Anda di halaman 1dari 4

KISAH MAT JENIN

Anak :
Ibu
:

Ibu... apabila besar nanti Aiman nak jadi jutawan tau Bu.
Sudah lah Aiman, jangan nak berangan macam Mat Jenin. Pergi
kamu sapu sampah lagi berfaedah.

Selamat sejahtera kawan-kawan..itu adalah secebis kisah yang selalu kita dengar.
Hari ini saya akan bercerita satu kisah, kisah tradisi penuh makna. Kisah Mat Jenin
empunya cerita, banyak tauladan serta pengajarannya.
Dalam sebuah kampung, ada seorang pemuda bernama Mat Jenin. Beliau bekerja
sebagai pemanjat pokok kelapa di daerah tersebut. Semua orang tahu akan
kecekapan Mat Jenin memanjat pokok kelapa,sehingga ia tersohor di daerahnya.
Jika ada sesiap anak ambil buah kelapa hanya Mat Jenin yang akan dipanggil
sehinggakan beruk pemanjat kelapa pun terpaksa tapik spring kat Mat Jenin.
Biasanya, upahnya adalah buah kelapa itu sendiri.Jika Mat Jenin memanjat 100 biji
kelapa, pemilik akan mengupah 50 biji iaitu separuh dari keseluruhan buah
kelapa.....Jadi Mat Jenin adalah Raja Buah Kelapa
Jika aku dapat panjat 500 biji setiap hari,aku dapat 250 biji kelapa.. kaya aku! Bisik
Mat Jenin dalam hati. Sebiji kelapa aku jual RM1.50, jika 250 biji aku akan dapat
RM375 sehari.. Wow..aku kaya sambil tersenyum.

( Lagu )
Kalau aku kaya, hari -hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga,aku belanja selamba
Kalau aku kaya, aku beli segalanya
Bungkuskan semua,hadiahkan pada mama

Dengan duit tu, aku akan beli anak ayam. Anak ayam harganya RM1 seekor, jadi
aku akan dapat 375 ekor anak ayam. Kalau aku beli 375 ekor anak ayam setiap hari
aku akan ada 11250 anak ayam sebulan.Harga ayam RM10 seekor, nanti dah besar
aku akan dapat RM3750 untuk ayam tu. Kalau aku jual 375 ekor sehari. Kalau
sebulan aku akan dapat RM112,500 sebulan.
Ish.Ish.Ish..banyaknya duit aku nanti.Setahun je aku akan jadi jutawan ayam kat Mat
Jenin dalam hati. Lepas ni tak perlu la aku panjat kelapa lagi. Aku beli semua
ladang kelapa, aku akan jadi orang paling kaya. Bila aku sudah kaya, bolehlah aku
membantu golongan yang susah.
( Pantun )
Jual itik nak beli kambing,
Jual kambing nak beli lembu,
Mat Jenin mula tersenyum sumbing,
Duit disimpan beribu-ribu.

Hebat tak Mat Jenin kawan-kawan. Mat Jenin merupakan pemuda yang mempunyai
strategi dan berfikiran jauh ke hadapan.

Mat Jenin bertanya kepada pekerjanya, Kalau aku jual kesemua ayamku
bagaimana? Jawab pekerjanya, hamba setuju, kalau tuan jual kesemua ayam tuan,
kemudian tuan boleh beli kambing. Hamba boleh menjadi pengembala kambing
pula, kata pekerjanya.Tapi Mat Jenin menjawab, hamba tidak akan menjual ayamayan hamba tetapi hamba akan membeli kambing pula.
Dia pun membeli kambing, seekor kambing betina dan seekor kambing
jantan. Mat Jenin membeli seekor kambing yang bunting. Tidak beberapa kemudian
kambingnya beranak. Mat Jenin sangat bernasib baik kerana kambingnya beranak
sebanyak tiga ekor. Ketiga-tiga ekor anak kambingnya betina.Wah...tiga tahun lagi
tentu kambingku akan bertambah banyak, fikirnya. Tiga ekor anak kambing ini akan
beranak......tentu aku akan menjadi pemgembala kambing pula. Seekor kambing
harganya RM800.00....kalau aku ada 10 ekor sudah bernilai lapan ribu ringgit. Tentu
akan akan bertambah kaya.
Mat Jenin bercadang apabila kambing-kambingnya telah banyak dia mahu
membeli lembu pula. Mat Jenin mahu menjadi pengusaha lembu pula. Jika seekor
lembu berharga tiga ribu ringgit, maka sepuluh ekor akan menjadi RM30, 000, kalau
100 ekor......tentu akan akan bertambah kaya nanti.
Kawan-kawan tau..sebenarnya Mat Jenin merupakan seorang usahawan
yang berjaya hasil daripada usahanya. Bermula dengan angan-angan akhirnya Mat
Jenin berjaya dalam bidang perniagaan. Mana mungkin orang yang orang yang
cetek mindanya boleh merancang dan befikir sedemikian dalam jangka masa yang
pendek.

Pengajaran yang kita boleh perolehi dalam cerita di atas ialah angan-angan tidak
salah kerana daripada angan-angan kita boleh jadikan kenyataan apabila kita
berusaha.Kalau dari awal sudah memperlekeh dan mempertikai angan-angan
terutamanya dalam kalangan anak muda, pasti

ia membunuh dan menghalang

budaya inovasi yang kita mahu terapkan. Oleh itu marilah kita ubah persepsi
terhadap Mat Jenin.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai