Anda di halaman 1dari 16

670101086345001 201 3

1.0 Latar Belakang Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sekolah Kebansaan Perwira, Teluk Intan, Perak. Istimewanya program ini, setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan dibantu oleh seorang guru pendidikan khas yang dikenali sebagai guru damping untuk membantu murid-murid berkenaan. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran yang terlibat akan diberi ilmu melalui kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Sasaran daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sedarjah yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dan dilaksanakan dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama serta pemantauan berterusan dari KPM dan diharap akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik. 2.0 Pendahuluan

Pada masa kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas arus perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selari dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain. Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni yang bertujuan memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengambil mengira kemampuan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid

670101086345001 201 3
mempunyai peluang dan kemampuan yang sama untuk Berjaya dan cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti beberapa jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. 3.0 Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah normal dilaksanakan dengan mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas normal. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas yang boleh menyertai PPI. Hal ini adalah kerana masih banyak sekolah normal kurang bersedia untuk mengadakan program pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan penjaga untuk memilih pendidikan inklusif untuk anakanak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya kerjasaman dan penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak berkeperluan khas membantutkan usaha untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih baik dan berkesan. Meskipun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pendidikan, namun perlaksanaan pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, syor dan garis panduan yang menyeluruh ini perlu disediakan dalam pelaksanaan PPI di Sekolah Kebangsaan Perwira, Teluk Intan agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi kesan positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. 4.0 Objektif 4.1 Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pembelajaran dan pengajaran dan mengikuti semua aktiviti bersama dengan murid normal. 4.2 Murid berkeperluan khas dapat belajar dengan lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluangpeluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).

670101086345001 201 3
4.3 Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid berkepeluan khas dengan murid normal 4.4 Murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. 4.5 Melawan sikap diskriminasi murid normal terhadap murid berkeperluan khas . 4.6 Menambah keyakinan diri murid berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. 4.7 Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada murid berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan

5.0

Kepentingan syor/garis panduan

Hasil syor dan garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang berkenaan haruslah memberi perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi muridmurid tersebut. Di pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002). 6.0 Pendidikan Inklusif

670101086345001 201 3
6.1 Definisi

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan murid-murid berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995). 6.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu bidang baru di Malaysia, hanyalah istilahnya sahaja yang baru. Istilah inilah yang telah mengelirukan semua pihak. Sebelum ini, istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Malaysia telahpun melaksanakan sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini berada di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Kementerian Sumber Manusia. 6.2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas yang dilaksankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas. 6.2.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI)

670101086345001 201 3
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

6.2.2.1

Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 6.2.2.2 Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 6.3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikelolai oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan ditubuhkan di merata-rata tempat di negara kita. Pelancaran Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata dan perhatian pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil daripada itu pelbagai aktiviti diadakan untuk menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang perkara berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah meningkat, yang mana memperlihatkan kesedaran

670101086345001 201 3
pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) Badan ini menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Pusat yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Pusat yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) Yayasan yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

6.4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan bahawa sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-

670101086345001 201 3
kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa penambahbaikan pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini bertujuan untuk memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat. Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. 7.0 Strategi Pelaksanaan Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan bantu pengajaran. Untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Situasi ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi implikasi kepada murid-murid normal pula. Akhirnya Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI)akan tidak memberi apa-apa impak positif kepada murid berkeperluan khas. Ianya bertambah malang jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan buruk terhadap proses pembelajaran dan pengajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pendidikan Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan dan peraturan yang menyeluruh perlu diwujudkan terhadap semua aspek yang dapat mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. 7.1 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran

Autistik Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner" Hyperaktif

670101086345001 201 3

Down Syndrome Cerebral Palsy Terencat akal ringan. * Perkara yang penting perlu diambil perhatian dalam pemilihan murid-murid berkeperluan khas yang hendak diserapkan dalam program Pendidikan Inklusif ini adalah , murid-murid tersebut mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.

7.2

Tenaga pengajar

Fungsi dan peranan serta tanggungjawab Guru pendidikan khas yang akan bertingak senagai guru pembimbing dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:

Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil.

7.3

Kemudahan asas untuk pelajar khas


Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.

Bahan-bantu

mengajar

boleh

diubah

suai

oleh

guru

resos

dan

Jawatankuasa akademik.

Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.

670101086345001 201 3

Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

7.4

Pengurusan

Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai

Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan

Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

7.5

Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.

Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.

Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.

Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

670101086345001 201 3

8.0 Cadangan dan syor Pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Perwira adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. 9.0 Rumusan Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan perancangan program yang bakal dilaksanakan di sekolah ini adalah berdasarkan factor-faktor yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu untuk memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat menambahkan ilmu dan kemahiran murid-murid berkeperluan khas ini dari satu bebanan menjadi satu harta yang penting dan berguna kepada masyarakar dan Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang cemerlang dan gemilang satu hari nanti.

