Anda di halaman 1dari 3

ASAS KAWAD KAKI

PERINTAH DAN PERBUATAN

BAHAGIAN PERTAMA

SEDIA

Perintah :

BARIS. BARIS ----------------------------SEDIA

Perbuatan.

a. Angkat kaki kiri setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. ( Peha Paras )

b. Hentak kaki kiri rapat ke kanan, boot sama rata.

c. Kedua tumit rapat dan hujung kaki buka 30” atau boleh masuk satu boot.

d. Rapatkan kedua-dua tangan ke paha, genggamkan jari serta ibu jari lurus ke bawah, kena
jahitan tengah seluar.

e. Buka dada, tarik dagu tentukan tengkok kena colar baju.

f. Pandang terus ke hadapan.

SENANG DIRI

Perintah :

SENANG -------------------------------- DIRI

Perbuatan.

a. Angkat kaki setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. ( Peha Paras )

b. Bawa ke kiri 30 cm (12”) dan hentak ke bumi, boot sama rata.

c. Semasa itu juga tangan bawa ke belakang dan bersilang, belakang tapak tangan kanan di atas
tapak tangan kiri.
REHATKAN DIRI

Perintah :

REHATKAN ------------------------------ DIRI

Perbuatan.

a. Bilang rehat serta tangan ke belakang dan bersilang.

b. Kaki tidak boleh bergerak.

c. Cuma anggota dilemahkan ( relax ).

PUSING KE KANAN DALAM MASA BERHENTI

Perintah :

BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.

KE KANAN ------------------------------ PUSING

Perbuatan.

a. Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, berat badan di atas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang
dan tumit terangkat ke bumi.

b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah
kaki kanan seperti kedudukan sedia.

PUSING KE KIRI DALAM MASA BERHENTI

Perintah :

BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.

KE KIRI --------------------------------- PUSING

Perbuatan.

a. Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, berat badan di atas kaki kiri, kanan lurus ke belakang dan
tumit terangkat dari bumi.

b. Angkat kaki kanan 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan
disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.
AKAN MENGHADAP KE BELAKANG DALAM MASA BERHENTI

Perintah :

KE BELAKANG ----------------------------- PUSING

Perbuatan.

a. Pusing badan 180 darjah ke belakang ikut kanan, berat badan diatas kaki kanan, kaki kiri lurus
ke belakang dan tumit terangkat dari bumi.

b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.

Anda mungkin juga menyukai