Anda di halaman 1dari 23

CONTOH FORMAT KERTAS KERJA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS KERJA NAMA PROGRAM TARIKH : 01 JANUARI 2010 TEMPAT : DEWAN SITC UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ANJURAN: KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT PENGURUSAN KOKURIKULUM UKT 1301 DENGAN KERJASAMA: PUSAT KOKURIKULUM 1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Pusat Kokurikulum dengan tujuan berikut: 1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan dari Pengarah Pusat Kokurikulum. 2.0 PENGENALAN Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak mahasiswa terhadap perkara-perkara berikut: 2.1 Latar belakang program yang akan dijalankan. 2.2 Menghuraikan kepentingan jika perlu melibatkan pihak luar. 2.3 Nyatakan pihak yang akan bekerjasama (jika ada) 3.0 OBJEKTIF 3.1 Nyatakan objektif/tujuan yang hendak dicapai. 3.2 Memberikan huraian okjektif yang mantap dan jelas maksudnya serta tidak melerat-lerat. 3.3 Ada hubungkait dengan matlamat program, jika sekiranya bekerjasama dengan pihak luar. 4.0 JUSTIFIKASI Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh : .......................................

Hari : ....................................... Tempat : ....................................... (Nyatakan justifikasi jika ingin mengadakan program di luar kampus) 6.0 SENARAI TETAMU PROGRAM KEHORMAT DAN PERASMI

Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan nyatakan nama PERASMI ( jika orangnya berbeza ) 7.0SENARAI PENCERAMAH Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap orang penceramah yang dicadang 8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA 8.1 Nyatakan siapa peserta program(sama ada pelajar/kakitangan/ masyarakat luar atau antarabangsa dan jumlahmya) 8.2 Berikan justifikasi (mengapa mereka dipilih) 8.3 Sertakan maklumat lengkap peserta

9.0TENTATIF PROGRAM Sediakan cadangan tentatif yang akan dilaksanakan dari awal hingga akhir program termasuk aturcara

perasmian dan penutup. Nyatakan juga masa, tempat, nama penceramah dan tajuk penceramah. 10.0SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS 10.1Sediakan senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa berserta nombor matrik dan jawatan yang disandang serta peranan dan tugasnya. 10.2Bagi melincinkan aktiviti/projek setiap ajk di atas boleh melantik ahli jawatankuasa kecil masingmasing. 10.3Semua jawatan dan ajk yang ditetapkan adalah kekal untuk digunakan bagi setiap urusan surat menyurat. 11.0ANGGARAN KEWANGAN Nyatakan secara terperinci dan logik anggaran pendapatan dan perbelanjaan program dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan. Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan: 11.1 Pendapatan 11.2 Perbelanjaan 11.3 Sumbangan 12.0KEPERLUAN PERALATAN Senarai keperluan-jika ada 13.0PENUTUP Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan kelulusan

14.0TANDATANGAN Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan penyedia kertas kerja, disemak oleh Tenaga Pengajar, diperakukan oleh Penyelaras, dan diluluskan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum. PERHATIAN: Bagi program/aktiviti yang melibatkan kerjasama daripada persatuan/kelab, kertas kerja untuk kelulusan aktiviti dan peruntukan kewangan harus disediakan oleh pelajar kursus kokurikulum dan bukan daripada ahli jawatankuasa persatuan/kelab lain atau instruktur kokurikulum.

Contoh: Disediakan oleh: Setiausaha, Nama Program.

Nama Kursus Kokurikulum Berkredit ........................................ ( ) tel no. Disemak oleh: Tenaga Pengajar Nama Kursus Kokurikulum Berkredit ........................................ ( ) Penyelaras Pusat Kokurikulum ........................................ ( ) Pengarah, Pusat Kokurikulum. Universiti Pendidikan Sultan Idris ............................................ ............ ( )

Diperakuka n oleh:

Diluluskan oleh:

Program Percantuman/ Inklusif 1962

Bermulanya Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan.

1988

Kelas Perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran dimulakan . 1993

Tiga orang pelajar inklusif ditempatkan di Tingkatan 6 Rendah, SM Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur

1994

Pembukaan kelas-kelas program inklusif secara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara

1995

Bermulanya Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah

Perkembangan Semasa

1995

Unit Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) 2008

Jabatan Pendidikan Khas ditukarkan nama kepada Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas), Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

Proses Transformasi Pendidikan Khas dimulakan oleh BP Khas dengan menekankan enam teras utama perubahan menjelang tahun 2020.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan program khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat prasekolah iaitu: i. Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ii. Program Pendidikan Khas Inklusif Prasekolah Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas telah dipertingkatkan ke seluruh negara. Prasekolah Pendidikan Khas mempunyai murid bermasalah pendengaran; bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Pada 2010, sebanyak 172 buah program prasekolah telah dibuka bagi kesemua tiga kategori di seluruh negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan sebanyak 28 program di Sekolah Khas dan 144 program prasekolah pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di seluruh negara. Terdapat seramai 590 murid pendidikan khas yang mengikuti pendidikan pada peringkat prasekolah integrasi.

Sejarah Pendidikan khas di Malaysia


Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurangupaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak kanak buta.

Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan PendidikanKhas 1. Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailandyang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. 2. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid murid yang kurang upaya. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan PendidikanKhas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanakkanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak kanak

kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehinggamereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan: (a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan muridyang menerima pendidikan khas; (b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; (c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagipendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan (d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagimaksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khasyang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendahatau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. .Jabatan Pendidikan Khas Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang KetuaPenolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan in

imenjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf JabatanPendidikan Khas ialah untuk: Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit: (a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar - Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas. (b) Bahagian Pengurusan Sekolah Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum. (c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat disamping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille). (d) Unit Pengurusan Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik. Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempohpelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatanberbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengarandan 5% bermasalah penglihatan. Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha KementerianPendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagaibagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yangterlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun, berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapatmembandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di Malaysia. Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintahmerupakan penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Amerika dan di Britain. Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telahmemasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya akibat daripada kelulusan undang undang terkenal pada tahun 70-an. Pada29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalampersekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak sertamemenuhi keperluan bayi, kanakkanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanakkanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.

Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggilAkta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah: Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanakkanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini. Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak kanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak kanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanakkanak khas hendaklah mengambil kiraciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyaikanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini. Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagisetiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah denganmengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencatmental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka.

Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masingmasing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konseppendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep kolaborasi dalampendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain. Perkembangan Pendidikan Khas di Britian Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. LaporanWarnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnockdijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangancadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanakkanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integerasi atau inklusif diperluaskan. Konsepintegrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.

Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadappendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain. (Read Comments: Comments Off) Tips Mudah Menangani Murid Kurang Tumpuan / ADHD riamarteen2010 on January 27th, 2012. Under ADHD/ADD, AUTISMA, Catatan Rasa untuk Rekod, Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Tingkah Laku, Prasekolah Pendidikan Khas Tahun ini Teacha ada dua puteri yang cantik Satu Leesa yang didiagnostik ADHD dan satu lagi Veee yang didiagnostik Autisma. Siapa yang diagnostik mereka ni? Bukan Teacha tau, bukan juga guru guru yang lain guru bukan pengamal perubatan mahupun orang yang layak mengesahkan seseorang murid itu Autisma / ADHD / Slow Learner dan seumpamanya Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik berlaku ke atas guru, usah sesekali berani melabelkan atau mengesahkan sendiri anak murid kita itu Autisma/ADHD/ dan seumpamnya. guru hanya boleh membuat semakan / ujian awal dan doktor / pakar psikiatri yang sahkan. Yeelah, sekarang ini ibubapa murid semuanya tahap educated., nanti kena saman tau. so jum kita berhati hati ;-) Bagi guru guru khas mungkin kurang sikit risikonya. Cuma untuk guru guru perdana yang kurang pendedahan bolehlah merujuk kepada guru guru khas. Setidak pun kalau tidak guru khas di sekolah anda, anda boleh mencari senarai semak awal yang ada di internet ini. belajarlah. Ingat! Jangan nak label anak orang ;-) Si Cantik Leesa Berbalik kepada Si Cantik Leesa. Sejuk saja mata memandang. Macam mana nak mengendalikan Leesa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran erk Leesa umpamanya, suruh dan menyediakan dia buat kerja mengambil masa 10 minit, tumpuan untuk melaksanakan tugasaannya cuma 5 minit Apapun itu sudah cukup baik. Alhamdulillah.

