Anda di halaman 1dari 17

Terima kasih pengerusi majlis, yang arif lagi

bijaksana barisan panel hakim, yang sentiasa


cakna dengan jamnya penjaga masa, dan
hadirin sekalian.
Salam sejahtera dan selamat pagi saya
ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya Richelle
Muntai anak Stanley akan menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk Entimuk dan
Kejuang.
Syair
Tersebutlah kisah dahulu kala,
Tinggal berdua bersaudara,
Ibu bapa sudah tiada,
Meninggalkan mereka sebatang
kara.
Suatu ketika dahulu, ada dua orang
adik-beradik yang bernama Entimuk
dan Kejuang.
Mereka tinggal di rumah panjang.
Sejak ibu bapa mereka meninggal
dunia, mereka belajar hidup
berdikari.
Entimuk dan kakaknya, kejuang
mewarisi harta pusaka seperti tanah,
tembikar dan gong. Ayah telah
berpesan kepada Kejuang,
“Usahakanlah tanah itu bersama-
sama adikmu. Jangan jual tembikar
dan gong tinggalan nenek moyang
kamu itu. Jaga adikmu baik-baik.”
Sebagai anak sulung, Kejuang berasa dirinya
patut memiliki sebahagian besar harta pusaka
itu. “Ayah telah meninggalkan tiga ekar tanah,
sepuluh biji tembikar dan enam biji gong.
“Aku diamanahkan untuk membahagikan semua
harta pusaka itu. Oleh sebab aku anak sulung,
engkau mesti menerima keputusanku,” kata
Kejuang.
“Ya, saya ikut saja keputusan kakak,” kata
Entimuk.
Tanpa berlengah-lengah lagi, Kejuang terus
membahagikan harta pusaka itu. “Dua ekar
tanah itu milik aku. Satu ekar lagi milik kamu.
Aku berhak mendapat tanah yang lebih luas
kerana aku anak sulung. Semua tembikar dan
gong ini biar aku yang menjaganya,” kata
Kejuang. Entimuk menurut sahaja keputusan
Kejuang tanpa menaruh rasa curiga.
Kejuang bukan sahaja mengambil tanah yang
lebih luas, malah ingin menjual tembikar dan
gong pusaka itu. Pada suatu petang, sebaik
sahaja Entimuk pergi ke sawah, Kejuang
pergi ke pekan. Dia menjual semua tembikar
dan gong pusaka itu kepada pedagang.
Sebaik sahaja tiba di rumah, Kejuang terus
menyembunyikan duit yang diperolehinya.
Apabila Entimuk pulang dari sawah, dia
terkejut apabila mendapati tembikar dan
gong sudah hilang. Dia terus
mendapatkan Kejuang. “Kakak, semua
tembikar dan gong pusaka sudah tiada,”
kata Entimuk. “Jangan risau. Aku telah
pindahkan semuanya ke pondok di kebun
kita. Lebih selamat di sana,” kata Kejuang.
Akhirnya, padi yang mereka tanam
mula menguning. “Entimuk pasti
cemburu kerana padiku lebih banyak
daripadanya,” fikir Kejuang. Tanpa
berlengah lagi, Kejuang pergi
menemui Entimuk.
“Entimuk, banyakkah hasil padi kamu?”
tanya Kejuang. “Syukurlah, padi dan
sayur-sayuran yang saya tanam
semuanya membuahkan hasil,” jawab
Entimuk. “ Tetapi padi kamu tidak
sebanyak padi aku. Hasil tuaianku tentu
berlipat kali ganda,” kata Kejuang dengan
sombong. Entimuk hanya mendiamkan
diri.
Tidak lama kemudian, musim
menuai padi pun tiba. Entimuk dan
Kejuang bekerja keras menuai padi
mereka. Kejuang sudah mula
mengira keuntungan yang akan
diperolehnya nanti.
Setelah beberapa hari, akhirnya
Entimuk selesai menuai padi dan
mengutip sayur-sayurannya. Dia
menjual hasilnya itu di pasar,
manakala Kejuang masih lagi menuai
padinya. Ketika hendak pulang,
Entimuk singgah di sawah Kejuang.
“Boleh saya tolong kakak tuai padi?”
tanya Entimuk. “Tidak mengapa, aku
boleh buat sendiri,” balas Kejuang
yang bimbang Entimuk akan
meminta hasil padinya. Dia tidak
mahu berkongsi hasil padinya itu.
Keesokannya, Kejuang bergegas pergi ke
sawah. Dia sudah tidak sabar untuk
menjual hasil padinya. Sebaik sahaja tiba,
Kejuang terkejut apabila melihat semua
padinya habis dimakan kera. Kejuang
menangis teresak-esak. Kejuang pulang
ke rumah dengan hampa. Entimuk berasa
hairan melihat kakaknya.
“ Mengapa kakak nampak sedih?” tanya
Entimuk. “Padi aku habis dimakan kera,”
jawab Kejuang sambil menangis.
“Sabarlah kak. Kalau kakak perlukan duit,
guna sajalah duit jualan padi dan sayur
saya,” kata Entimuk.
Kejuang terharu dengan sikap
adiknya itu. Dia meminta maaf dan
menceritakan segala-galanya.
“Tak apalah kak. Mulai sekarang, kita
sama-sama usahakan tanah pusaka
itu,” kata Entimuk.
Pengajaran dari cerita ini, kita hendaklah
bersikap baik dengan adik beradik kita. Kita
harus berlaku adil dalam setiap keputusan
yang kita buat. Jangan bersikap tamak,
kerana orang yang tamak selalu rugi. Jadi
amalkan lah sikap jujur, amanah dan baik hati
dalam setiap perlakuan dan tingkah laku kita.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai