Anda di halaman 1dari 17

PENDIDIKAN INKLUSIF

PROGRAM INKLUSIF 2.1-SEJARAH INKLUSIF Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan ini.

segregated.Golongan

pendidik dan

keluarga

mempersoalkan

pengasingan

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa -Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa -Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.

-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. -Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi) -Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. -Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. -Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas. -Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. -Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas 3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas. 4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah biasa.(Octopus Model) 5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas. 6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. 2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.

3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing . 4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. 5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. 6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. 7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. 8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik. 9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan. 2. Guru sukar memberikan tumpuan. 3. Berlakunya penglabelan 4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas. 5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.
http://kenangansilam-ita.blogspot.com/2012/03/perlaksanaan-program-inklusif_21.html

PENDIDIKAN INTEGRASI
Istilah integrasi berasal dari bahasa Inggeris integrate (kkt.: mengintegrasikan; menyatupadukan; menggabungkan; mempersatukan). Berdasarkan pengertian istilah tersebut, maka pendidikan integrasi di Indonesia dikenal dengan pendidikan bersepadu. Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa program pendidikan integrasi merupakan salah satu bentuk penyelenggaraan pendidikan bagi ABK dimana mereka belajar bersama-sama dengan anak normal dalam satu kelas, dengan guru, kurikulum dan pengurusan yang sama dengan anak-anak pada umumnya di sekolah biasa. Mereka mengikuti pendidikan di sekolah biasa bersama-sama dengan rakan-rakannya yang normal. Namun demikian, walaupun mereka diintegrasikan ke sekolah biasa, mereka tetap memerlukan perkhidmatan pendidikan khas sesuai dengan jenis dan tahap kelainannya.

SEKOLAH KURANG MURID


KONSEP DAN CIRI-CIRI PELAKSANAAN KELAS BERCANTUM YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan dan terus diberi keutamaan sejajar dasar Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.

Selaras dengan dasar ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyasarkan matlamat untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sebagaimana petikan daripada Perutusan Tahun Baru, 2006 oleh Yang Berhormat Dato Sri Hishammudin Tun Hussein iaitu ... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Di antaranya ialah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 peratus Sekolah Kurang Murid ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan Sekolah Kurang Murid mengamalkan pengajaran kelas bercantum.

Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Perlaksanaan kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan biasanya diamalkan di Sekolah Kurang Murid yang biasanya didapati di sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak yang bilangan penduduknya kurang ramai dan menyebabkan bilangan muridnya juga kurang.

Bilangan murid daripada satu tahun persekolahan tidak mencukupi untuk diletakkan dalam sebuah kelas biasa dan kelas bercantum akan diwujudkan dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang tediri daripada tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas. Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 ). Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.

Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Di antara konsep dan ciri-ciri kelas bercantum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Sebagai contoh, sebuah kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun. Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam kelas bercantum.

Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14 orang. Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat pertimbangan berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun persekolahan. Sekiranya jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid, maka tiga tahun persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum.

Selain itu, biasanya seorang guru ditugaskan mengajar murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan secara serentak dalam sebuah kelas yang sama. Namun, kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga pengajar yang sedia ada. Sebagai contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum. Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas. Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat disesebuah sekolah berkenaan.

Ciri seterusnya bagi kelas bercantum ialah strategi pengajaran dan pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza daripada kelas biasa di mana, semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan. Justeru, untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran yang sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah. Namun demikian, keperluan murid juga diambil kira di mana, murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian dan layanan perlu diutamakan oleh guru. Demikian juga murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR. Oleh itu, kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak dicantumkan dan dijadikan kelas biasa. Namun demikian, kriteria ini tidak semestinya dapat dipenuhi oleh sekolah yang mengamalkan sistem kelas bercantum. Ia bergantung kepada pihak sekolah yang perlu memikirkan kriteria yang sesuai berdasarkan keutamaan dan keadaan sekolah itu sendiri Selain itu, keadaan bangunan dan kemudahan-kemudahan sekolah yang mempunyai kelas bercantum biasanya kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok kecil sahaja dengan hanya mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah. Jika sekolah itu hanya mempunyai dua buah bilik darjah, maka kelas bercantumnya terdiri daripada murid-murid dari tiga tahun persekolahan. Manakala sekolah yang mempunyai tiga bilik darjah, kelas bercantumnya terdiri daripada murid-murid dari dua tahun persekolahan.

