Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN

ISLAM
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PAMERAN INOVASI &


REKACIPTA SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI
( LOMPAT JAUH SENSOR )
MENGESAN KESALAHAN DALAM FASA LONJAKAN DALAM
ACARA LOMPATN

TARIKH
25 – 27 OGOS 2014
TEMPAT
USM KUBANG KERIAN KOTA BHARU KELANTAN

IDEA ASAL
PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI

BIMBINGAN BERSAMA
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI
1
1.0 NAMA PROJEK DAN BIDANG

LJ Sensor ialah alat inovasi yang direkacipta untuk membantu mengesan


kesahan fasa lonjakan lompatan dalam acara lompat jauh. Alat ini boleh
digunakan semasa PdP Pendidikan Jasmani atau dalam latihan kokurikulum.

2.0 PUNCA CETUSAN IDEA PROJEK

Pemerhatian telah dijalankan semasa satu kejohanan olahraga peringkat daerah


berlangsung bagi acara lompat jauh. Seorang atlet lompat jauh tidak berpuas
hati di atas keputusan hakim membatalkan lompatanya kerana atlet tersebut
merasakan lompatan itu adalah sah dan tidak melebihi papan lonjak. Keputusan
tersebut telah mengakibatkan ketidak puasan hati atlet.
Atlet tersebut merasa beliau telah melakukan lompatan yang sah dan
memijak tidak melebihi papan lonjak, akan tetapi hakim melihat bahawa
lompatan itu batal kerana memijak melebihi papan lonjak.
Satu alat inovasi telah direka cipta untuk membantu menyelesaikan
masalah ini. Alat ini dapat menyelesaikan segala keraguan dan kesahihan
keputusan hakim sewaktu atlet memijak papan lonjak. Selain itu alat ini juga
boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran acara lompat jauh
di sekolah di bawah tajuk olahraga. Dengan adanya alat inovasi LJ Sensor ini
guru tidak memerlukan bantuan individu lain sewaktu menentukan lompatan
murid di papan lonjak samada batal atau tidak.
Di samping itu, guru juga dapat memberi fokus sepenuhnya kepada
pelakuan lompatan murid yang melibatkan fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa
layangan dan fasa pendaratan.
Kesimpulannya, alat inovasi ini dapat membantu kelancaran proses
pengajaran guru Pendidikan Jasmani dan Sukan.

3.0 FUNGSI PROJEK

Alat ini boleh digunakan oleh guru dalam sesi PdP bagi membantunya dan
murid mengetahui keputusan lompatan yang dilakukan.
2
Alat LJ Sensor ini juga merupakan alat yang digunakan dalam
pertandingan lompat jauh dan lompat kijang bagi menentukan keputusan
lompatan. Alat ini membantu hakim membuat keputusan sama ada lompatan
tersebut batal atau tidak. Hakim hanya perlu mengangkat bendera merah atau
putih selepas mendengar bunyi buzzer atau melihat pada cahaya lampu LED
yang di pasang pada alat tersebut. Lampu LED tersebut akan menyala serentak
dengan bunyi buzzer.

4.0 IMPAK DAN RELEVAN PROJEK

4.1 Menjimatkan Masa Guru Mengajar Kemahiran

Banyak langkah untuk diajar dalam masa yang singkat menjadikan murid
sukar menguasai suatu kemahiran. Banyak lagi aspek yang perlu
ditekankan seperti gaya lompatan, cara melonjak, teknik layangan, teknik
mendarat. Dengan adanya alat ini, guru dapat menjimatkan masa dan
tenaga untuk mengajar murid kemahiran melonjak dengan betul.

4.2 Meningkatkan Kemahiran Murid

Murid boleh mengetahi dengan sendiri sama ada mereka melakukan


lompatan yang batal atau tidak.

4.3 Membiasakan Murid Melompat Pada Take-Off Yang Optimum.

Latihan secara berulang-ulang dapat membantu murid mendapat jarak


dan bilangan langkah yang tepat semasa fasa lonjakan lonjakan.

4.4 Meningkatkan Keyakinan Murid

3
Dengan adanya alat ciptaan ini, ia dapat memberi peluang kepada murid
untuk berlatih secara optimum dan berkesan di mana, akhirnya boleh
membantu meningkatkan prestasi murid tersebut. Dengan itu, keyakinan
murid juga meningkat.

4.5 Menggalakkan Murid Berfikiran Positif

Murid berpeluang menonjolkan bakat kerana keputusan batal atau tidak


bukan ditentukan oleh guru. Murid juga merasakan kesamarataan dalam
menjalankan aktiviti.

5.0 KOS PEMBUATAN

Bil. Komponen Kos


1 Perkakas elektronik RM 70
- Solder
- Sucker
- Lingkaran timah
2 Komponen elektronik RM 25
- Set litar dark on delay system
3 Bateri 9V RM 10
4 Lampu LED laser RM 70
5 Papan take-off RM 30
6 Lampu siren & pembesar suara RM 30
7 Mounting board RM 15
8 Kos wiring RM 50
JUMLAH RM 300

6.0 CIRI-CIRI BERDAYA KOMERSIAL DAN MESRA PENGGUNA

6.1 Kegunaan Alat

Alat inovasi ini amat sesuai dalam membantu guru memastikan


kelancaran proses pengajaran dan membuat keputusan yang sah.

6.2 Kebolehlaksanaan Alat Inovasi

4
Alat inovasi ini boleh dilaksanakan oleh guru semasa satu sesi PdP,
latihan sukan dan dalam pertandingan. Selain itu, alatan ini juga dapat
dilaksanakan kepada murid yang menjalani latihan bagi mewakili sekolah
Alat ini juga dapat digunakan di dalam kejohanan olahraga sekolah. Alat
inovasi ini mudah digunakan kerana ianya ringan, mudah alih dan mudah
ditadbir.