PENDIDIKAN INKLUSIF DI SK. PERWIRA, TELUK INTAN, PERAK 1.0 Latar Belakang. Pendidikan Inklusif akan memberi peluang dan ruang bagi murid-murid yang mempunyai keperluan khas seperti Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya agar mereka dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas yang bertindak sebagai guru pemdamping bagi membolehkan mereka mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran di kelas normal dengan lebih berkesan. Terdapat dua orang murid dari kelas pendidikan khas yang layak untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini. 2.0 Rasional Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan :

670101086345001 201 3
i. ii. iii. iv. v. vi. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak

3.0 Matlamat. Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) murid-murid berkeperluan khas belajar bersama murid-murid normal dalam bilik darjah arus perdana. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di bilik darjah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan. 4.0 Objektif Program pendidikan Inklusif di SK Perwira ini menggariskan beberapa objektif. Di antaranya adalah seperti berikut:4.1 Memberi peluang kepada murid-murid tersebut menerima pembelajaran, pengajaran, dan menyertai semua aktiviti yang dijalankan di sekolah bersama- sama murid biasa. 4.2 Supaya murid-murid berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua bidang kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat. 4.3 Menjadikan mereka lebih berupaya dan mampu berdikari dan menjadi warga masyarakat yang boleh menyumbang sesuatu.

670101086345001 201 3
4.4 meningkatkan keyakinan diri murid berkeperluan khas untuk berhadap dengan masyarakat. 5.0 Murid Sasaran Dua orang murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain, tidak mempunyai perlakuan pelik yang akan merumitkan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. 6.0 Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif SK. Perwira 6.1 Pengerusi 6.2 Naib Pengerusi 6.3 Penyelaras 6.4 Pen. Penyelaras 6.5 Setiausaha 1 6.6 Setiausaha 2 6.7 AJK : : : : : : : Pn. Hajah Noora Bt. Bustanudin (Guru Besar ) Pn. Rosilawati Bt Abd. Aziz (Pk. Pentadbinran) En. Noor Azmin b. Hassan ( Setiausaha Kurikulum ) Pn. Haslinda bt. Md Pee ( Setiausaha HEM ) Pn. Siti Zaitun bt. Saad ( Guru Inklusif ) Pn. Norazlinda bt. Hayom ( Guru Pendamping ) En. Rozi b. Din ( Guru Matematik Tahun 5 ) Pn. Hayati bt. Salleh ( Guru Bahasa Melayu Tahun 5 ) Pn. Maslina bt. Mansor ( Guru Agama Islam Tahun 5 ) Pn. Hemalatha a/p Govindasamy ( Guru B. Ing Tahun 5 )

670101086345001 201 3
Pn. Nor Aqilah bt. Hassan ( Guru Sains Tahun 5 ) 7.0 Strategi Pelaksanaan Program Inklusif 7.1 Fail Program Inklusif Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif berperanan dan bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Program Inklusif. Terdapat beberapa dokumen yang perlu ada dalam fail tersebut:

Senarai Jawatankuasa Program Insklusif Kertas kerja perancangan dan perlaksanaan program inklusif Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

7.2 Senarai Tugas Guru Program Pendidikan Inklusif 7.2.1 Sebelum

670101086345001 201 3
Jawatankuasa Program Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian oleh guru kelas khas, Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di aliran perdana yang terlibat, Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, Berbincang dengan murid berkenaan, Menyediakan Fail Program Inklusif bagi setiap murid yang diinklusifkan, Menyediakan jadual waktu kelas yang disesuaikan dengan kelas inklusif. 7.2.2 Semasa Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai Guru Pendamping kepada murid, 7.2.3 Membuat pemerhatian dari masa ke semasa, Guru Pendamping mendapatkan maklum balas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. Selepas Guru Pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid, Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid,

670101086345001 201 3
Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga.

8.0 Penutup Untuk menwujudkan situasi pembelajaran yang kondusif, hubungan baik antara guru dan murid adalah penting. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas memiliki konsep kendiri yang rendah kesan perhubungan yang kurang baik dan pengalaman yang tidak menyenangkan. Untuk membentuk konsep kendiri murid berkeperluan khas yang positif, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih akan mengambil masa yang panjang. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak disukai kecuali ke arah perkara yang sangat disukai oleh mereka. Kerjasama semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kerjasama antara pihak profesional dengan ibu bapa. kerjasama yang berkesan dapat dibina jika semua pihak yang terlibat mempunyai pemikiran yang terbuka dan juga matlamat yang sama, iaitu meningkatkan potensi dan mengurangkan ketidakupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Malahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanakberkeperluan khas. Ini adalah penting supaya hak untuk memperolehi peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

670101086345001 201 3

Rujukan Akta Pendidikan 1996 Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David Fulton Publisher. Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson Wadsworth Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai