Anda di halaman 1dari 3

Angan-angan Mat Jenin

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung terdapat seorang pemuda bernama


Mat Jenin. Dia sangat dikenali di seluruh kampung kerana suka berangan-angan.
Mat Jenin merupakan seorang pemuda yang pemalas tetapi selalu berangan untuk
menjadi kaya raya. Dia menghabiskan hari-harinya hanya dengan berangan-
angan.

Pada suatu hari, ketua kampung yang bernama Pak Mat ingin memetik kelapa
namun pokok kelapanya terlalu tinggi. Oleh itu,dia ingin meminta pertolongan
Mat Jenin.

"Panjang umur kau Mat. Aku baru mahu ke rumah kau", kata Pak Mat dengan
gembiranya apabila melihat Mat Jenin berjalan sambil bercakap-cakap sendiri di
hadapan rumahnya. Mat Jenin menghentikan langkahnya. Pak Mat mengatur
langkah menghampiri Mat Jenin.

"Ada apa Tok?" soal Mat Jenin apabila Pak Mat sudah berdiri
dihadapannya. Ketua kampung itu mengukirkan senyuman. Bahu Mat Jenin
ditepuk-tepuk perlahan.

"Kau tolong aku petik kelapa kat belakang rumah tu .Nanti aku berikan
daging kambing sebagai balasannya", kata Pak Mat sambil menunjukkan pokok
kelapa yang tinggi melangit di belakang rumahnya. Mat Jenin tersenyum. Dia
sudah lama tidak merasa daging kambing.
Mat Jenin membetulkan kopiahnya. Senyumannya makin lebar
membayangkan daging kambing yang dijanjikan oleh Pak Mat itu sebentar tadi.
"Baik Pak Mat. Saya akan petik sekarang juga." kata Mat Jenin lalu meminta diri
untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.

"Jangan berangan kat atas pokok kelapa tu pula. Bahaya", pesan Pak Mat
sebelum bayangan Mat Jenin menghilang ke belakang rumah.

Sebaik sahaja sampai dibelakang rumah, Mat Jenin terus memanjat kelapa
itu dengan penuh semangat. Demi daging kambing yang dijanjikan. Sampai
sahaja diatas, dia terus memetik buah kelapa satu persatu. Dalam kekhusyukkan
memetik kelapa, dia terlihat anak gadis Pak Mat yang menjadi idaman para jejaka
di kampung itu menjemur baju. Tanpa sedar dia mula berangan-angan.

Mula-mula, Mat Jenin memetik dan menjual kelapa. Setelah itu dia
membeli kambing. Akhir sekali, dia membeli lembu dan menjadi saudagar yang
menjual daging. Dia mulai dikenali oleh saudagar-saudagar yang lain dan
dihormati semua orang. Berderet-deret anak gadis yang menawarkan diri untuk
menjadi isterinya.

Duit dan emas permata memenuhi rumahnya dan dia tidak lagi berjalan
kaki ke mana-mana dan sebaliknya menunggang kuda dan unta. Mat Jenin
tersenyum lebar dengan kekayaannya. Kemudian dia melamar anak gadis Pak
Mat untuk dijadikan isteri dan hidup kaya dan bahagia selamanya.
“Aku kaya!” jeritnya di atas pokok kelapa itu keriangan. Kedua-dua
tangannya diangkat tinggi 'meraikan' kekayaan yang hanyalah angan-angan itu
sebentar tadi.

Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa yang dia sebenarnya masih
memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya di atas pokok. Oleh kerana dia
sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu, tubuhnya hilang imbangan
lalu terus jatuh melayang ke bawah. Akhirnya Mat Jenin mati kerana angan-
angannya.

Anda mungkin juga menyukai