KESABARAN
Jangan hilang fikiran dan naik darah sehinggakan tidak dapat mengawal diri dan perasaan.
KEMAHUAN
Jangan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai melainkan yang terbaik dari lebih terbaik.
AKHLAK
Sebagai anggota yang berkawad selalu cergas dan kemas bagi mengawal keperibadian diri.
KEPERCAYAAN DIRI
Selalu berfikiran Saya mesti boleh buat dan saya akan tunjukkan yang lebih baik dari yang saya
sudah buat.
JARAK LANGKAH
Masa cepat jalan dan perlahan jalan - 30 inci
Masa langkah panjang - 33 inci
Masa langkah pendek - 21 inci
Masa langkah berlari - 40 inci
Masa langkah sebelah - 12 inci
BAHAGIAN PERTAMA
1. SEDIA
2. SENANG DIRI
3. REHATKAN DIRI
4. PUSING KE KANAN DALAM MASA BERHENTI
5. PUSING KE KIRI DALAM MASA BERHENTI
6. PUSING KE BELAKANG DALAM MASA BERHENTI
7. KE KANAN LURUS
8. PANDANG HADAPAN
9. BILANG DARI KANAN
10. BUKA BARISAN
11. TUTUP BARISAN
12. KELUAR BARIS DAN BERSURAI
BAHAGIAN KEDUA
1. LANGKAH KE SEBELAH KANAN
2. LANGKAH KE SEBELAH KIRI
3. LANGKAH KE HADAPAN
4. LANGKAH KE BELAKANG
5. LANGKAH BERJALAN
6. BERHENTI DARI CEPAT JALAN
7. BELOK KE KANAN SEMASA CEPAT JALAN
8. BELOK KE KIRI SEMASA CEPAT JALAN
9. PUSING KE KANAN SEMASA CEPAT JALAN
10. PUSING KE KIRI SEMASA CEPAT JALAN
11. PUSING KE BELAKANG SEMASA CEPAT JALAN
12. HENTAK KAKI SEMASA CEPAT JALAN
13. BERHENTI HENTAK KAKI CEPAT
BAHAGIAN KEEMPAT
1. TUKAR LANGKAH SEMASA CEPAT JALAN
2. TUKAR LANGKAH SEMASA PERLAHAN JALAN
3. TUKAR LANGKAH DARIPADA CEPAT JALAN KEPADA PERLAHAN JALAN
4. TUKAR LANGKAH DARIPADA PERLAHAN JALAN KEPADA CEPAT JALAN
5. TUKAR LANGKAH DARIPADA CEPAT JALAN KEPADA CEPAT BERLARI
6. TUKAR LANGKAH DARIPADA CEPAT BERLARI DARIPADA CEPAT JALAN
7. BERHENTI DARIPADA CEPAT BERLARI
BAHAGIAN KELIMA
1. HORMAT KE HADAPAN DALAM MASA BERHENTI DENGAN BILANGAN
2. HORMAT KE HADAPAN SEMASA CEPAT JALAN
3. HORMAT KE KANAN SEMASA CEPAT JALAN
4. HORMAT KE KIRI SEMASA CEPAT JALAN
5. HORMAT SELAKU TERIMA GAJI
6. PANDANG KANAN SEMASA CEPAT JALAN
BAHAGIAN KEENAM
1. JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA TIGA BARISAN
2. JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN
3. DARIPADA TIGA BARISAN JADIKAN SATU BARISAN SEMASA BERJALAN
4. DARIPADA SATU BARISAN JADIKAN TIGA BARISAN SEMASA BERJALAN
BAHAGIAN KETUJUH
1. TUKAR HALUAN KE KANAN DALAM MASA BERHENTI
2. TUKAR HALUAN KE KANAN SEMASA CEPAT JALAN
3. TUKAR HALUAN KE KIRI DALAM MASA BERHENTI
4. TUKAR HALUAN KE KIRI SEMASA CEPAT JALAN
5. JADIKAN SKUAD DISEBELAH KANAN DALAM MASA BERHENTI
6. JADIKAN SKUAD DISEBELAH KIRI DALAM MASA BERHENTI
7. JADIKAN SKUAD DISEBELAH KIRI SEMASA CEPAT JALAN
BAHAGIAN KELAPAN
1. PARAS BARISAN
2. MASUK BARIS
BAHAGIAN PERTAMA
1. SEDIA
Perintah :
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri setinggi 30 cm (12) ke hadapan. ( Peha Paras )
b. Hentak kaki kiri rapat ke kanan, boot sama rata.
c. Kedua tumit rapat dan hujung kaki buka 30 atau boleh masuk satu boot.
d. Rapatkan kedua-dua tangan ke paha, genggamkan jari serta ibu jari lurus ke bawah,
kena jahitan tengah seluar.
e. Buka dada, tarik dagu tentukan tengkok kena colar baju.
f. Pandang terus ke hadapan.
2. SENANG DIRI
Perintah :
Perbuatan.
a. Angkat kaki setinggi 30 cm (12) ke hadapan. ( Peha Paras )
b. Bawa ke kiri 30 cm (12) dan hentak ke bumi, boot sama rata.
c. Semasa itu juga tangan bawa ke belakang dan bersilang, belakang tapak tangan
kanan di atas tapak tangan kiri.
3. REHATKAN DIRI
Perintah :
Perbuatan.
a. Bilang rehat serta tangan ke belakang dan bersilang.
b. Kaki tidak boleh bergerak.
c. Cuma anggota dilemahkan ( relax ).
Perintah :
Perbuatan.
a. Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, berat badan di atas kaki kanan, kaki kiri
lurus ke belakang dan tumit terangkat ke bumi.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan
disebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.
Perintah :
Perbuatan.
a. Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, berat badan di atas kaki kiri, kanan lurus ke
belakang dan tumit terangkat dari bumi.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan
disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.
Perintah :
Perbuatan.
a. Pusing badan 180 darjah ke belakang ikut kanan, berat badan diatas kaki kanan, kaki
kiri lurus ke belakang dan tumit terangkat dari bumi.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentak kaki
kiri disebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.
7. KE KANAN LURUS
Perintah :
Perbuatan.
a. Bilang 1, tangan Kanan dan kepala disebelah kanan.
b. BIlang 2,3, masa diam.
c. Bilang 1, angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan dan hentakkan kaki ke bumi.
( sombong ) dengan masa yang sama hentakan kaki kiri dan kanan berturut-turut
sambil meluruskan barisan.
Penerangan.
a. Semasa ke kanan lurus, orang barisan hadapan sahaja mengangkat tangan kanan.
b. Orang disebelah kanan sekali dibarisan tengah dan belakang angkat tangan ke
hadapan dan pandang ke hadapan.
c. Perbuatan ini hanya untuk pelatih-pelatih yang baru sahaja.
8. PANDANG DEPAN
Perintah :
Perbuatan.
Semua sekali pandang ke hadapan dan sebut Up.
9. BILANG NOMBOR
Perintah :
Perbuatan.
Orang disebelah kanan barisan hadapan bilang 1, orang disebelah kirinya bilang 2,
diseblah bilang 3 dan seterusnya hingga habis barisan hadapan itu bilang.
Perintah :
c. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan, hentakkan ke bumi dan angkat kaki kanan
30cm (12) serta hentakkan disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.
11. TUTUP BARISAN
Perintah :
Perbuatan.
a. Serupa juga dengan buka barisan.
b. Orang barisan hadapan hadapan dua langkah ke belakang.
c. Orang barisan tengah diam.
d. Orang barisan belakang dua langkah ke hadapan.
Perintah :
Perbuatan.
a. Semua sekali berpusing 90 darjah ke kanan.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) hentakkan rapat ke kaki kanan.
c. Langkah kaki kiri keluar dan lenggang tangan terus maju hingga lepas tiga baru
berpecah.
Peringatan :
a. Keluar baris untuk rehat sementara.
b. Bersurai tidak disemabung lagi kawad untuk atau kerja dihari tersebut.
BAHAGIAN KEDUA
Perintah :
Perbuatan.
a. Angkat kaki kanan 30 cm (12) dan hentakkan ke kanan sejauh 30 cm (12) seperti
senang diri.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) hentak rapat ke kaki kanan.
c. Angkat kaki kanan 30 cm (12) hentakkan ke kanan sejauh 30 cm (12).
d. Angkat kaki kiri 30 cm (12) hentakkan rapat ke kaki kanan.
2. LANGKAH KE SEBELAH
Perintah :
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 30 cm (12) hentakkan kaki sejauh 30 cm (12) seperti senag diri,
tangan rapat ke paha.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) hentakkan rapat ke kaki kiri.
c. Angkat kaki kiri 30 cm (12) hentakkan sejauh 30 cm (12)
d. Angkat kaki kanan 30 cm (12) hentakkan rapat ke kaki kiri.
Peringatan :
3. LANGKAH KE HADAPAN
Perintah :
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 75 cm (30) ke hadapan, tangan rapat ke paha.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) dan hentakkan rapat ke kaki kiri seperti kedudukan
sedia.
4. LANGKAH BERJALAN
Perintah :
Perbuatan.
a. Langkah kaki kiri ke belakang 75 cm (12), tangan rapat ke paha.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) dan hentakkan rapat ke kaki kiri seperti kedudukan
sedia.
Peringatan :
a. Langkah ke hadapan dan kebelakang ini tidak lebih daripada 3 langkah dan mestilah
langkah satu-satunya terus tiga, tangan rapat ke paha.
b. Jika lebih daripada tiga langkah mestilah beri perintah cepat jalan dan berhenti pada
tempat yang dikehendaki.
5. LANGKAH BERJALAN
a. Langkah biasa - 75 cm (30)
b. Langkah panjang - 82 cm (33)
c. Langkah pendek - 51 cm (21)
d. Langkah berlari - 100 cm (40)
e. Senang diri - 30 cm (12)
f. Langkah sebelah - 30 cm (12)
Masa berjalan
a. Masa perlahan jalan 65 langkah dalam satu minit.
b. Masa cepat jalan 116 langkah dalam satu minit.
c. Masa cepat jalan rekrut 140 langkah dalam satu minit.
d. Masa cepat jalan light infanteri 140 langkah dalam satu minit.
e. Masa berlari 180 langkah dalam satu minit.
6. BERJALAN CEPAT
Perintah :
Perbuatan.
a. Langkah kaki kiri 75 cm (30) ke hadapan.
b. Lenggang tangan kanan kehadapan sama paras dengan bahu, jari separuh
genggam, ibu jari lurus.
c. Lenggang tangan kiri ke belakang seberapa yang boleh.
d. Badan tegak.
e. Pandang terus ke hadapan.
f. Maju kaki tangan langkah 75 cm (30) ke hadapan, tangan kiri, kiri hayun ke
hadapan, tangan kanan ke belakang hingga seterusnya. Perbuatan ini hendaklah
dilakukan serentak.
7. BERHENTI DARI CEPAT JALAN
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm (30) ke hadapan sebut cek.
b. langkah kaki kiri 30 cm (12). Semasa itu rapatkan kedua-dua tangan ke paha sebut
1.
c. Angkat kaki kanan 30 cm (12) hentakkan disebelah kaki kiri seperti kedudukan
sedia, sebut 2.
Perintah :
KANAN BELOK
Perbuatan.
Belok sahaja ke kanan, tetapi orang kanan sekali hendaklah pendekkan langkah.
