Anda di halaman 1dari 3

Syair

Suka riang dalam hatiku


bila berada di kampung datukku
bersama-sama mencari pucuk paku
untuk dimakan bersama-sama nenekku.

Teguhnya tiang seri rumah datukku


walaupun tiada sebarang paku
sungguh bangga rasa hatiku
mempunyai datuk yang sayang padaku

Bermain bersama-sama rakanku


dihalaman rumah datukku
udaranya segar cergas badanku
untuk kesihatan pada diriku.

Syair

Dengarlah kawan pengalamanku


semasa berada dikampung nendaku
terdapat kolong dirumah nenekku
tempat bermain bersama-sama rakanku.

Kulihat datuk membaiki jala


itulah kerja masyarakat dahulukala
penuh teliti tiada cacat cela
semua dilakukan penuh rela.

Tempat menyimpan segala benda


tempat bergurau tua dan muda
persaudaraaan kukuh pesanan bonda
gembira tak terkira dihati nenda.
Sajak

Dahulu rumah ini sunyi


semuanya ada acara tersendiri
untuk bertegur sapa jarang sekali
kini,
semua berubah sama sekali.

Aku sungguh gembira sekali


dapat bermesra bersama-sama
ahli keluargaku yang tercinta
menjalani aktiviti sepanjang masa

ruang rumah kian terisi


kasih sayang semakin berisi
amalan baik sentiasa disi
ukhwah sesama keluarga semakin bererti.

Setiap perkara ada hikmahnya


covid-19 membawa rahmat tersendiri
untuk mengisi ruang kosong
dalam rumah yang terbina.

Sajak

Rumah pusaka

Ini rumah pusaka datukku


terletak di sebuah desa
dikeliling sawah padi
sayup mata memandang.

Rumah pusaka datukku


tiangnya kukuh
lantainya utuh
lambang sebuah keluarga

Rumah pusaka datukku


binaannya tetap kukuh
peninggalan yang harus aku jaga
menjadi warisan seluruh keluarga.
Pantun

Bermain congkak dianjung rumah


Udara segar di tepi kali
Pesanan kakak haruslah berhemah
Jangan diengkar walaupun sekali

Buat khemah di tepi telaga


Pohon betik tumbuh merendang
Kebersihan rumah harus dijaga
Barulah cantik orang memandang

Tepi rumah pokok rambutan


Bakar setangggi bersama arang
Biar berhemah dalam perbuatan
Kelak tinggi dipandang orang.

Pantun

Pasang pelita bersama rakan


Untuk menerangi halaman rumah
Pelitup muka jangan dilupakan
Pakailah dengan cara berhemah.

Pergi ke kedai bersama mak Temah


Singgah sebentar di Kuala Bali
Bermain congkak di anjung rumah
Mengisi masa dengan berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai