Anda di halaman 1dari 19

AKTIVITI STEM 2021

1. Cups Stack Challenge

Objektif : 1. Untuk mengasah kemahiran berfikir dan ianya berbentuk kerja


berpasukan.
2.Untuk melihat binaan kumpulan yang manakah dapat disiapkan dalam
masa yang singkat dan paling stabil

Bahan : Cawan plastik, gelang getah, tali

Arahan :
2. Setiap orang memegang salah satu tali yang diikat pada gelang getah dan mereka
menggunakannya untuk mengambil cawan dan meletakkannya di atas satu sama lain
(dengan menarik tali getah dan kemudian membawanya bersama-sama di atas cawan).

3. Ahli kumpulan tidak boleh menyentuh cawan dengan tangan atau bahagian lain
badannya, walaupun sekiranya cawan jatuh atau di atas lantai.

4. Kumpulan yang dapat menyiapkan tugasan terawal dikira sebagai pemenang.

5. Kumpulan yang dapat menyiapkan kedua-dua cabaran ini.dikira sebagai pemenang.

2. Air Honker
Prinsip bunyi di mana apabila Air Honker di tiup, ia menyebabkan molekul udara
bergetar dan getaran ini akan menghasilkan bunyi.

Bahan : botol vitagen, straw, gelang getah, belon dan plastisin

Arahan :

1. Separuh bahagian atas cawan, gunakan salah satu titik gunting untuk membuat
lubang kecil berdiameter sekitar 2 mm.

2. Buat lubang di bawah cawan, masukkan straw.

3. Regangkan belon ke atas mulut cawan dan pasangkannya ke cawan dengan


meregangkan gelang getah di sekeliling cawan.

4. Masukkan straw ke hujung cawan sehingga menolak sarung getah.

5. Gunakan plastisin untuk ketatkan straw bagi mengelakkan straw bergerak.

6. Tiup lubang di sisi cawan sehingga mengeluarkan bunyi.

3. Cargo Plane Challenge


Bahan : kertas , duit syiling

Arahan :
1. Membina kapal terbang kertas mengikut kreativiti masing-masing yang boleh
membawa kargo dan mesti meluncur lebih dari sepuluh kaki.

2. Kargo yang dibawa merupakan sejumlah duit syiling. 

3. Pemenang adalah peserta yang dapat menghasilkan kapal terbang luncur dengan
muatan nilai duit syiling yang paling besar.

4. Pertandingan telur kebal


Membuat suatu sarung kepada telur yang mana sarung ini akan mempertahankan telur
di dalamnya dari pecah.

Bahan : straw, plastik, selotape dan getah

Arahan :

1. Murid perlu membalut telur menggunakan bahan-bahan yang diberi.

2. Murid dikehendaki melempar telur yang sudah siap di balut dari tingkat 1 ke
bawah.

3. Kumpulan yang berjaya menghalang hentakan yang kuat kepada telur di kira
pemenang.

5.Membina Piramid Segitiga Sierpinski


Segitiga Sierpinski ialah satu segitiga yang popular dalam dunia matematik kerana ia
membentuk suatu corak yang seragam melalui teknik pecahan dan mempunyai pola
atau pattern nya yang tersendiri. Segitiga sierpinski boleh membahagi dirinya sendiri
secara terus dengan segitiga yang mirip dengan nya cuma bersaiz semakin kecil dan
semakin kecil. Walaupun corak dan pola berulang daripada segitiga ini telah wujud
lama dahulu, namun Segitiga Sierpinski menjadi popular apabila diperkenalkan secara
rasminya buat pertama kali oleh seorang ahli matematik bernama Waclaw Sierpinski
pada tahun 1915.

Objektif : memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

Bahan : kertas bersaiz A4 dan sellotape

Pemenang : pyramid segitiga ini berdiri dengan tegap dan teguh.

Arahan :

1. Murid perlu menyiapkan lipatan segitiga yang membentuk pyramid.

2. Kesemua segitiga pyramid yang telah siap digabungkan untuk menjadi pyramid
yang lebih besar.

3. Segitiga pyramid dicantumkan dari satu bucu ke bucu lain dengan menggunakan
sellotape.

6. Height vs Stability
Menambah ilmu pengetahuan tentang kepentingan asas struktur sesebuah bangunan.
Walau setinggi mana pun bangunan yang ingin di bina, asas kestabilan perlu lah
dititik beratkan oleh pembina bangunan.

Objektif : Menguji daya kreativiti pelajar dalam membina model yang tinggi dan
stabil.