Sekolah-sekolah yang mengamalkan sistem kelas bercantum ini juga biasanya terletak di kawasan-kawasan terpencil yang bilangan penduduknya tidak ramai. Namun demikian, dalam tempoh PIPP ini, Kementerian Pelajaran Malaysia akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan yang di antaranya ialah untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar seperti menambah baik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas, menyediakan bekalan elektrik 24 jam termasuk membekal genset berkapasiti 30-35 KVa ke sekolah pedalaman, merintis penggunaan solar hybrid dan merintis penggunaan empangan mini, menyediakan bekalan air ke sekolah, menambah baik Sekolah Kurang Murid, menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan dan mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid.

B. HURAIKAN PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN OLEH GURU DALAM KELAS BERCANTUM SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Pendekatan dan strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas bercantum semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pastinya

berbeza dengan pendekatan dan strategi pengajaran bagi kelas biasa. Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan di dalam kelas bercantum, guru yang terlibat perlu memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah. Di antara strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam kelas bercantum semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah pertama, penyusunan bilik darjah iaitu melibatkan penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sebagai contoh, sebuah kelas bercantum bagi murid-murid Tahun 1 dan 2, murid-murid Tahun 1 disusun secara berkumpulan, manakala murid-murid Tahun 2 duduk secara formal. Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tempat pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai pembahagi kelas. Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu. Selain itu, oleh kerana umur dan kebolehan murid-murid dalam kelas bercantum adalah berbeza, pelbagai cara pengajaran perlu digunakan untuk mencapai objektif pelajaran. Contohnya, pengajaran kelas, kumpulan dan perseorangan. Strategi kedua melibatkan penyusunan jadual waktu kelas bercantum yang disusun berdasarkan peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Jadual waktu pelajaran bagi setiap tahun persekolahan dalam sebuah kelas bercantum seboleh-bolehnya disusun mengukut mata pelajaran yang sama dalam waktu pelajaran yang sama. Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Matematik, murid-murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama. Untuk mencapai objektif pelajaran supaya murid-murid boleh menguasai kemahiran 3M, iaitu membaca menulis dan mengira, tumpuan hendaklah diberikan kepada mata pelajaran asas iaitu Bahasa Melayu bagi Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Matematik dan juga Bahasa Inggeris. Mata pelajaran yang berlainan dalam tahun persekolahan yang berlainan juga boleh disusun dalam waktu pelajaran yang sama, sekiranya pendekatan dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas masing-masing. Selain itu, pengurusan alat bantu mengajar adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, pelbagai alat bantu mengajar perlu disediakan dan kekurangan alat bantu mengajar boleh menjejaskan pencapaian yang diharapkan. Guru juga perlu tahu menggunakan alat bantu mengajar dengan cekap kerana kegagalan guru menguruskan alat bantu mengajar dengan berkesan boleh menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid. Seterusnya, guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan murid-murid dilakukan dengan melantik ketua-ketua darjah bagi membantu guru mengawal disiplin kelas. Secara tidak langsung dapat memupuk kepimpinan di kalangan ketua-ketua darjah yang dilantik dan murid-murid yang lain juga akan belajar cara menghormati ketua. Tugas guru pula dapat dijalankan

dan dilaksanakan dengan lebih lancar sebagaimana dirancang dengan bantuan ketuaketua darjah yang dilantik. Seterusnya, dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum, percantuman kemahiran-kemahiran untuk diajarkan dalam waktu pelajaran yang sama perlu dititikberatkan. Untuk memudahkan penyediaan persediaan mengajar serta melancarkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum guru hendaklah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip percantuman kemahiran iaitu kemahiran dan kandungan yang seakan-akan sama bagi tahun-tahun persekolahan yang berlainan hendaklah dicantumkan serentak dalam waktu pelajaran yang sama. Contohnya, dalam Bahasa Melayu, kemahiran yang sama seperti kemahiran lisan bagi Tahun 1 dan Tahun 2 dicantumkan dalam waktu pelajaran yang sama dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbeza seperti menamakan benda maujud atau gambar bagi Tahun 1, manakala Tahun 2, bercerita berpandukan gambar atau keadaan sebenar dengan menggunakan perkataan. Seterusnya, kemahiran yang khusus bagi satu-satu tahun persekolahan tertentu hendaklah disusun dalam waktu tertentu untuk diajarkan kepada murid-murid yang berkenaan. Walaupun terdapat kemahiran-kemahiran yang sama atau seakan-akan sama di antara tahun-tahun persekolahan yang berlainan disusun dalam waktu pelajaran yang sama, guru boleh meluaskan lagi skop pelajarannya semasa menjalankan aktiviti pengayaan bagi murid-murid yang berada dalam tahun persekolahan tertentu. Justeru itu, rancangan kerja untuk mencantumkan kemahiran-kemahiran yang sama atau seakan-akan sama mestilah berlandaskan prinsip-prinsip tersebut dan mengikut format-format yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Selain itu, pelbagai kaedah dan strategi mengikut tahun persekolahan perlu dirancang agar pengajaran dan pembelajaran bagi kelas bercantum dapat dilaksanakan dengan berkesan. Di antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah seperti kaedah kelas yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran kepada semua murid yang berada di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Biasanya kaedah ini digunakan apabila guru hendak menyampaikan maklumat am kepada semua murid atau guru dalam situasi belum mengetahui latar belakang murid atau semasa permulaan sesuatu pelajaran. Kaedah kelas ini sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Moral. Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas bercantum di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan murid dan guru menyampaikan pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi kumpulan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran asas atau menjalankan aktiviti pengayaan dengan pemulihan. Bagi pengajaran aktiviti pembelajaran lain seperti kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya pula, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dengan pelbagai kebolehan dalam setiap kumpulan.