Membina Sistem Di peringkat persekolahan seorang ADHD agak kucar kacir (disorganized) sifatnya, di mana mereka belum dapat mengurus diri mereka. Seperti menjaga alat tulis mereka sendiri, menyimpan semula buku sendiri ke dalam bag. Sehubungan dengan itu, kerjasama ibubapa dan guru di sekolah amatlah perlu untuk membina satu sistem untuk anak ini. Seperti dalam membezakan buku mata pelajaran mereka dengan

menggunakan kod warna. Kod warna dilekatkan di atas buku ( bagi kes anak yang belum boleh membaca). Begitu juga dengan menjaga harta sendiri. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan guru guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan. Kreatif dan Fleksibel Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD, aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah p&p yang konservatif. Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan jalan Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanyamengapa tidak Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosi. ;-) . Tugasan Manipulatif Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu) ;-) Kontak Mata Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya. Sumber: 1. Pengalaman 2. Internet (Read Comments: Comments Off) Murid Nakal Cikgu Bengang riamarteen2010 on January 27th, 2012. Under ADHD/ADD, Bahan Rujukan, Pendidikan Khas ( Learning Disability), Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Tingkah Laku

Bismillahirahmanirahim. Sedar tidak sedar sudah tahun 2012. Wow sudah tahun ke dua belas untuk tahun 20 an eh adakah 20 an ;-) . hehehe. Seperti kebiasaan, awal tahun adalah proses kritikal sebahagian daripada ibubapa, guru dan juga murid itu sendiri terutamanya mereka yang masih baru dari segi pengalaman.. Umpamanya, ibubapa muda yang baru pertama kali mendaftar anak dan mengurus anak ke sekolah. Guru yang baru pertama kali mengajar di sekolah itu atau mungkin juga baru bertugas sebagai guru dan tidak lupa juga kepada murid. murid prasekolah dan juga mungkin murid tahun satu yang masuk ke pengalaman baru. Yeah, masing-masing ke satu lagi fasa kehidupan yang menjanjikan seribu satu warna yang mendewasakan Awal awal tahun begini perkara biasa yang dihadapi oleh guru ialah ekspetasi kepada kemahiran dan perkembangan sedia ada murid. Setiap murid terutama murid murid tahun prasekolah dan tahun satu seharusnya sama dari segi perkembangan mereka samada dari segi perkembangan emosi mahupun akademik. Maksudnya, kebersediaan mereka untuk ke sekolah sudah ada di setiap individu murid. Dan kebersediaan ini merangkumi kecepatan mereka mempelajari kemahiran pengurusan emosi, pengurusan diri dan apa jua yang guru ajarkan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sama bagi semua individu. Dua minggu persekolahan adalah terlalu awal dalam menilai perkembangan murid terutamanya bilamana kebanyakkan murid yang datangnya daripada latar belakang kampung dan tidak pernah pun bersekolah sebelum ini atau belajar itu bukan budaya di rumahnya. Latar belakang adik beradik juga bukan satu lesen bagi kita untuk cepat memberi kesimpulan awal bahawa satu-satu murid yg baru bertatih ke sekolah itu juga mewarisi kelembapan atau kurang tumpuan saudaranya dalam belajar. Bagilah peluang untuk diri sendiri mempelajari sifat dan sikap anak itu dalam menilai potensi perkembangannya. Jika tempoh, usaha dan proses sudah disepakati barulah buat kesimpulan.. ;-) Setelah itu barulah kita usahakan untuk membantunya mengikut keperluannya. Keterlibatan dan Pemakluman. Perkara terawal yang boleh diambil ialah ibubapa harus dimaklumkan apa yang sedang berlaku terhadap anak mereka di kelas. Komunikasi yang baik diantara ibubapa dengan guru adalah penting agar perkara sebenar sampai maksudnya. Bagaimanapun, sebelum itu perlu ada rujukan dengan guru guru yang pernah yang mengajar anak murid tersebut ( jika ada ) berhubung dengan sejarah prestasi akademik mahupun bukan akademik murid itu. Ini perlu bagi menunjukkan guru ada fakta dalam memahamkan ibubapa.