Bahan : lidi sate, plastisin dan selotape

Arahan :

1. Murid dikehendaki membina suatu model yang tinggi dan dalam masa yang sama
stabil iaitu boleh berdiri dengan sendirinya

7. Roket Air
Objektif : Membina 1 roket air yang boleh terbang tegak ke atas dan jatuh semula ke
bumi dalam jangka masa yang maksimum/lama

Bahan : 1 botol minuman bergas 1.5L, Kulit Fail plastik, Plastik folio , Selotape , Gunting,
Benang anchor, Bag plastic sampah nipis (biru), Binding tape, Penebuk lubang

Kaedah:

Ada 2 cara untuk membina badan roket air. Badan roket air boleh dipasang leher atau tidak
dipasang leher. Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :

1. Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk
membuat leher pada badan roket air.

2. Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol
minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.

Jika anda tidak mahun memasang leher pada roket h2o anda, gambarnya seperti di bawah:
1. Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda.

2. Potong 4 keping kulit fail plastik mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki.
Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba
bentuk lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket h2o anda.

3. bahan lain juga boleh digunakan untuk membuat sayap roket h2o anda antaranya 'craftboard',
'mounting board', 'manila card' dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai.

4. Tandakan 4 garisan selari yang lurus pada botol minuman bergas tersebut dengan
menggunakan marker.

5. Garisan ini akan digunakan sebagai petunjuk bagi


melekatkan sayap pada badan roket air anda. Garisan yang anda lukis tersebut hendaklah sama
jarak antara satu sama lain bagi membolehkan sayap yang akan anda lekatkan berada dalam
keadaan tegak dan selari.

6. Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman
bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya.Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung
kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia.

7. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat.
Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding diameter botol yang
dijadikan badan roket h2o.
8. Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket h2o akan terlekat pada badan roket
h2o dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan
tab pada bahagian badan roket h2o di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah untuk
menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket h2o semasa dilancarkan
nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket h2o anda.

Cara untuk membuat paracut

Paracut disediakan dengan menggunakan beg


plastic sampah yang nipis.

Caranya ialah
1. Bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya.

2. Kemudian lipat kepada 4 bahagian.Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi
segi tiga dan pastikan bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu
menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan
dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.
3. Ukuran panjang tali payung yang sesuai digunakan adalah 1.25 – 1.5 X diameter paracut
yang anda buat. Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung
kepada anda. Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda
mengikat tali pada payung terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai
penahan daripada koyak pada tempat di mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut
dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah
dipasangkan tali.
Sekarang roket h2o anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat
payung yang anda buat dengan badan roket h2o anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara
lipatan yang biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan
muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di
atas tidak sesuai untuk roket h2o anda.

Gambar roket h2o yang terapung-apung di udara..…

8. Perangkap Buih Gergasi

Sabun biasa buih perangkap lapisan nipis air antara sabun molekul . Sekiranya
gliserin ditambah kepada penyelesaian gelembung untuk melambatkan kadar
penyejatan air supaya buih bertahan lebih lama dan menguatkan lagi ikatan antara
molekul buih supaya dapat masa tambahan beberapa saat lagi buih di udara..

Bahan buih : 250 ml sabun pencuci joy, 5 sudu besar tepung ubi kayu, 1.5 liter air,
gliserin, (jika tiada 3 sudu gula dan 1 sudu baking powder)

Bahan perangkap buih : straw dan tali, kayu (bergantung kepada kumpulan)

Arahan :

1. Semua bahan-bahan di kacau dengan perlahan supaya buih tidak keluar terlalu
cepat semasa proses persediaan ini.

2. Menyediakan perangkap buih (wand) masing-masing mengikut aktiviti.


9. Aiskrim Goyang

Bahan : bekas plastik untuk mengisi air, susu, bekas bertutup, ais dan garam

Arahan :

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan


dengan plastik aiskrim, bekas bertutup, ais dan garam.

2. Bekas bertutup itu boleh sahaja menggunakan tupperware, botol air, balang gula-
gula atau tin biskut. Yang penting boleh memuatkan plastik aiskrim. Garam pun boleh
sahaja menggunakan garam halus atau garam kasar.

3. Selesai murid mengisi plastik aiskrim dengan air bandung, murid memasukkan
plastik aiskrim yang telah siap tersebut ke dalam bekas tertutup yang dipenuhi dengan
ais.

4. Tambahkan anggaran dua sudu garam ke dalam bekas berisi ais dan plastik air
bandung tersebut.

5. Bekas bertutup itu kemudian digoncang dalam tempoh masa 10 minit


10.Teka Silang Kata

11. Cipta Lagu Linosains

Objektif : meningkatkan daya ingatan berkenaan fakta beberapa topik mata


pelajaran Sains.
12. Mencipta Air Cannon

Objektif : Membina ‘Air Cannon’

Bahan : Botol plastik, belon , sticker (pilihan)

Arahan :
1. Potong bahagian bawah botol dan belon.
2. Regangkan belon di hujung botol.

Cara menggunakan ‘Air Cannon’

1. Sedut udara menggunakan hujung belakang botol dan tembak udara di


bahagian depan botol.
2. Tarik belon dan lepaskan.

Anda mungkin juga menyukai