Anda di halaman 1dari 3

Bagaimanakah peranan yg perlu dimainkan oleh pihak yg terlibat secara langsung

atau tak langsung dalam membantu ke arah pencapaian hala tuju pendidikan khas di
negara kita.

1. IBU BAPA

 Ibu bapa MBK haruslah yakin dan percaya akan kebolehan anak mereka.

 Ibu bapa haruslah sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan sentiasa


bekerjasama dengan pihak sekolah agar memahami masalah anak mereka dengan
lebih mendalam.

 Ibu bapa haruslah mempraktikkan aktiviti intervensi di rumah untuk meningkatkan


keupayaan anak mereka dalam kemahiran pengurusan diri khususnya.

 Ibu bapa perlulah melibatkan diri dalam segala program yang dianjurkan oleh pihak
Pendidikan Khas sekolah supaya dapat mengetahui perkembangan anak mereka.

 Ibu bapa perlulah tidak meletakkan jangkaan atau harapan yang terlalu tinggi kepada
anak mereka atau guru.

 Ibu bapa perlulah sentiasa berfikiran positif dan memberikan komen yang positif
kepada anak mereka supaya dapat meningkatkan semangat anak mereka dalam
pembelajaran.

2. MAYARAKAT

 Masyarakat haruslah bersikap terbuka dan memberi peluang kepada MBK untuk
mengikut serta dalam program-program kemasyarakatan.

 Masyarakat (luar dan dalam sekolah) perlulah bergaul baik dengan MBK dan tidak
menunjukkan sikap yang negatif mahupun mengejek mereka.

 Masyarakat perlulah melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program Pendidikan
Khas.

 Masyarakat hendaklah sedar dan prihatin dengan tidak menyalagunakan kemudahan


yang disediakan untuk MBK.
3. PIHAK SEKOLAH (PENTADBIRAN DAN GURU)

 Guru haruslah memberikan layanan yang sama rata terhadap MBK.

 Pentadbiran sekolah haruslah bersikap adil dan menyediakan kelas yang sesuai dan
selesa untuk MBK.

 Pentadbiran sekolah haruslah menerima MBK seadaanya dan tidak menekankan


kepada kecemerlangan akademik semata-mata.

 Pihak sekolah haruslah melihat kebolehan MBK dari sudut lain seperti bakat dan
kemahiran nyanyian, tarian, lakonan, jahitan, masakan dan lain-lain.

 Guru Pendidikan Khas (PK) perlulah menjalankan tugas dengan efisien dan peka
akan keperluan MBK dalam pembelajaran untuk memastikan pembelajaran
bermakna.

 Guru PK perlulah komited semasa mengajar seperti mempelbagaikan teknik


pengajaran, melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar, menggunakan bantuan
teknologi, melakukan sesi pembelajaran di luar kelas dan sebagainya.

 Guru PK haruslah merancang strategi pengajaran mengikut RPI murid seperti


melakukan kaedah pengayaan dan pemulihan terhadap MBK.

 Guru PK perlulah merancang objektif pengajaran yang sesuai dengan kebolehan


MBK supaya objektif boleh tercapai.
 Guru PK hendaklah bekerjasama dengan guru perdana yang lain supaya dapat
meningkatkan kemahiran dan keupayaan MBK dalam pembelajaran khususnya
untuk MBK yang terlibat dengan kelas inklusif.
 Guru perlulah melakukan diagnosis terhadap MBK untuk mengetahui tentang
kekuatan dan kelemahan mereka supaya dapat merancang teknik dan strategi
pengajaran yang sesuai dan berkesan.
 Pihak pengurusan sekolah perlulah meletakkan guru yang mahir dan dari bidang
Pendidikan Khas di kelas Pendidikan Khas untuk memastikan kelancaran sistem
pembelajaran Pendidikan Khas.
 Guru PK perlulah berusaha untuk meluaskan pengetahuan dalam pedagogi PK.
 Menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk ibu bapa MBK supaya menyedarkan
mereka akan hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan yang sesuai dengan
handicap anak mereka.
4. NGO

 Memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang sewajarnya dan sesuai dengan


masalah MBK.
 Memberikan sumbangan peruntukan yang lebih banyak untuk kegunaan MBK.

Anda mungkin juga menyukai