6.3 Kesan Kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Alatan ini dapat melancarkan proses pengajaran guru dalam satu sesi
PdP atau latihan. Guru tidak perlu meminta bantuan individu lain bagi
membuat keputusan terhadap lompatan murid. Oleh itu, penjimatan masa
dan tenaga berlaku.

6.4 Potensi Inovasi Untuk Disebarluaskan

Alatan inovasi ini boleh disebarluaskan kerana ciri-ciri yang ada padanya
iaitu :
i. Menjimatkan masa guru
ii. Menjimatkan tenaga
iii. Mudah ditadbir
iv. Memberi keputusan tepat
v. Kos yang murah

6.5 Keberkesanan Kos

Kos pembikinan alat ini ialah RM 300 sahaja. Kos yang murah dan
berpatutan dengan alat inovasi ini mampu dimiliki oleh setiap sekolah.
Penggunaannya sangat praktikal dan jauh lebih berkesan jika
dibandingkan dengan harganya.

7.0 LATAR BELAKANG ALAT INOVASI

5
7.1 Gambar Alat Ciptaan

7.2 Bahan yang digunakan.

 Kotak

Berfungsi sebagai bahagian utama pengesan ini. Kotak ini juga berfungsi
sebagai pelindung kepada papan elektronik dan komponen elektronik yang
terdapat di dalamnya.

 Papan Elektronik

Papan ini berfungsi sebagai pemegang kepada kesemua


komponen-komponen elektronik tersebut. Merupakan
bahagian utama pengesan ini.

 Light Emitting Diod (LED)

6
Berfungsi sebagai pemberi amaran kedua kepada pengesan
selepas buzzer. LED ini akan menyala sekiranya mengesan
lompatan yang melebihi papan lonjak. Ia akan menyala
serentak dengan bunyi buzzer.

 Buzzer

Berfungi sebagai pemberi amaran yang utama kepada alat


pengesan sekiranya mengesan lompatan yang melebihi
papan lonjak. Buzzer ini akan berbunyi serentak dengan
nyalaan LED.
 Bateri 9v dan Pemegang bateri.

Bateri ni berfungsi sebagai pembekal arus elektrik kepada


litar alat pengesan ini. Pemegan bateri pula berfungsi
sebagai alat untuk memegang bateri pada satu tempat
sahaja dan memastikan bateri tidak berubah tempat.

 Laser/Pemancar

7
Berfungsi sebagai pemacar kepada pengesan tersebut.
Laser ini akan memancarkan cahaya kepada LDR sensor
dan apabila pancaran laser ini dipotong atau di halang ia
akan mengalirkan arus elektrik. Maka buzzer akan berbunyi
serentak dengan LED.

 LDR sensor

Laser LDR
sensor

Berfungsi sebagai pengesan kepada pancaran laser.


Sekerinya pancaran laser terputus maka LDR sensor akan
aktif dan buzzer akan berbunyi serentak dengan LED.

 Resistor

Berfungsi sebgai pengurang arus elektrik supaya tidak


mengalir di dalam litar dalam jumlah yang besar. Arus
elektrik yang berlebihan boleh menyebabkan komponen lain
rosak.

 Transistor

8
Berfungsi sebgai pengumpul dan pengeluar tenaga
elektrik.Terdapat 3 kaki iaitu Collecter (C), Base (B) dan
Emitter(E).

7.3 Spesifikasi alatan.

Alatan ini dicipta bagi memudahkan pengadil acara lompat jauh


dan lompat kijang untuk menentukan sama ada lompatan tersebut
batal atau tidak. Alat ini juga direka bagi memudahkan guru
menjalankan proses pengajaran acara lompat jauh dan lompat
tinggi.

Papan Lonjak

9
 Kedudukan alat pengesan lompat jauh ini terletak betul-betul di hujung papan
lonjak.
 Cahaya akan dipancarkan dari laser terus ke LDR sensor.
 Sekiranya pancaran laser itu di halang ataupun terputus maka buzzer akan
berbunyi dan LED akan menyala.
 Jarak diantara laser dan LDR sensor ialah sejauh 1.22m sama panjang
dengan papan lompat jauh.

 Ini adalah kedudukan komponen-komponen elektrik di dalam litar alat


pengesan lompat jauh ini. Litar ini disimpan di dalam kotak dan di balut supaya
dapat mengurangkan pencahayaan berdekatan LDR sensor tersebut. Ini
adalah kerana LDR tersebut sangat sensitif terhadap cahaya.

 Di atas kotak
tersebut perlu di lubangkan
dan diletakakn transparensi
10
supaya cahaya LED kelihatan dari luar. Ini adalah kerana sekiranya kawasan
tersebut terlalu bising dan banyak gangguan bunyi hakim hanya perlu
memerhati pancaran LED tersebut sahaja.

SENARAI NAMA AHLI INOVASI

BIL SENARAI NAMA CATATAN

1 AKMAL BIN ASAHARI PESERTA

2 MOHAMAD FAIZAL BIN SALEHON PESERTA

PENSYARAH
3 MOHD RIZAL BIN MOHTAR
PEMBIMBING

PENSYARAH
4 AZIZAH BT MD AMIN
PEMBIMBING

PENSYARAH
5 MOHD NAZRI BIN OMAR
PEMBIMBING

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

…………………………… ……………………………….

11

Anda mungkin juga menyukai