Selain kaedah kumpulan, kaedah individu juga kadangkala harus digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah kelas bercantum. Kaedah ini boleh digunakan apabila semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan guru akan mengambil kesempatan ini untuk membimbing murid yang berkenaan secara individu. Selesai memberi bimbingan, guru bolehlah mengajar kumpulan semula mengikut rancangan pengajarannya. Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh diubahsuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum. Namun, pengubahsuaian tersebut haruslah mengambilkira kesesuaian pendekatan penyampaian guru, peringkat pencapaian murid dan kebolehan sedia ada murid. Sebagai kesimpulannya, untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar dan berkesan, guru perlulah memilih pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai untuk menyelenggara sesebuah bilik darjah dan menyampaikan sesuatu pelajaran. Dengan pemilihan pendekatan dan strategi yang sesuai dan berkesan, objektif pelajaran akan tercapai dan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sekaligus matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin menjadikan pendidikan di Negara kita bertaraf dunia akan tercapai.

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


SEKOLAH KLUSTER
LATAR BELAKANG

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
TUJUAN

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.
PELAKSANAAN

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:

Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 1920 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.
KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:


PRASYARAT PERTAMA

Pengukuran Standard Sekolah: Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

PRASYARAT KEDUA

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah) Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturutturut: SBP : GPS 2.5 dan ke bawah SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah SMT : GPS 4.0 dan ke bawah SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah): Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau GPS UPSR : 2 dan ke bawah

SYARAT PEMILIHAN

Kecemerlangan murid dalam aspek:


Akademik Kokurikulum Sahsiah Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan. Keberkesanan pelaksanaan program KPM Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Penerimaan pencalonan Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:


Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36) Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:


Memenuhi kriteria Guru Cemerlang Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster. Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:


Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:


Key Performance Indicator (KPI) Pengurusan sumber manusia dan fizikal Sumber kewangan Pembangunan profesionalisme staf Program kurikulum dan kokurikulum berkesan Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah. TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah: Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:


Umum (untuk semua sekolah) Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

Pematuhan piawai yang berikut: Akta Pendidikan 1996 Sistem Pendidikan Kebangsaan Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran SKPM

Senarai Bidang Autonomi:


Pengurusan Sekolah Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti: Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman. Peranan Agensi Lain Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

Biasiswa Kewangan/Dana Program Kecemerlangan Akademik Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah) Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_kluster

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


Apa itu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)?
Sekolah Berprestasi Tinggi OBJEKTIF MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK: Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan) MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG: Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang. MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM: Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.

CIRI-CIRI SBT Pemimpin Sekolah: Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah. SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah. Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.

Sentiasa bersedia. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan. GURU: mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan sekolah SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah dan sekolah. Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinan murid. Sentiasa bersedia. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P MURID: Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri. Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah. Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan. Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan. CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT: Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan. Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan) Peningkatan program jalinan dengan universiti Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar Negara. Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka.

Peningkatan jumlah guru cemerlang Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG: Skor komposit yang berasaskan Skor GPS(pemberatan 70%) Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%) SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Peningkatan ke taraf dunia. SKPM 90% Membina aspirasi untuk semua sekolah Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010 KRITERIA ANNEX: Personaliti Unggul Rekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh dan sekolah baru, memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpin Anugerah Kebangsaaan dan Antarabangsa Penyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jalinan Dengan Institut Pengajian Tinggi Jalinan dengan universiti dalam program pemindahan kredit,kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana. Jaringan Kukuh Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara(cth. Program pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swasta. Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa Sekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa(cth. PISA,TIMSS)
http://www.smslabuan.edu.my/soalan-lazim/apa-itu-sekolah-berprestasi-tinggi-sbt/

Anda mungkin juga menyukai