Anda di halaman 1dari 1

Doa perhimpunan 2

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan
k esyukuran di atas segala rahmat yang Engkau kurniakan.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon ina yah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan
dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami
untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Kami memohon dengan kudr at dan IradatMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi
perjuangan bagi mencari dan menimba  ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kami  untuk beramal
dengan penuh keikhlasan 

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami dan
pemimpin-pemimpin kami terus  berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti membangunkan
umat , masyar akat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negar a kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan
nikmat. Kekalkanlah  keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai