Anda di halaman 1dari 3

Ciri-Ciri Orang Yang Toksik.

Orang yang toksik tidak membawa


manfaat terhadap kehidupan kita. Banyak benda dia suka komplen
tetapi tidak memberikan jalan penyelesaian. Kalau kita berkawan
dengan orang yang toksik, dengan kita sekali akan dijauhi oleh orang
sekeliling. Mereka tidak mahu mengaku salah, sebaliknya menunding
jari kepada orang lain. Orang yang memiliki perangai toksik ni, suka
marah-marah tak tentu hala dan berdendam. Semoga kita semua
dijauhi dari ciri-ciri orang yang membawa toksik krpada kehidupan
orang lain. 

Bagaimana nak mengenali orang yang membawa toksik ni? Adakah


dikenali pada wajah, peribadi, personaliti atau lain-lain hal? Ia adalah
sifat yang subjektif, kerana ia berkaitan sikap.. so, ia perlu sedikit
masa untuk mengesan sikap toksik dalam diri seseorang. Bila telah
berkawan dan bergaul lama dengan seseorang, kita akan kenal
sikapnya. Nah! Bila dah tahu dia membawa toksik, jauhi diri perlahan-
lahan atau nasihati kawan kita itu. Okay...

Ciri-Ciri Orang Yang Toksik

Janganlah jadi orang yang toksik, asyik nak rasa diri sendiri yang
betul. Mrmandang orang lain penuh negatif. Asyik menyalahkan orang
lain. 

Antara ciri-ciri orang yang toksik;


. Suka sembunyikan masalah
2. Sering tidak hadir di saat diperlukan oleh orang terdekat
3. Memandang remeh dan pandang rendah pada orang lain
4. Terlalu suka bersaing dan mahu menang
5. Tidak tunjukkan kemarahan tetapi menyimpan dendam
6. Laju untuk menunding jari oada orang lain

Semak semula diri kita ini, ada tak ciri-ciri seorang yang toksik. Tidak
membawa kebaikan dalam sesuatu perhubungan, suka membawa
perkara negatif dalam pergaulan. Kalau kita memiliki sifat tersebut,
cepatlah berubah sebelum terlambat. Sebelum kawan-kawan atau
saudara mara menjauhkan diri dari kita. 

Jika kita sendiri memiliki ciri seorang yang toksik seperti tersebut di
atas, kita mesti berubah dan meninggalkan sikap tak baik tersebut.
Kita sendiri yang kenal diri kita, hanya kita yang mampu memperbaiki
diri sendiri. Orang lain boleh nasihat, tetapi segalanya terletak di atas
kehendak kita sendiri. 

Berubahlah demi kebaikan semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai