Anda di halaman 1dari 11

BAB 15

PUISI
NAMA: MUHAMMAD AMIRUL BIN SAAD SUKRI
NO. MATRIK: 1914106
PENGENALAN PUISI
• Puisi merupakan hasil sastera yang telah digubah dengan bahasa ikatan
yang ada bait-bait dan berangkap.
• Dengan kata yang lebih mudah, puisi merupakan bahasa yang indah,
berirama dan mempunyai fungsi tertentu.
• Bentuk-bentuk puisi pula terdiri daripada pantun, syair, gurindam, seloka
dan sajak.
PERKEMBANGAN
PUISI (SAJAK)
• Puisi lama lebih bersifat isu pendidikan.
• Menggunakan bahasa yang mudah, sesuai dengan taraf pendidikan yang
rendah.
• Dari sudut pengarang, terdiri dalam kalangan guru dan lebih bersifat
pendidikan dan pengajaran.
• Puisi moden terdiri daripada golongan intelek yang mendapat pendidikan
yang khusus dari bidang sastera mahupun kursus-kursus yang lain.
Sambungan…

• Puisi Melayu awal amat terikat dengan tradisi yang memperlihatkan


keselesaan penulis untuk mencari cara untuk berkarya.
• Dari sudut bentuk, puisi ini turut terpengaruh dengan pantun dan syair.
• Rima puisi ini pula seperti abcabcabc, iaitu terpengaruh dengan pantun.
• Bentuk, puisi sekitar tahun ini bersifat melankolik.
PERKEMBANGAN DARI
AWAL TAHUN 40-an
SEHINGGA 60-an
• Pada awal 40-an, muncul sajak bertemakan politik dan nasionalisme serta
disiarkan dalam akhbar Majlis dan Warta Ahad. Penulis Abdul Samah,
Ahmad Bustamam dan lain-lain lagi.
• Pada tahun 50-an dunia puisi telah memberikan sinar baharu dalam
perkembangan puisi dengan tertubuhnya Asas 50. Puisi yang dilaungkan
sekitar tahun ini ialah “Seni Untuk Masyarakat”.
• Tahun 1960-an memperlihatkan kesinambungan daripada zaman 50-an
cuma yang berbeza dari segi bentuk, tema, persoalan dan gaya penulisan.
Sambungan…
• Tema-tema yang diangkat dalam sajak 60-an ialah pembangunan
masyarakat, ekonomi, politik, budaya, serta masalah manusia dengan alam
persekitaran dan perpaduan kaum.
• Bentuk sajak lebih bercorak idealisme dengan nada sinis, patriotik dan
kaya dengan unsur-unsur protes mengungkap perubahan dengan ungkapan
yang baru dengan lambang-lambang yang lebih universal.
PUISI MELAYU MUTAKHIR

• Puisi Melayu Mutakhir dilihat agak menyimpang daripada kebiasaan


seperti bentuknya tidak terikat atau tidak dikongong dengan puisi Melayu
tradisional.
• Pengucapannya terlalu subjektik (sukar difahami)
• Penyairnya dalam kalangan berpendidikan tinggi dari pelbagai bidang.
• Ungkapan dan pilihan kata luar dari kebiasaan yang dipakai sehari-hari.
Sambungan...
• Bahasa yang digunakan dicampur dengna bahasa Melayu klasik dan terkini.
• Tujuan atau pandangan kelihatan terlalu samar kerana diselimuti oleh warna kata-kata
suara jiwa yang menghasilkannya.
• Tema yang dimuatkan dalam puisi tersebut ialah :
i) Alam & Permasalahannya
ii) Manusia & Permasalahannya
iii) Unsur Dinamik (Imaginasi & Fantasi)
iv) Selain itu, tema muda-mudi, moral, pendidikan, perang, kesan daripada perang
dan perdamaian,nasionalisme serta keagamaan.
BAHASA DAN GAYA BAHASA
DALAM PUISI
Bahasa yang digunakan dalam puisi lazimnya terdiri daripada tiga aspek
utama, iaitu:
i. Penggunaan bahasa yang dapat dilihat (bahasa harian, bahasa moden,
bahasa klasik).
ii. Menggunakan bahasa secara puitis atau prosaik.
iii. Gaya bahasa
GAYA BAHASA
• Gaya bahasa yang digunakan dalam tulisan puisi ialah gaya bahasa yang digunakan dalam
karangan dan penulisan.
• Jenis gaya bahasa:
1) Diksi
2) Metafora
3) Simile
4) Personafikasi
5) Hiperbola
6) Imejan
7) Anafora
8) Epifora
KESIMPULAN
• Sastera adalah budaya masyarakat Melayu. Sastera penting di dalam era
dunia tanpa sempadan ini. Puisi pula salah satu komponen yang
terkandung dalam ilmu sastera dan menjadi wadah dalam melahirkan dan
menggambarkan keutuhan bangsa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai