Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMI PELANCARAN MINGGU KESEDARAN PENDIDIKAN

HOLISTIK 2021

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SK TAMAN BUNGA RAYA 1

Kata-Kata Aluan

Yang Berusaha Pn Faranina bt Saleh, Penolong Pegawai PPD


Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas , Pn. Rosmahwati Bt Safuan, Guru
Besar SK Taman Bunga Raya (1), Pn Hadijah bt Ibrahim, PK kurikulum &
Pentadbiran, En Mohamed Asri bin Abu Bakar, GPK HEM, En Sulaiman bin
Samaie, PK Kokurikulum , En Mohd Hezry b Abdollah, PK Petang, Mohd Rino
bin Mohd Johari, PK PPKI, Barisan Guru-guru Pendidikan Khas SKTBR1, Ibu
bapa dan Murid-murid yang dikasihi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Salam SKTBR1 dihatiku, Salam KIAS, dan Salam Saya Kamu Dihati. Unit
Bimbingan dan Kaunseling rasa sangat bersyukur berada bersama dalam
pelancaran Minggu Kesedaran Inklusif Holistik bagi sesi 2021. Tahniah
kepada Unit Pendidikan Khas SK Taman Bunga Raya 1, semoga atas usaha
porgram sebegini, dapat mengangkat lagi potensi dan penglibatan murid-
murid ,murid-murid dan seiring dan sejalan dengan murid aliran perdana
amnya.

Ucapan

Bagaiman untuk meningkatkan keyakinan diri dan buang rasa rendah


diri murid-murid MBK ini ketika bersama dengan murid arus perdana dan
bagaimana murid arus perdana dapat suaikan diri dengan murid MBK.
Sebenarnya dasar telah dikeluarkan
Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program yang ditawarkan
kepada MBK untuk belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam
bilik darjah yang sama dan di sesebuah sekolah untuk menikmati semua
kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar
belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan. Dalam bidang pendidikan,
MBK ini tidak boleh disisihkan malah memerlukan layanan pendidikan yang
sempurna demi masa depan yang terjamin.
Objektif Program Inklusif Holistik adalah untuk memastikan MBK
mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa
halangan. Ia juga untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga
sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK. Selain itu,
program ini di harap dapat membina keyakinan diri MBK bagi mencapai
potensi yang optimum. Program pendidikan inklusif juga, ingin memastikan
MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka.
Ibu bapa juga perlu memberi kepercayaan kepada anak-anak ini
untuk mendapatkan pendidikan bagi membolehkan mereka berdikari pada
masa akan datang. Pelajar-pelajar pendidikan khas ini sebenarnya
mempunyai pelbagai kecerdasan dan kemahiran yang boleh dicungkil,
dipupuk dan dikembangkan ke arah kecemerlangan individu yang optimum.
Pelajar pendidikan khas merupakan aset yang dapat menyumbang dalam
kemajuan masyarakat dan tidak sepatutnya dilihat sebagai liabiliti sahaja.
Pendidikan Inklusif Holistik ini dijalankan secara tidak langsung ,dapat

memperbaiki sesi pembelajaran, kemahiran sosial dan berkomunikasi dalam


kalangan MBK dan murid perdana yang normal. Selain itu, MBK juga dapat peluang
untuk bekerja secara produktif, serta membentuk perhubungan yang bermakna serta
menikmati sesi pembelajaran seperti rakan tipikal yang lain. Sokongan daripada
semua pihak dan keberhasilan program yang dijalankan diharap dapat memberikan
murid persediaan yang baik dalam mengharungi masa hadapan.

Penutup

Oleh yang demikian, saya berharap agar para guru SK Taman Bunga Raya 1
khususnya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pendidikan inklusif holistik
agar mereka dapat bersedia dan berusaha sehabis baik dalam menyediakan MBK
yang boleh diinklusifkan ke dalam kelas-kelas perdana agar mereka dapat menimba
ilmu pengetahuan selaras dengan murid tipikal lain di sekolah ini. Oleh yang
demikian, MBK ini juga akan lebih bersedia untuk mengadapi masa hadapan dengan
segala kelengkapan yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Dengan lafaz
Bismillahirahmanirahim sukacitanya saya merasmikan pelancaran Minggu
Kesedaran Inklusif Holistik Sk Taman Bunga Raya 1 bagi sesi 2021.

Anda mungkin juga menyukai