Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM INFORMASI KERJAYA


SMK LONG GAFAR TAHUN 2022

1.0 PENGENALAN

Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum
membuatkan pelajar terlepas pandang bahawa pendidikan kerjaya juga penting untuk membantu
mereka mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang tersebut. Dengan adanya matlamat kerjaya
yang jelas, ia membantu pelajar membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai dalam peperiksaan SPM
akan datang dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Berdasarkan prinsip SWOT, kekuatan yang ada pada sekolah untuk menganjurkan aktiviti kerjaya
adalah terdapat beberapa universiti awam dan swasta di dalam daerah Kota Bharu dan mereka
menjalin perhubungan yang baik dengan sekolah. Mereka juga telah meluangkan masa untuk
memberikan ceramah dan input tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.
kelemahan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah ini adalah mereka kurang terdedah dengan maklumat-
maklumat kerjaya dan matlamat selepas SPM mereka masih kabur lagi.

Sebenarnya peluang untuk lebih memahami cita-cita dan halatuju sendiri selepas SPM terbuka
luas kepada pelajar jika mereka rajin bertanya dan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat
kerjaya di sekeliling mereka. Tetapi ancaman yang pelajar-pelajar akan hadapi adalah terdapat banyak
kolej swasta berskala kecil yang menawarkan program-program yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan
Lembaga Akreditasi Negara ( LAN ). Jika pelajar tidak membuat kajian dan mengumpul maklumat
yang tepat sebelum berdaftar untuk melanjutkan pelajaran, maka informasi pelajar akan berkurang.
Maka dengan menganjurkan Minggu Informasi Kerjaya ini, maklumat-maklumat tentang kerjaya dan
melanjutkan pelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar tingkatan 5 agar mereka lebih
bersedia untuk menghadapi dunia luar kelak.

2.0 RASIONAL

Menyampaikan maklumat kerjaya dan hal-hal untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar melalui

aktiviti-aktiviti yang di rancangkan supaya mereka melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat

untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

3.0 MATLAMAT
Menghasilkan para pelajar yang lengkap dengan pelbagai ilmu pendidikan kerjaya

dan jelas tentang matlamat hidup mereka serta berjaya dalam bidang kerjaya pilihan mereka

pada masa akan datang.

4.0 OBJEKTIF

Pelajar dapat mengumpul maklumat berkenaan kerjaya yang dipilih.


Pelajar dapat meningkatkan minat untuk meneroka pilihan kerjaya yang ada yang
bersesuaian dengan diri sendiri.
Dapat memberikan pendedahan tentang laluan kerjaya kepada pelajar.
Pelajar mengetahui syarat dan kelayakan untuk memohon ke matrikulasi, STPM,
Asasi, dan Diploma UPU.
Pelajar tahu tentang peluang menyambung pengajian ke Kolej Vokasional dan kursus-
kursus vokasional dan kemahiran yang ada.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En Md Basri bin Arifin (Pengetua)

Timb. Pengerusi : Pn. Hjh Adilah bt Idris (PKP)

Naib Pengerusi : En. Ismail bin Ahmad (PK Ko)

: En. Mohd Fauzan bin Hassan ( PK HEM)

: En. Mohd Nasrul bin Ali (PK P.Khas)

Setiausaha : Pn. Zulfa bt Hasbullah

Pen. Setiausaha : Pn. Che Zanariah bt Che Soh

Bendahari : Pn. Zulfa bt Hasbullah

AJK Kawalan : Guru Subjek

6.0 SASARAN

Semua pelajar tingkatan 3,4 dan 5 SMK Long Gafar


7.0 TENTATIF

Program Transformasi Minda

Tarikh: 10 April 2022 (Ahad)

Sasaran: Tingkatan 5

Taklimat Kerjaya MSU

Tarikh: 13 Jun 2022

Sasaran: Tingkatan 5

Taklimat Kerjaya Fakulti Kejuruteraan Elektrik Uitm Pulau Pinang

Tarikh: 3 Julai 2022

Sasaran: Tingkatan 5

Taklimat Kerjaya oleh Paramount

Tarikh: 2 ogos 2022

Sasaran: Tingkatan 5

Taklimat Permohonan ke Matrikulasi dan UPU dan Pengajian Tingkatan 6

Tarikh: 19 September 2022 (Isnin)

Sasaran: Tingkatan 5

Taklimat Permohonan ke SBP, MTD, SMT dan Kolej Vokasional

Tarikh: 6 Oktober 2022 (Ahad)

Sasaran: Tingkatan 3

8.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh Disahkan oleh

___________________ _____________

(ZULFA BT HASBULLAH) (MD BASRI B. ARIFIN)


GBKSM SMKLG Pengetua
Program Transformasi Minda
Tarikh: 10 April 2022 (Ahad)
Sasaran: Tingkatan 5
Taklimat Kerjaya MSU
Tarikh: 13 Jun 2022
Sasaran: Tingkatan 5
Taklimat Kerjaya Fakulti Kejuruteraan Elektrik Uitm Pulau Pinang
Tarikh: 3 Julai 2022
Sasaran: Tingkatan 5
Taklimat Kerjaya oleh Paramount
Tarikh: 2 ogos 2022
Sasaran: Tingkatan 5
Taklimat Permohonan ke Matrikulasi dan UPU dan Pengajian Tingkatan 6
Tarikh: 19 September 2022 (Isnin)
Sasaran: Tingkatan 5
Taklimat Permohonan ke SBP, MTD, SMT dan Kolej Vokasional
Tarikh: 6 Oktober 2022 (Ahad)
Sasaran: Tingkatan 3

Anda mungkin juga menyukai