Anda di halaman 1dari 1

DOA PEMBUKA MAJLIS

Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu
yang memberi manfaat, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang
berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Jadikanlah ceramah pada hari ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara kami. Ya
Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada
agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan
disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus
melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya
ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan kebahgiaan
berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.

Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas nikmat
dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati kami,tunjukkanlah
kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan siramilah kami dengan sifat-
sifat mahmudah.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan
kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Jauhkanlah kami dari segala
bala bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.

Anda mungkin juga menyukai