan disinari cahaya Bulan yang sangat terang.
Cikgu pasti semua pernah tengok kan?
Pelajar Ya cikgu. Kami suka lihat Bulan besar.
Guru Wah bagusnya kalian. Oleh itu kita mestilah menghargai
keindahan ciptaan Tuhan. Sungguh indah ya murid-murid.
Pelajar Betul cikgu.
Guru Baik, setakat itu sahaja pelajaran kita pada hari ini. Nanti
cikgu akan sambung tentang Bulan lagi ya. Baik, cikgu akan
bagi lembaran kerja kepada kamu semua. Jangan lupa buat
ya.
Pelajar Baik cikgu.
Guru Okay kelas. Assalamualaikum.
Pelajar Waalaikumusalam wbt cikgu.

Anda mungkin juga menyukai