Anda di halaman 1dari 4

REKOD BERTERUSAN

UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Abstrak

Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-kanak amat


ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah
dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod perkembangan murid dalam kelas
amatlah penting. Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam rekod perlu
dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.
Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah
menggunakan rekod berterusan. Namun apa yang penting adalah menyimpan rekod
tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa untuk melihat
kemajuan yang dicapai oleh murid.

1.0

Pengenalan

Rekod berterusan menggunakan teknik atau kaedah yang sama dengan rekod anekdot. Ia
adalah fakta yang tepat dan ditulis berdasarkan tingkah laku kanak-kanak dalam jangka masa
yang ditetapkan. Rekod berterusan ditulis semasa peristiwa itu berlaku. Apa sahaja tingkah laku
yang berlaku dalam jangka masa itu direkodkan. Berbeza dengan rekod anekdot yang hanya
dicatat apabila tingkah laku yang signifikan dapat dilihat pada kanak-kanak. Penggunaan rekod
berterusan memperlihatkan suasana sebenar perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Rekod berterusan ialah catatan yang dibuat ke atas individu ataupun kumpulan kanakkanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang diperkatakan oleh
murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci biasanya
dijalankan dalam tempoh lima hingga 10 minit. Rekod berterusan membantu merekodkan
berkenaan kemahiran, penggunaan bahan khasnya bahan pembelajaran serta interaksi kanakkanak sama ada dengan rakan, bahan ataupun persekitaran. Ia adalah alat penaksiran yang tepat
dan jelas.

2.0

Pentaksiran Dan Rekod Penilaian

Pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan


kemajuan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Pentaksiran perlulah
dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Secara keseluruhannya, pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi
murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran
membolehkan guru mengambil tindakan tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya
membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru seperti berikut :
i.

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

ii.

Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii.

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa
ke semasa.

iv.

Merancang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.

v.

Mengesan keberkesanan pengajaran, mengesan pertumbuhan murid bersesuaian


dengan peringkat umur.

vi.

2.1

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Proses Pelaksanaan Pentaksiran

2.1.1 Merancang sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah


merancang perkara-perkara berikut :
i.

Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

ii.

Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

iii.

Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

iv.

Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

v.

Menentukan tempoh masa pemerhatian.

vi.

Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

2.1.2 Membina instrumen yang mana instrumen yang dibina perlu mempunyai
ciri-ciri berikut:
i.

Tujuan yang jelas.

ii.

Menepati apa yang hendak dinilai.

iii.

Item boleh diukur.

iv.

Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

Anda mungkin juga menyukai