Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : SKTBR1 700-1/1/1 ( 1 )


Tarikh : 17 November 2021
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1),
48300 Bukit Beruntung, Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1),
48300 Bukit Beruntung, Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SAMBUTAN


HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Bunga Raya (1) akan mengadakan


Sambutan Hari Kanak-kanak bagi tahun 2021. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 22-29 November 2021


Tema : Anak Kita, Masa Depan Kita
Tempat : Konti SKTBR (1) dan Atas Talian

3. Program ini bertujuan untuk meraikan dan menyantuni murid-murid SK Taman


Bunga Raya (1) bersempena dengan Hari Kanak-Kanak. Selain itu, murid-murid yang
mencatatkan markah sahsiah yang terpuji dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) akan
diberi anugerah dan penghargaan dalam program ini.

4. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak PIBG dapat turut
serta menjayakan program ini dengan memberi sumbangan kewangan sebanyak RM
2,385.00. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja Program Sambutan Hari Kanak-Kanak
sebagai rujukan pihak tuan.

5. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan hal ini. Kerjasama dari pihak
tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(MOHAMED ASRI BIN ABU BAKAR)
GPK Hal Ehwal Murid,
SK Taman Bunga Raya (1).

Anda mungkin juga menyukai