Mintalah Bantuan. Jangan malu untuk minta bantuan daripada rakan sejawat terutamanya guru guru pendidikan khas yang ada di sekolah atau pun di sekolah sebelah. Minta mereka membuat pemerhatian terhadap murid itu samaada jangkaan kita betul atau tidak. Pada biasanya seorang guru pendidikan khas integrasi mudah untuk mengenal pasti murid khas pada pandangan pertama. Bagaimanapun tahap Learning disability murid itu perlu diambil kira juga dalam membuat keputusan bahawa anak murid itu boleh terus di kelas perdana atau ke kelas khas. Selain itu, guru juga boleh meminta bantuan daripada pakar psikiatri mahupu pengamal perubatan lainnya. Namun dalam konteks sekolah integrasi, perkara ini boleh dilakukan dengan kerjasama guru pendidikan khas yang ditugaskan. Internet juga antara sumber maklumat yang mudah bagi kita dalam mencari bantuan. Selain daripada membantu dalam persoalan kita maklumat dalam internet yang berkaitan boleh menambah ilmu pengetahuan kita mengenai anak anak khas ini. Ilmu adalah penting untuk kita lebih bersedia dan juga sebagai langkah awal yang boleh kita lakukan sebelum meminta bantuan lainnya.

Bersabarlah, Belas kasihanlah dan Fahamilah Tiga ungkapan yang bukan mudah untuk dilakukan oleh semua orang dalam satu satu situasi apalagi dalam kita menangani seorang murid yang hyperaktif. Bagaimanapun itulah perkara yang perlu kita lakukan dalam tempoh urusan mengenalpasti dan juga penempatan muri ini. Bersabarlah Bersabarlah dengan karenahnya. Kalau dia lari keluar dari kelas maka kejarlah dia. Terpaksalah mengorbankan yang lain tinggal dalam kelas buat sementara waktu. Kalau dia tidak mendengar kata, bersabarlah bukan dia tidak mendengar kata, sebaliknya boleh jadi dia tidak memahami kata kita. Belas Kasihanlah Kasihanlah dia dan jangan marahkan dia semena menanya. Dia pun tidak tahu yang dia itu ada ADHD. Kalau kita marahkan dia dan dia tiada respon maka kita sendiri yang naik tekanan.. ;-) Fahamilah Fahamilah keperluannya dan limitasinya. Tidak mendengar kata kita bukan bermakna dia tidak akan mengikuti semua kata kita. Dia akan ikut kata kita namun dalam tempoh yang singkat memandangkan limitasinya dalam tumpuannya. Bukan dia malas itulah limitasinya Berdamailah dengan dia bukan membuat provokasi.