Apabila setentang dengan orang disebelah kiri terus buka langkah biasa.
Perintah :
KIRI BELOK.
Perbuatan.
Belok sahaja ke kiri, tetapi orang kiri sekali hendaklah pendekkan langkah. Apabila
setentang dengan orang disebelah kanan sekali terus buka langkah biasa.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm (30) ke hadapan, tumit terpacak kaki kiri rata diatas
bumi dan tangan masih lenggang.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) rapat kedua-dua tangan ke paha, semasa itu juga
pusingkan badan 90 ke kiri.
c. Hentakkan kaki kanan dihujung boot kaki kiri semasa itu juga tolakkan kaki kiri
keluar 75 cm (30).
d. Maju lagi langkah kaki kanan 75 cm (30) dan terus berjalan.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kiri semasa tangan masih lenggang.
b. Potong kanan dan rapat ke paha dan heretkan kaki kanan rapat ke kaki kiri seperti
kedudukan sedia.
c. Angkat kaki kiri 30 cm (12) dan pusingkan badan 90 darjah ke kanan serta
hentakkan kaki kiri ke bumi, dihujung boot kaki kanan.
d. Angkat kaki kanan 30 cm (12) dan pusingkan badan 90 darjah ke kanan serta
hentakkan kaki kanan ke bumi, disebelah kaki kiri.
e. Angkat kaki kiri 30 cm (12) dan hentakkan ke bumi rapat ke kaki kanan seperti
kedudukan sedia.
f. Maju kaki kanan 75 cm ( 30) dan terus jalan.
12. HENTAK KAKI SEMASA CEPAT JALAN
Perbuatan :
a. Langkah kaki kiri 75 cm (30), sebut CEK.
b. Potong tangan rapat ke paha dan heretkan kaki kanan rapat ke kaki kiri seperti
kedudukan sedia.
c. Terus hentak kaki mulai dengan kaki kiri.
BARIS ------------------------------HENTI !!
Perbuatan.
a. Hentak kaki rapat ke kaki kanan seperti kedudukan sedia, sebut CEK.
b. Hentak kaki kanan rapat ke kaki kiri seperti kedudukan sedia, sebut UP.
MAJU !!!
Perbuatan.
BAHAGIAN KETIGA
1. BERJALAN PERLAHAN
Perintah :
PERLAHAN ------------------JALAN
Perbuatan.
a. Langkah kaki kiri 37.5 cm (15) ke hadapan, sebut CEK, hujung boot ke bumi,
kedua-dua tangan rapat ke paha, berat badan diatas kaki kanan, buka dada, terus
pandang kehadapan.
b. Tolak kaki kiri ke hadapan 37.5 cm (15) terus pijak bumi, sebut kiri.
c. Langkah kaki kanan 37.5 cm (15) ke hadapan, sebut CEK, hujung boot condong ke
bumi, kedua-dua tangan rapat ke paha, berat badan di atas kaki kiri.
d. Tolak kaki kanan ke hadapan 37.5 cm (15) terus pijak ke bumi, sebut kanan dan
begitulah seterusnya.
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 30 cm (12) dan hentakkan ke bumi, sebut CEK.
b. Angkat kaki kanan (12) dan hentakkan ke bumi rapat kaki kiri seperti kedudukan
sedia UP.
Perintah :
KANAN BELOK !!
Perbuatan.
a. Belok sahaja ke kanan, tetapi hendaklah jaga barisan bertiga-tiga, orang yang tepi
sebelah kanan hendaklah pendekkan langkah apabila setentang dengan orang
disebelah kirinya buka langkah 75 cm (30).
Perintah :
KIRI BELOK !!
Perbuatan.
a. Belok sahaja ke kiri, tetapi hendaklah jaga barisan bertiga-tiga, orang yang tepi
sebelah kiri hendaklah pendekkan langkah apabila setentang dengan orang
disebelah kanannya terus buka langkah 75 cm (30).
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan sambil pusingkan badan 90 darjah ke kanan
dan hentakkan dihujung boot kaki kanan, sebut UP.
b. Langkah kaki kanan 37.5 cm (15), sebut CEK dan tolakkan kaki kanan 37.5 cm
(15) ke hadapan, terus pijak ke bumi sebut kanan ( Untuk menlengkapkan langkah
75 cm (30) begitulah seterusnya).
6. PUSING KE KIRI SEMASA PERLAHAN JALAN.
Perbuatan.
a. Angkat kaki kanan 30 cm (12) ke hadapan sambil pusingkan badan 90 darjah ke kiri
dan hentakkan dihujung boot kaki kiri, sebut UP.
b. Langkah kaki kiri 37.5 cm (15) sebut CEK, tolak kaki ke hadapan 37.5 cm (15)
terus pijak ke bumi, sebut kiri ( Untuk menlengkapkan langkah 75 cm (30) begitulah
seterusnya.
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan sambil pusingkan badan 90 darjah ke kanan
dan hentakkan dihujung kaki kanan, sebut 1, henti ( 2 adalah masa ).
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) ke hadapan sambil pusingkan badan 90 darjah ke
kanan dan hentakkan ke bumi, sebut 2 henti ( 2 adalah masa ).
c. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan dan hentakkan ke bumi seperti kedudukan
sedia, sebut 3 henti ( 2 adalah masa ).
d. Langkah kaki kanan 37.5 cm (15), sebut CEK dan tolak kaki kanan ke hadapan
37.5 cm (15) terus pijak ke bumi, sebut kanan ( Untuk menlengkapkan langkah 75
cm (30) begitulah seterusnya.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm, sebut CEK.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan dan hentakkan rapat ke kaki kanan dengan
perlahan iaitu apabila hujung boot kaki kiri mencecah bumi, serentak dengan itu
angkat kaki kanan 30 cm (12) dan hentakkan rapat ke kaki kiri dengan perlahan,
begitulah seterusnya.
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 30 cm (12) kehadapan dan hentakkan rapat ke kaki kanan, sebut
1!
b. Angkat kaki kanan (12) ke hadapan dan hentakkan rapat ke kaki kiri, sebut 2,
seperti kedudukan sedia.
MAJU !!!
Perbuatan.
a. Hentak kaki kanan ke bumi, sebut cek !
b. Maju kaki kiri keluar, sebut UP.
Perintah : (diberi, BUKA diatas kaki kanan, BARISAN diatas kaki kiri )
BUKA BARISAN !!
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm (12) ke hadapan, sebut CEK !
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) kehadapan dan hentakkan rapat ke kaki kanan dengan
perlahan iaitu apabila hujung boot kaki kiri mencecah ke bumi, serentak dengan itu
angkat kaki kanan 30 cm (12) dan hentak rapat ke kaki kiri dengan perlahan,
begitulah seterusnya.
Penerangan.
a. Barisan hadapan berjalan terus.
b. Barisan tengah hentak kaki x1 kali dan terus berjalan.
c. Barisan belakang hentak kaki x2 dan terus berjalan.
Perintah : ( diberi, TUTUP diatas kaki kanan, BARISAN diatas kaki kiri )
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm (30) ke hadapan sebut CEK !.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) ke hadapan dan hentakkan rapat ke keki kanan dengan
perlahan iaitu apabila hujung boot kaki kiri mencecah ke bumi, serentak dengan itu
angkat kaki kanan 30 cm (12) dan hentak rapat ke kaki kiri dengan perlahan,
begitulah seterusnya.
Penerangan.
a. Barisan hadapan hentak kaki x2 kali dan terus berjalan.
b. Barisan tengah hentak kaki x1 dan terus berjalan.
c. Barisan belakang terus berjalan.
BAHAGIAN KE EMPAT
Perintah : (diberi TUKAR diatas kaki kiri, LANGKAH diatas kaki kanan ).
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 30 cm (12) hentak rapat ke kaki kanan, sebut CEK !.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) hentak rapat disebelah kaki kiri seperti kedudukan
sedia sebut UP.
c. Langkah kaki kiri.
Perintah : ( diberi TUKAR diatas kaki kiri, LANGKAH diatas kaki kanan )
Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri 30cm (12) hentak rapat ke kaki kanan, sebut CEK!
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) hentak rapat disebelah kaki kiri seperti kedudukan
sedia, sebut UP.
c. Langkah kaki kiri dan terus berjalan.
Penerangan.
Pergerakkan tukar langkah perlahan ini hendaklah dilakukan dengan pantas seperti
tukar langkah dalam masa cepat jalan.
Perintah : (diberi, PERLAHAN diatas kaki kiri, JALAN diatas kaki kanan ).
Perbuatan.
a. Angkat kaki kirin 30 cm (12) hentak rapat ke kaki kanan, sebut CEK !.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12) hentak rapat disebelah kaki kiri seperti kedudukan
sedia, sebut UP.
c. Langkah kaki kiri dan terus berjalan.
Perintah : (diberi CEPAT diatas kaki kiri, JALAN diatas kaki kanan ).
Perbuatan :
a. Langkah kaki kiri dengan cepat dan lenggang tangan ke hadapan sama paras dengan
bahu dan terus berjalan.
Perintah : ( diberi CEPAT diatas kaki kanan, LARI diatas kaki kiri )
Perbuatan.
a. Mulakan berlari dengan langkah kaki kanan ke hadapan 100 cm (40) sebut UP,
angkatkan kedua tangan ke paras dada, jari genggam dan terus berlari.
6. TUKAR LANGKAH DARIPADA CEPAT BERLARI KEPADA CEPAT BERJALAN
Perintah : ( diberi CEPAT diatas kaki kiri, JALAN diatas kaki kanan )
Perbuatan.
.a.Teruskan 2 langkah berlari sebut kiri kanan dan apabila kaki kiri keluar terus berjalan,
langkah 75 cm (30) sebut kiri.
Perbuatan.
BAHAGIAN KE LIMA
BILANGAN 1 !, BILANGAN 2!
BILANGAN 3!,BILANGAN 1,
Perbuatan :
a. Bengkokkan tangan kanan ke paras pinggang, tapak tangan mengereng, jari rapat
lurus ke hadapan, sebut 1!
b. Naikkan tangan kanan ke atas,hujung jari telunjuk hampir kepada hujung kening
kanan, atas hujung ke (Cap),tapak tangan kehadapan,sebut 2!
c. Turunkan tangan ke paras dada dan jari digenggam, sebut 3!
d. Turunkan tangan rapat ke paha dengan pantas seperti kedudukan sedia, sebut 4 !
Perbuatan :
Penerangan :
a. Tiap-tiap sebutan 1 itu adalah perbuatan.
b. Tiap-tiap sebutan 2,3 itu adalah masa diam.
Perbuatan :
a. Langkah kaki kanan ke hadapan dan sebut cek ! Kedua-dua tangan rapat ke paha dan
tepok, apabila kaki kiri melangkah keluar terus angkat tangan kanan dan beri hormat
dan pandang kanan, serta bilang ikut langkah, kaki kiri sebut 1 kaki kanan sebut 2,
kaki kiri sebut 3 dan apabila kaki kanan kembali turunkan tangan sebut potong dan
serentak dengan itu pandang hadapan. Apabila kaki kiri melangkah keluar lagi
langgang tangan dan terus berjalan seperti biasa.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan ke hadapan dan sebut cek ! Kedua-dua tangan rapat ke paha dan
tepok, apabila kaki kiri melangkah keluar terus angkat tangan kanan dan beri hormat
dan pandang kanan, serta bilang ikut langkah, kaki kiri sebut 1 kaki kanan sebut 2,
kaki kiri sebut 3 dan apabila kaki kanan kembali turunkan tangan sebut potong dan
serentak dengan itu pandang hadapan. Apabila kaki kiri melangkah keluar lagi
langgang tangan dan terus berjalanseprti biasa.
Perbuatan :
a. Langkah kaki kanan 75 cm(30) ke hadapan sebut cek!
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12) semasa itu rapatkan kedua-dua tangan ke paha dan
hentakkan kaki kiri rapat kanan, sebut 1.
c. Angkat kaki kanan 30 cm (12), hentakkan disebelah kaki kiri, seperti kedudukan
sedia, sebut 2.
d. Sebut 2,3,1(hormat), kemudian sebut 2,3,1 (turunkan tangan).
e. Sebut 2 adalah diam, langkah kaki kiri 75 cm (30) ke hadapan sebut 1, angkat kaki
kanan 30 cm (12) hentak rapat ke kaki kiri seperti kedudukan sedia.
f. Hulurkan kedua-dua tangan ke hadapan ke paras pinggang belakang tangan kanan di
atas tapak tangan kiri, sebut 2,3,1 tekupkan tangan kanan di atas tangan kiri sebut
2,3,1.
g. Turunkan kedua-dua tangan rapat ke paha, sebut 2,3,1 sebut 2,3,1 adalah diam.
h. Langkah kaki kiri ke belakang 75 cm (30) sebut 1, angkat kaki kanan 30 cm (12),
hentak rapat ke kaki kiri seperti kedudukan sedia, sebut 2.
i. Sebut 2,3,1 (hormat),kemudian sebut 2,3,1(turunkan tangan).
j. Sebut 2,3,1 sambil pusingkan badan 180 darjah ke belakang ikut kanan, kemudian
sebut 2,3,1 angkat kaki kiri 30 cm(12) hentak rapat ke kaki kanan seperti kedudukan
sedia.
k. Sebut 2,3,1 langkah kaki kiri keluar dan terus jalan seperti biasa.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm sebut cek!, apabila kaki kiri melangkah keluar terus
pandang kanan dan sebut UP, serta jalan seperti biasa kecuali penanda kanan.
PANDANG ------------------------DEPAN
Perbuatan.
a. langkah kaki kanan sebut cek !, apabila kaki kiri melangkah keluar dengan pantas
pandang hadapan dan sebut UP serta jalan seperti biasa.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm sebut cek, apabila kaki kiri melangkah terus pandang KIRI
dan sebut UP serta jalan seperti biasa kecuali penanda kiri.
PANDANG ------------------------DEPAN
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan sebut cek, apabila kaki kiri melangkah keluar dengan pantas
pandang hadapan dan sebut UP serta jalan seperti biasa.
Perbuatan :
a. Langkah kaki kanan 75 cm sebut cek, apabila kaki kiri melangkah keluar terus
pandang kanan dan sebut UP serta jalan seperti boiasa penanda kanan.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm sebut cek, apabila kaki kiri melangkah keluar terus
pandang hadapan dan sebut UP serta jalan biasa.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cm sebut cek, apabila kaki kiri melangkah keluar terus
pandang kiri dan sebut UP serta jalan seperti biasa kecuali penanda kiri.
Perbuatan.
a. Langkah kaki kanan 75 cmsebut cek, apabila kaki kiri melangkah keluar terus
pandang hadapan dan sebut UP serta jalan seperti biasa.
BAHAGIAN KE ENAM
Perintah :
Perbuatan.
1.Angka ganjil barisan tengah.
a. Angkat kaki kiri 30 cm (12) dan bawa ke kiri 60 cm serta hentak ke bumi.
b. Langkah kaki kanan 75 cm ke hadapan.
c. Angkat kaki kiri 30 cm dan hentak rapat disebelah kaki kanan.
Penerangan.
Selepas itu berikan perintah KE KANAN ------------------ LURUS
Perintah :
Penerangan.
Selepas itu berikan perintah KE KANAN ----------------------LURUS.
Perintah :
Perbuatan :
a. Barisan hadapan berjalan terus.
b. Barisan tengah dan belakang hentak kaki.
c. Apabila barisan hadapan hamper habis melalui barisan tengah, berikan perintah
barisan tengah.
d. Apabila barisan tengah hamper habis melalui barisan belakang, berikan perintah
barisan belang MAJU.
Perintah :
Perbuatan.
a. Orang barisan hadapan HENTAK KAKI.
b. Orang barisan tengah dan belakang terus berjalan melencung ke kanan sedikit.
c. Apabila orang dihadapan sekali barisan tengah sampai setentang denga orang no.1
barisan hadapan, berikan perintah barisan tengah HENTAK KAKI.
d. Apabila orang dihadapan sekali barisan belakang sampai setentang dengan orang
no.1 barisan tengah berikan perintah barisan belakang HENTAK KAKI.
BAHAGIAN KE TUJOH
Perintah :
Perbuatan :
a. Orang no.1 di kanan sekali di barisan hadapan pusing 90 darjah ke kanan, yang lain
barisan hadapan pusing 45 darjah ke separuh kanan, barisan tengah dan belakang
diam.
b. Apabila dapat perintah/cepat jalan, orang no.1 terus berjalan, ambil 3 langkah ke
hadapan dan berhenti,yang lain barisan hadapan terus jalan mengikut dan berhenti,
apabila setentang dengan orang no.1.
c. Orang barisan tengah dan belakang ikut sahaja orang barisan hadapan berjalan dan
berhenti apabila sampai ke tempatnya, orang barisan tengah dibelakang orang
barisan hadapan dan orang barisan belakang dibelakang orang barisan tengah.
Penerangan.
Tukar haluan, haluan berubah tetapi barisan tidak berubah. Tukar haluan hanya boleh
dibuat semasa barisan melintang (Fail).
Perbuatan.
a. Orang no.1 di kanan sekali dibarisan hadapan pusing 90 darjah ke kanan dan terus
jalan 3 langkah ke hadapan dan hentak kaki.
b. Yang lain, orang barisan hadapan pusing 45 darjah separuh kanan dan terus berjalan
apabila sampai setentang dengan orang no.1 dan terus hentak kaki.
c. Orang barisan tengah dan belakang ikut sahaja orang barisan hadapan berjalan,
apabila sampai ketempatnya terus hentak kaki.
Penerangan.
Apabila mendapat perintah tukar ke kanan dan henti, skuad itu hendaklah berhenti,
apabila samapai ke tempatnya dan dikehendaki hentak kaki.Tukar haluan hanya boleh
dilakukan semasa barisan melintang ( fail ).
Perintah :
Perbuatan.
a. Orang no.1 di kiri sekali barisan hadapan pusing 90 darjah ke kiri, yang lainbarisan
hadapan pusing 45 darjah ke separuh kiri, barisan tengah dan belakang diam.
b. Apabila dapat perintah cepat / perlahan jalan, orang no. akhir di kiri sekali barisan
hadapan terus berjalan ambil 3langkah ke hadapan dan berhenti, yang lain barisan
hadapan terus berjalan mengikut dan berhenti apabila setentang dengan orang no.
akhir barisan hadapan.
c. Orang barisan tengah dan belakang ikut sahaja orang barisan hadapan berjalan dan
berhenti apabila sampai ke tempatnya. Orang barisan tengah di belakang orang
barisan hadapan dan orang barisan belakang dibelakang orang barisan tengah.
Perbuatan.
a. Orang no.akhir di kiri sekali barisan hadapan pusing 90 darjah ke kiri dan terus jalan
ke hadapan ambil 3 langkah dan hentak kaki.
b. Yang lain orang barisan hadapan pusing 45 darjah ke separuh kiri dan terus berjalan,
apabila sampai setentang dengan orang no.akhir terus hentak kaki.
c. Orang barisan tengah dan belakang ikut sahaja orang barisan hadapan berjalan,
apabila sampai ke tempatnya terus hentak kaki.
d. Orang barisan tengah diam dan orang barisan belakang ambil dua langkah ke
belakang.
Perintah :
Perintah :
Perbuatan.
a. Orang no.1 dikanan sekali barisan hadapan diam, yang lain semua sekali pusing 45
darjah keseparuh kanan.
b. Apabila mendapat cepat / perlahan jalan, orang no.1 dikanan sekali terus jalan 3
langkah ke hadapan dan berhenti.Yang lain barisan hadapan terus berjalan, apabila
sampai setentang dengan orang no.1 terus berhenti.
c. Orang barisan tengah dan belakang ikut sahaja orang barisan hadapan
berjalan.Apabila sampai ke tempatnya orang barisan tengah berhenti dibelakang
orang barisan hadapan dan orang barisan belakang dibelakang orang barisan tengah.
Penerangan :
Jadikan skuad, haluan tidak berubah tetapi barisan berubah.jadikan skuad hanya boleh
diberi semasa barisan berada dalam bertiga-tiga.
Perbuatan.
a. Orang no.1 dikanan sekali barisan hadapan langkah kaki kanan 75 cm (30), sebut
CEK. Angkat kaki kiri 30 cm ke hadapan hentak rapat disebelah kaki kanan, sebut UP
dan keluar kaki kanan terus jalan 3 langkah ke hadapan dan hentak kaki.
b. Semua orang langkah kaki kanan 75 cm (30) sebut CEK.angkat kaki kiri 30 cm ke
hadapan sambil pusingkan badan 45 darjah ke separuh kanan, sebut UP dan keluar
kaki kanan.
c. Barisan hadapan terus maju sehingga setentang disebelah kanan orang no.1. Barisan
tengah dan belakang mengikut orang barisan hadapan dan hentak kaki apabila
sampai ditempat masing-masing.
Perintah :
Perbuatan.
a. Orang no.1 di kiri sekali barisan hadapan diam,yang lain semua sekali pusing 45
darjah ke separuh kiri.
b. Apabila mendapat cepat/perlahan jalan, orang no.1 dikiri sekali terus jalan 3 langkah
ke hadapan dan berhenti. Yang lain barisan hadapan terus berjalan, apabila sampai
setentang dengan orang no.1 terus berhenti.
c. Orang barisan tengah dan belakang ikut sahaja orang barisan hadapan
berjalan.apabila ke tempatnya orang barisan tengah berhenti dibelakang orang
barisan hadapan dan orang barisan belakang di belakang orang barisan tengah.
Penerangan.
Jadikan skuad, haluan tidak berubah tetapi barisan berubah. Jadikan skuad hanya boleh
diberi semasa barisan berada dalam bertiga-tiga.
Perbuatan.
a. Orang no.1 di kiri sekali barisan hadapan langkah kaki kiri 75 cm (30) sebut CEK.
Angkat kaki kanan 30 cm ke hadapan hentak rapat disebelah kaki kiri, sebut UP dan
keluar kaki kiri terus jalan 3 langkah ke hadapan dan hentak kaki.
b. Semua orang langkah kaki kiri 75 cm (30) sebut CEK. Angkat kaki kanan 30 cm ke
hadapan sambil pusingkan badan 45 darjah ke separuh kiri, sebut UP dan keluar kaki
kiri.
c. Barisan hadapan terus maju sehingga setentang disebelah kiri orang no.1. barisan
tengah dan belakang mengikut orang barisan hadapan dan hentak kaki apabila
sampai ditempat masing-masing.
BAHAGIAN KE LAPAN
1. PARAS BARISAN
Perintah A:
Perbuatan.
Semua sekali sedia.
Perintah B:
SAIZING TINGGI KANAN,RENDAH KIRI, TUBOHKAN SATU BARISAN
----------------------- PARAS
Perbuatan.
Skuad pusing ke kanan seperti keluar baris dan dengan pantas jadikan satu barisan
panjang. Orang yang tinggi sekali disebelah kanan dan orang rendah disebelah kiri dan
seterusnya dalam kedudukan sedia. Jarak antara satu sama lain rapat bertemu bahu.
Perintah C:
DARI KANAN BILANG.
Perbuatan.
Semua sekali membilang bermula dari kanan hingga ke kiri seperti 1,2,3,4 dan seterusnya
sambil mengingati nombor angka genap.
Perintah D.
ANGKA GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, ANGKA GENAP SATU LANGKAH KE
BELAKANG -------------- GERAK.
Perbuatan.
Angka ganjil 1,3,5,7,9,11,13,15 satu langkah ke hadapan. Angka genap satu langkah ke
belakang. Perbuatan ini dilakukan serentak.
Perintah E.
No.1 disebelah kanan DIAM, ANGKA GANJIL KE KANAN, PUSING ANGKA GENAP KE
KIRI, PUSING! KANAN DAN KIRI ----------------------PUSING!
Perbuatan.
Angka ganjil barisan hadapan pusing 90 darjah ke kanan, angka genap barisan belakang
pusing 90 darjah ke kiri.
Perintah F.
JADIKAN TIGA BARISAN, DARI DEPAN CEPAT / JALAN.
Perbuatan.
a. Orang no.1 diam, yang lain terus berjalan dalam satu barisan, bermula daripada orang
nombor 3. Orang nombor 3 masuk dibelakang orang nombor 1 dan berhenti, terus
pusing ke kiri 90 darjah menghadap ke hadapan. Orang nombor 5 masuk dibelakang
orang nombor 3, berhenti dan terus pusing 90 darjah ke kiri menghadap ke hadapan.
Selepas itu orang nombor 5 hendaklah sebut UP. Ketiga-tiga orang nombor 1,3 dan 5
senag diri.
b. Orang nombor 7 berhenti disebelah orang nombor 1 dan pusing 90 darjah ke kiri
menghadap ke hadapan. Orang nombor 9 masuk dibelakang orang nombor 7 dan
pusing 9 darjah ke kiri menghadap ke hadapan. Orang nombor 11 masuk dibelakang
orang nombor 9 dan pusing 90 darjah ke kiri menghadap ke hadapan, sebut UP dan
ketiga-tiga orang nombor 7,9,11 senang diri.
c. Orang no.13 berhenti disebelah orang nombor 7 dan pusing 90 darjah ke kiri
menghadap ke hadapan. Orang no 19 masuk dibelakang orang no.13 dan pusing ke
kiri menghadap ke hadapan. Orang no.14 berjalan dan belok ke kanan ikut belakang
orang no.15. Berhenti orang no.15 pusing 90 darjah ke kiri menghadap ke hadapan.
Selepas itu orang no.14 sebut UP. Ketiga-tiga orang no.13,15 dan 14 senang diri.
d. Orang no.12 berhenti disebelah orang no.13 dan terus pusing 90 darjah ke kiri
menghadap ke hadapan.Orang no.10 masuk di belakang orang no.12, berhenti dan
pusing 90 darjah ke kiri menghadap ke hadapan. Orang no.8 masuk dan berhenti
dibelakang orang nombor 10,pusing ke kiri menghadap ke hadapan. Selepas itu orang
nombor 8 sebut UP. Ketiga-tiga orang nombor 12,10 dan 8 senang diri.
e. Orang nombor 6 berhenti disebelah orang nombor 12 dan pusing ke kiri menghadap
ke hadapan.Orang nombor 4 masuk dan berhenti dibelakang orang 6, pusing 90
darjah ke kiri menghadap. Orang nombor 2 masuk dan berhenti dibelakang orang
nombor 4.Pusing 90 darjah ke kiri menghadap ke hadapan. Selepas itu orang nombor
2 sebut UP ketiga-tiga orang nombor 1,3 dan 5 senang diri.
2. MASUK BARIS
Penerangan:
Apabila sudah siap jadikan tiga barisan, jurulatih hendaklah memilih salah seorang
diantara mereka untuk menjadi penanda.
Perintah :
TANDA!
Perbuatan.
Penanda sedia dan terus berjalan 14 langkah ke hadapan dan berhenti serta senang diri.
Perintah :
MASUK -------------------- BARIS!
Perbuatan.
Semua sekali sedia dan terus berjalan 14-1-2 langkah ke hadapan dan berhenti serta ke
kanan lurus dengan sendiri berpandukan penanda. Apabila barisan sudah betul, pandang
hadapan dan senang diri bertiga-tiga bermula dari orang nombor 1 hingga seterusnya.
3. MEMERIKSA BARISAN
Perintah :
BARIS, BARIS ---------------------------- SEDIA
Perbuatan.
Semua sekali sedia.
Perintah :
BUKA BARISAN --------------------------------- GERAK!
Perbuatan.
Orang no.1 barisan hadapan diam, yang lain semua sekali pandang ke kanan dan
betulkan barisan, penada pusing 90 darjah ke kanan jalan tiga langkah ke hadapan dan
berhenti. Pusing balik ke belakang serta betulkan barisan. Apabila sudah betul beri
perintah DIAM -----------------BARISAN HADAPAN. Lepas itu pusing 90 darjah ke kiri, jalan
tiga langkah dan terus berhenti serta pusing ke kanan 90 darjah dan betulkan barisan
tengah.Apabila sudah betul beri perintah DIAM -------------------- BARISAN TENGAH. Lepas
itu pusing 90 darjah ke kiri, terus jalan tiga langkah ke hadapan dan berhenti. Lepas itu
pusing 90 darjah ke kanan dan betulkan barisan belakang. Apabila sudah betul beri
perintah DIAM ------------------ BARISAN BELAKANG. Selepas itu pusing 90 darjah ke
kanan menghadap ke hadapan terus jalan 6 langkah dan berhenti serta pusing 9ke kiri 90
darjah dan beri perintah PANDANG -------------------- DEPAN. Semua sekali pandang
hadapan, penanda terus jalan 3 langkah dan berhenti serta pusing 90 darjah ke kanan dan
diam. Selepas itu ketua perbarisan hendaklah memberi perintah SENANG --------------------
DIRI. REHATKAN DIRI !. Ketua Perbarisan pusing menghadap ke hadapan menunggu
ketibaan pegawai.
SKUAD......TANDA......
TANDA.....DIAM.....
INGATAN !
SELASAI PEMERIKSAAN......
Membawa kamu setingkat lagi dalam kawad kaki, saya hendak mengajar kamu kekanan
pusing dalam berhenti. Tujuan pelajaran ini diajarkan kepada kamu adalah untuk
membolehkan seseorang atau berkumpulan kekanan pusing dengan betul, pantas dan
kemas berlagak sebagai seorang Anggota Bomba yang berpakaian seragam. Apabila
menerima hukuman rehatkan diri lihat disini saya akan memberi pertunjukan yang penuh
dan lengkap didalam pergerakan ini.
Itulah dia tadi pertunjukan yang penuh dan lengkap didalam pergerakan ini. Oleh sebab
belajar dan mengajar maka pergerakan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, tiap-
tiap bahagian dibahagikan dengan bilangan nombor skuad satu, skuad dua, skuad tiga
serta dengan ceritanya sekali. Sambong.
* Lihat disini, apa pula akan terjadi apabila saya menerima hukuman Kekanan pusing
dengan bilangan nombor skuad satu (1).
Terus...! saya latihkan kamu, hukuman daripada saya, masa dan pergerakan adalah
daripada kamu. Kamu sebagai skuad apabila menerima hukuman Kekanan pusing
dengan bilangan nombor skuad satu, kamu hendaklah jawab SATU , jawab apa dia
skuad ?... ( Skuad hendaklah menjawab dengan perkataan SATU dengan hentak kaki ).
Apabila saya melintasi dihadapan kamu, kamu hendaklah berlatih perseorangan atau
berkumpulan, hukuman, masa dan pergerakan adalah daripada kamu .
* Apabila saya menerima hukuman Skuad 2, dengan masa yang sama bawakan kaki
kiri kehadapan, paha paras, bengkok lutut. Kedudukan berat badan tergantung kepada
kaki kanan .
INGATAN :- Pandangan terus kehadapan seperti kedudukan sedia.
Terus! saya latihkan kamu, hukuman daripada saya, masa dan pergerakan adalah
daripada kamu. Kamu sebagai skuad apabila menerima hukuman skuad 2, kamu
hendaklah jawab DUA , jawab apa dia skuad?.....
( Skuad hendaklah menjawab dengan perkataan DUA dengan hentak kaki ).
Apabila saya melintas dihadapan kamu, kamu hendaklah berlatih perseorangan atau
berkumpulan, hukuman, masa dan pergerakan adalah daripada kamu .
* Apabila saya menerima hukuman skuad 3, dengan pantas dan padat hentakkan kaki kiri
ke-bumi, tumit rapat kiri dan kanan.
Apabila saya melintas dihadapan kamu, kamu hendaklah berlatih perseorangan atau
berkumpulan, hukuman, masa dan pergerakan adalah daripada kamu .
Terus! Saya latihkan kamu didalam kedudukan skuad, skuad satu.., skuad dua..,
skuad tiga.., hukuman daripada saya, masa dan pergerakan adalah daripada kamu!.
Hukuman:- Kekanan pusing dengan bilangan nombor skuad 1.., skuad 2.., skuad 3..
Kekanan pusing, ambil kedudukan sedia dengan betul..!
Hukuman:- Kekanan pusing dengan bilangan nombor skuad 1.., skuad 2.., skuad 3..
( Ulangi latihan ).
Kekanan pusing, senang diri dan rehatkan diri..!.
Terus.! Saya akan memberikan pertunjukan yang penuh dan terakhir dengan
membilang masa didalam pergerakan ini!
Itulah dia tadi, pertunjukan yang penuh dan terakhir dengan membilang masa di dalam
pergerakan ini.
Terus! Saya latihkan kamu, hukuman daripada saya, masa dan pergerakan adalah
daripada kamu. Kamu sebagai skuad apabila menerima hukuman Kekanan pusing
dengan membilang masa , kamu hendaklah menjawab 1-2-3-1, jawab apa dia skuad..?.
(Skuad hendaklah menjawab 1,2,3,1 dengan hentak kaki).
Apabila saya melintas dihadapan kamu. Kamu hendaklah berlatih perseorangan atau
bekumpulan, hukuman, masa dan pergerakan adalah daripada kamu .
Kekanan pusing, senang diri dan rehatkan diri..( Hukuman dari Jurulatih ).
Apabila menerima hukuman Gerak , skuad hendaklah sedia, kekanan pusing, langkah
pendek dan tajam buat 2 atau 3 barisan dihadapan ditengah-tengah, dimana saya
menghadap. SkuadGERAK..!.
Hukuman:-Rehatkan Diri..!.
Selamat Pagi/Petang Enche, saya .telah selasai menjalankan ujian kawat kaki dan
siap sedia untuk menerima arahan seterusnya.