Anda di halaman 1dari 2

MAT JENIN Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebaga iMat Jenin.

Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan at ap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu t idaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah un tuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehariharian hanyalah memasang angan-angan. Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin ber asa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiap a yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angan nya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tan pa bertangguh lagi apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta a pa-apa makanan yang diingini. Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari sunt uk tidaklah dia mahu berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam da n itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruk nya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jika lau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutny a dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu. Akan begitul ah kerja Mat Jenin itu sehari-hariani. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya p ula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana pan as, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerj a itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja. Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada o rang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari sesia pa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibn ya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan kela panya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keada an kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perl u dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa. "Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu berpal ing ke arah Mat Jenin "Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan u ntuk nenek?" "Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekira nya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin. Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cu cu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali deng an nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu." "Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin. "Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ay am,"jawab nenek itu lagi. Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kal au telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual. " Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berka ta demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula h endak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang. "Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah ak u biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah bes ar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nene k itu dan berkata, "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, n enek?" Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu." Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.

"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ay amaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku ma kan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukark an ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kamb ing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah pa yah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-risaukan menja ga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah berfikir demikian, dia p un berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehla h saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu." Mat Jenin mema njat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,"Kalau aku sud ah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan dihormati orang." Sekal i lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkankambing itu d engan lembu tentu lagi baik, kan nenek?" dia menjerit ke bawah. Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nam pak nenek itu mentertawakan dia. Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau a ku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu -lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku a kan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi . Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya m asa itu." Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau cu sudah kaya bo lehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi. Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya , "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana. Ya!Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. D ia sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Y a! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritny a ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia s udah pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fik irnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bisin g. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia sepert i ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku." , dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pele pah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu. Mat Jenin terkeju t besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan ber segeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya MatJenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka ber angan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah d iceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang. Pengajaran yang didapati ialah: 1.Jangan berangan-angan 2.Buat kerja dengan bersunggug-sungguh 3.Jangan lalai ketika membuat sesuatu pekerjaan. Diceritakan semula oleh : Nor Amalina Rahim 1 Siber SMKKKB

Anda mungkin juga menyukai