Anda di halaman 1dari 6

1.

Pengenalan

Kesusasteraan adalah gabungan dua perkataan daripada bahasa Sanskrit iaitu su dan sastera. Su membawa maksud indah, baik, dan lebih berfaedah manakala sastera (castra) membawa maksud tulisan atau bahasa. Kesusasteraan dapat didifinisikan sebagai karya asal bertulis yang berunsur keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Kesusasteraan juga ditafsirkan sebagai karya seni yang dihasilkan melalui penulisan berbahasa yang mengambarkan atau mencerminkan aktiviti atau peristiwa kehidupan anggota masyarakat yang sebenar. Hasil karya seni ini telah dihasilkan sejak zaman berzaman. Pada mulanya karya seni sastera ini hanyalah dalam bentuk lisan yang mana penceritaannya diturunkan dari jenerasi ke jenerasi baru. Setelah sistem penulisan berbahasa mula digunakan, karya kesusasteraan mula didokumentasikan dan dibukukan. Kesusasteraan juga didifinisikan kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Kesusasteraan boleh dikategorikan kepada dua kategori yang besar iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Hasil karya ini akan ditulis dalam ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang mudah. Penceritaannya berkisar perihal kehidupan harian, aktiviti kemasyarakatan dan pergolakan kemanusiaan. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya. Jika dibandingkan prosa dengan puisi, ternyata sesusasteraan yang dilahirkan melalui prosa adalah lebih mudah difahami. Manakala hasil karya kesusasteraan bentuk puisi pula ditulis atau didokumentasikan dengan tidak menuruti hukum tatabahasa. Penulisan dan penceritaannya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk barisbarisan. Kelazimannya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca atau disampaikan mestilah menngikut rentak dan iramanya yang tersendiri. Contoh bagi kesusasteraan puisi adalah sajak, syair, pantun, gurindam, lirik, seloka, mantera dan sebagainya.

Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya dan aktiviti manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri yang dizahirkan melalui prosa atau puisi. Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, iaitu Prosa dan Puisi. Prosa merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya. Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya. Sekiranya, hasil kesuasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, iaitu Naratif dan Bukan Naratif Kesusasteaan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku. Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah.Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat

menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya. Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.

Bahan sastera yang menjadi pilihan kajian saya adalah berbentuk sastera moden hasil nukilan Gunawan Mahmood yang berjudul Renyah. Novel Renyah ini merupakan teks penulisan sastera KOMSAS tingkatan empat. Novel merupakan suatu prosa cereka yang panjang dan kompleks yang menceritakan kisah kehidupan manusia dan kelakuan sosial mereka. Tema dan persoalan dalam novel lebih luas. Watak dalam novel lebih banyak. Plot novel lebih kompleks dan latar tempat dalam novel lebih luas dan latar waktunya lebih panjang. Genre novel merupakan suatu genre yang popular dalam kalangan pembaca. Karyawan Gunawan Mahmood dilahirkan pada 19 Januari 1959 di Parit Raja, Batu Pahat, Johor dan dibesarkan di FeldaUlu Tebrau, Johor. Gunawan mendapat pendidikan awal di Beliau Sekolah Rendah LKTP Ulu Tebrau dan Sekolah Aminuddin Baki, Johor Baru.

mendalami pengetahuan sastera melalui Kuliah Tertulis Falkutas Bahasa dan Sastera, Universiti Nasional Jakarta (UNAS) di bawah bimbingan Profesor Ghazali Dunia. Beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Penerangan pada tahun 1982 sebagai Pegawai Penerangan dan Penolong Pengarah. Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas negeri Johor. Di dalam organisasi pula, Gunawan kini memegang jawatan Ketua Dua Persatuan Penulis Johor. Gunawan juga pernah memerima lebih daripada 20 hadiah sastera, antaranya Hadiah Anugerah Cipta Karyawan Muda (Sasterawan Muda) Johor pertama 1996, Hadiah Sastera Perdana 1996/1997 ( kategori Novel Remaja), dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 (kategori cerpen). Beliau juga turut memenangi Hadiah Utama Novel Utusan Melayu Public Bank 1993 dan 1994, dan juga hadiah-hadiah puisi Hari Kebangsaan. Gunawan juga menghasilkan 13 buah buku secara persendirian. Antara novel-novelnya seperti Novel Tanah Ini, Cinta Daerah Perjuangan, Renyah, dan Namaku Ayoko. Manakala cerpen pula, ialah Harga Sebuah Kematian, Pengantin

Tua, dan Mencari Imam. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Unuversiti Bekerley, Southern California secara pengajian jarak jauh.

Sinopsis Novel Renyah Novel ini mengisahkan tentang Datuk Dolhi risau akan anak-anaknya yang tidak

menunjukkan minat untuk menyambung dan mengurus perniagaannya. Malah anak-anaknya lebih senang memilih jalan mereka sendiri. Misalnya, Hasnol lebih sayang akan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, manakala Ilham sibuk dengan perjuangan alam sekitarnya sebagai penyair, Mukhlis bergerak dengan kumpulan ajaran sesat, Amera tekun dengan kerjaya sebagai pendidik, dan Dani pula sibuk sebagai artis rock. Suatu hari, Datuk Dolhi berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa Ilham telah menghasut orang-orang Penan untuk membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakan di Sarawak. Lantaran itu, beliau pergi ke Jepun untuk berehat. Di Jepun, beliau ditemani Wahi, iaitu anaknya dengan Mastura. Beliau memberitahu Wahi akan perkara sebenar, iaitu Wahi adalah anaknya. Tetapi perkara itu telah sedia diketahui oleh Wahi. Sewaktu mahu pulang, Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia ingin berkahwin dengan gadis Jepun. Datuk Dolhi merestui permintaan Wahi. Setelah kembali ke tanah air, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai masalah dengan anak-anaknya seperti Hasnol didakwa menerima rasuah, Dani terlibat dengan dadah, dan Ilham telah lari ke luar negarakerana diburu oleh pihak berkuasa. Mukhlis pula hidup merempat dan menjadi gila. Cuma Amera sahaja yang menggembirakan hati datuk Dolhi dan berkahwin dengan YB Wahab. Masala yang berlaku pada anak-anaknya telah dapat diselesaikannya. Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan akan menghantar dani ke pusat pemulihan. Datuk Dolhi juga mencari Mukhlis dan akhirnya telah menemui Mukhlis yang terlantar di hospital. Hasnol juga telah kembali ke tanah air dan oleh datuk Dolhi.

Wahi telah kembali ke tanah air dan disambut oleh Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah juga menerima Wahi dan isterinya, iaitu Yuka. Akhirnya, Datuk Dolhi mengumumkan Wahiu sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, datuk Dolhi bercadang ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama isterinya.

2.0

Analisis Karya Penulis melahirkan pemikirannya dalam novel melalui beberapa aspek penting yang perlu ada dalam sesebuah novel yang lengkap seperti tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik, gaya bahasa serta nilai dan pengajaran. Penulis menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang yang dihajatinya dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran.

2.1

Tema Tema ialah persoalan utama yang diungkap berdasarkan berdasarkan sesuatu tujuan dan di dalamnya terkandung objek, peristiwa, kejadian dan sebagainya. Tema juga bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan. Tema dianggap sebagai perkara pokok yang menjadi keutamaan kepada persoalan-persoalan yang terdapat dalam mana-mana cerita. Penulis mengutarakan tema dalam novel Renyah ialah ketabahan dalam menghadapi tekanan hidup. Di sini penulis menggambarkan tema melalui watak Datuk Dolhi yang merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya tetapi menghadapi tekanan hidup dalam menangani karenah anak-anaknya. Sebagai seorang bapa, beliau inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya, walaupun anakanaknya hanyut dalam keinginan sendiri sehingga mendatangkan masalah dan tekanan kepadanya. Di sini penulis menggambarkan pemikiran melalui Datuk Dolhi yang berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang tidak berminat untuk mengurus perniagaannya. Kebimbangan itu bertukar menjadi kecewa apabila

anak-anaknya terlibat dalam pelbagai salah laku. Walau bagaimanapun, masalah yang datang itu dapat dihadapi dan diselesaikan dengan cara yang baik. 2.2 Persoalan

Anda mungkin juga menyukai