Bina Peraturan Yang Konsisten Samada murid perdana mahupun murid khas guru perlu menyediakan peraturan dalam membentuk disiplin murid. Bagi murid khas terutamanya murid ADHD yang kita ketahui lebih kepada masalah tingkah laku, peraturan yang jelas dan konsistensi adalah perlu. Mereka memerlukan jadual berstruktur untuk memperingati perkara yang mereka perlu lakukan dan patuhi setiap hari. Tetapkan matlamat yang mudah untuk dicapai dan laksanakan secara konsisten. Usah biasakan memberi ganjaran berbentuk fizikal seperti hadiah pen. Usahakan ganjaran seperti duduk di kerusi guru (menunjukkan kita caring padahal kita nak kawal dia.. ;-) ), membaca / membelek buku kegemarannya atau menggunakan komputer untuk pembelajaran. Mudahkan dia mencapai matlamat dan Raikan kejayaanya. Fitrah manusia sangat bahagia bila mencapai matlamat dan juga kejayaan. Begitu juga muridmurid khas ini. Bagaimana mereka mencapai kejayaan? Mencapai matlamat dan meraikan kejayaan ? Kita permudahkan dia mencapai matlamatnya dengan memudahkan targetnya. Jika murid perdana kita selalu ingatkan A adalah pencapaian terbaik, bagi murid khas kita ingatkan bahawa C adalah pencapaian. Bukan merendahkan mereka, kita harus praktikal dan realiti dalam menetapkan matlamat untuk mereka seupaya dengan limitasi mereka. Apabila matlamatnya tercapai, jangan lupa meraihkannya. Self esteem mereka mula meningkat. Berikan peransang kepada murid ini dengan memberi peluang kepada mereka untuk merasakan dan meraihkan kejayaan. Dengan itu, InsyaAllah akan mudah untuk goal seterusnya. riamarteen2010 on February 10th, 2012. Under ADHD/ADD, AUTISMA, Kertas Kerja, Pendidikan Khas ( Learning Disability), Pengajaran dan Pembelajaran

KERTAS KERJA JOM TERAPI TERAPI BERKUDA

ANJURAN:

UNIT KOKUM PPKI SKBP 2012

PADA:

TEMPAT:

1.0

PENDAHULUAN

Murid Pendidikan Khas Intergrasi terdiri daripada murid yang mengalami beberapa ketidak upayaan dari segi emosi, mental dan fizikal. Ketidak upayaan mereka merupakan limitasi mereka dalam perlaksanaan pembelajaran dan tidak menjalakan pembelajaran seperti mana murid perdana. Oleh yang demikian, kurikulum pendidikan khas adalah fleksibel yang membolehkan guru guru pendidikan khas mengubahsuai perlaksanaan aktviti penngajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Pengubahsuain ini perlu bagi memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid PPKI. Program Terapi ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid murid PPKI yang mana murid murid khas ini didedahkan dengan dunia luar dan pengalaman menunggang kuda. Dengan itu, murid murid PPKI lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah. Tambahan pula, terapi berkuda dapat membantu menambahbaik pergerakkan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi membantu menambah kemahiran kehidupan seharian.

Adalah besar harapan agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini. 2.0 OBJEKTIF

Program Terapi berkuda mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut: Menanam sifat yakin diri dan keberanian. Disiplin dan membentuk imej. Pendedahan kepada kehidupan luar. Boleh berinteraksi dengan masyarakat luar. Tanam sikap tanggungjawab dan menghormati. Membantu membentuk pergerakkan dan kekuatan anggota. 3.0 RASIONAL

Perlaksanaan program ini memberi peluang kepada murid murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat secara lansung haiwan kuda dan melakukan aktiviti terapi berkuda. Sehubungan dengan itu, ia dapat membantu dalam menimbulkan minat belajar sekaligus mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dan bermakna dikalangan murid murid PPKI. Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid murid khas ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi kebaikan murid murid PPKI dan juga pihak SK Bukit amnya.

4.0

KUMPULAN SASARAN

1. Murid Pendidikan Khas Integrasi yang terdiri daripada :Seramai 26 orang murid ( dua orang murid Prasekolah PPKI ) Seramai 10 orang guru Seramai 5 orang pembantu pengurusan murid 5.0 Tempat Tarikh TARIKH DAN TEMPAT : :

6.0 ANJURAN

Unit Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi SK Bukit. 7.0 8.0 9.0 10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN Rujuk lampiran A ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk lampiran B SENARAI PESERTA Rujuk lampiran C JADUAL AKTIVITI Rujuk lampiran D

11.0

PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah kepada warga Pendidikan Khas Integrasi SKBP dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya. Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai