Anda di halaman 1dari 2

Fungsi Peribahasa

Orang Melayu terkenal dengan budaya berbahasa dan mempunyai sikap yang sopan dalam
perhubungan sesama masyarakat. Budaya yang baik ini bukan sahaja ditunjukkan melaluisikap
perilaku seharian malahan dalam komunikasi juga. Orang Melayu pada suatu ketikadahulu boleh
manipulasi dan menggunakan bahasa yang lembut dan bertapis untuk menegur,memberi nasihat
serta menyindir orang lain. Penggunaan bahasa berkias dan bertapis ini bertujuan untuk
mengelakkan orang lain sakit hati dan terluka dengan cara kita menegur ataumenyindir. Cara
berbahasa yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan peribahasa.
Peribahasa seperti yang yang didifinisikan oleh pendeta Zaba ialah segala susun cakap yang
pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedapdan
bijak perkataan, luas dan benar tujuannya, dipakai akan dia jadi sebutan oleh orangsebagai
bandingan, teladan dan pengajaran. Bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaanmerupakan
peribahasa kerana mengandungi sifat peribahasa yang telah disebutkan itu.Salah satu bahagian
daripada peribahasa yang dibincangkan dalam artikel ini ialah perumpamaan. Perumpamaan
merupakan salah satu aspek bahasa sangat penting dalammendidik masyarakat supaya dapat
mengamalkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik dalam sesebuah komuniti. Pada suatu ketika
dahulu, perumpamaan digunakan secara meluasdalam persuratan dan pertuturan harian.
Perumpamaan telah menjadi kebiasaan dan amalan
dalam kehidupan bermasyarakat, bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek
panas.
Namun begitu, setelah masa berlalu dan arus pemodenan semakin rancak berkembang,
penggunaan perumpamaan tidak lagi popular malahan tidak ramai yang boleh menggunakan
perumpamaan dalam pertuturan seharian. Sesekali kita akan mendengar peribahasa dalamkaca
televesyen apabila wartawan TV3 Karam Singh Walia membuat sesuatu liputan dansesekali juga kita
mendengar perumpamaan ini dalam kelas bahasa Melayu. Generasi baharutidak lagi berminat untuk
belajar dan mencuba untuk menggunakan peribahasa. Hal inikerana, terdapat empat faktor yang
menyebabkan mereka tidak berminat mengamalkan peribahasa. Pertama, generasi baharu merasa
kabur dengan erti sebenar sesuatu peribahasadan ini menyebabkan mereka ragu-ragu untuk
menggunakannya. Kedua, merekamenganggap isi peribahasa tidak lagi relevan untuk masa
sekarang. Ketiga, mereka mahu percakapan yang lebih jelas dan tepat serta yang keempat adalah
mereka tiada kemahiranmengarang peribahasa secara sepontan dalam pertuturan.Dalam keadaan
yang sebenar, penggunaan perumpamaan ini masih relevan dan sesuai untuk masa sekarang.
Perkembangan teknologi bukan menjadi alasan untuk mengelakkan kitadaripada menggunakan
perumpamaan dalam pertuturan seharian. Kebolehan menggunakan perumpamaan dalam
pertuturan merupakan satu kelebihan dan keunikan kepada diri kitasendiri. Penggunaan
perumpamaan dalam pertuturan boleh mewujudkan keseronokan dalam pergaulan, meningkatkan
kemahiran berkomunikasi, mengeratkan perhubungan dan memberikesedaran secara positif kepada
orang lain terhadap budaya orang Melayu yang sebenar.Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita
boleh lihat dalam beberapa aspek seperti yangdijelaskan di bawah.1. Mewujudkan keseronokan
dalam pergaulanKerseonokan dalam pergaulan menunujkkan individu yang terlibat dalam pergaulan
tersebutmerasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan wajah
yangceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila kesefahamanwujud
dan terselit unsur humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh ditunjukkan denganadanya
penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak keterlaluan.

Anda mungkin juga menyukai