Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS HARI KEMERDEKAAN



,

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya
padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan
berkatMu.
Bersempena dengan ________________________________________ pada hari ini
kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan
kebahagian kepada kami, anak watan kami serta kesihatan jasmani dan
rohani kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami
dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada anak-anak didik
kami dan mereka pula memanafatkan ilmu pengetahuan yang diterima untuk
agama bangsa dan negara.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kami kekuatan
dan ketabahan dalam membentuk peribadi ummah yang mulia yang merdeka
dari segi pemikiran yang menghayati kemerdekaan negara ini dengan makna
yang lebih sempurna iaitu kemerdekaan yang hakiki, tidak tunduk kepada
nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah berpandukan ilmu yang telah Kau
kurniakan kepada kami.
Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat
pembangunan
dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah,
kekalkanlah
pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk
material atau spiritual.
Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami
bersyukur kepada-Mu
ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil daripada
kemerdekaan yang telah
Engkau anugerahkan kepada kami.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah
kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur
bakti membangunkan umat dan masyarakat, untuk agama dan bangsa.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang
mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah kemerdekaan negara,
keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai