Anda di halaman 1dari 2

PKES3033 Pemakanan dan Kesejahteraan IPGKRI – Eddy – Jan 2017

Sumber:http://panduan-tips-petua.blogspot.my/2014/05/5-khasiat-makanan-sunnah.html.
Kali ini saya mahu berkongsi maklumat berkenaan Makanan Sunnah. Ada sesetengah
makanan adalah makanan ruji harian kita dan ada juga yang tidak pernah kita ketahui
khasiatnya.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran
bermaksud: makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-
A’raf, ayat 31).
Selepas ini, bolehlah kita mengoptimumkan kesihatan ahli keluarga setelah mengetahui
khasiat makanan ini. Tetapi, sekiranya masalah / penyakit yang dihadapi masih tidak sembuh,
silalah rujuk kepada pihak yang lebih pakar.

Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati
pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah.
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut:
 “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan
yang mengenyangkan.”

Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya.
Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk
beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk
mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.

Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19:
 "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana
kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"

Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses. Ia


mengandungi kandungan serat yang tinggi ( 3x lebih tinggi daripada pisang ).
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"
Sabda Nabi yang lain:
 "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan
syaitan dan sihir pada hari itu"
Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar
pelbagai penyakit.
PKES3033 Pemakanan dan Kesejahteraan IPGKRI – Eddy – Jan 2017

Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.
Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam
agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda
S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut. Mengikut kajian, ia dikatakan
dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan
sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun
lamanya.

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:


 "Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati"

Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa habatussauda itu
menghapuskan angina dalam usus dan demam, baik merawat 'leukoderma', membuka
urat yg halus dan menghilangkan penyakit selsema.

Buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah
At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan
buah zaitun.
menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk
Antara khasiat buah tin termasuklah
yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir
dalam usus. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada
jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di
dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi
rendah sodium.

Anda mungkin juga menyukai