Anda di halaman 1dari 5

Buat Baik DiBalas Baik

Seorang wanita miskin dan anaknya kelaparan. Mereka hanya ada


sekeping roti untuk dimakan. Tiba-tiba, mereka ternampak seorang angsa
yang sangat cantik. Suara angsa itu sangat bising. Angangangang
ang. .Angsa itu juga kelaparan.
Wanita itu memberi sedikit roti kepada angsa itu. Setelah kenyang,
angsa itu mengibas-ngibaskan kepaknya. Tiba-tiba, jatuh sehelai bulu angsa
berwarna emas.
Wanita dan anaknya itu berasa sangat terkejut. Keesokkan harinya,
wanita itu membawa bulu angsa berwarna emas itu ke kedai untuk dijual.
Wanita itu membeli lebih banyak roti untuk diberikan kepada anaknya
dan angsa ajaib itu. Semakin banyak angsa itu makan, semakin banyak bulu
emas. Mereka berasa sangat gembira.
Kehidupan mereka telah banyak berubah. Kini, mereka menjadi kayaraya. Mereka ada sebuah rumah yang besar dan cantik. Walaupun mereka
sudah kaya, mereka tidak pernah sombong. Mereka selalu membantu orangorang miskin dan member makanan percuma kepada mereka. Angsa ajaib
itu juga dijaga dengan baik.

Seekor anjir liar bernama Roni bertindak berani mencuri sepotong


daging dari sebuah pasar. Peniaga daging sangat marah lalu mengejarnya
sambil memegang sebilah pisau pemotong daging. Namun, Roni berlari
terlalu pantas.
Roni melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai. Ketika Roni
menjenguk ke dalam sungai, dia terkejut kerana ternampak seekor anjing
lain sedang menggonggong sepotong daging yang lebih besar. Roni tidak
tahu bahawa itu ialah bayangannya sendiri.
Tanpa berfikir panjang, Roni terus menerkam ke arah bayangbayangnya. Malang sungguh nasibnya, daging di mulutnya terlepas dan
tenggelam ke dalam sungai. Roni terkapai-kapai dan segera berenang ke tepi
sungai.
Roni baru menyedari kebodohannya. Namun, dia sudah kehilangan
dagingnya dan terpaksa pulang kelaparan.

Sang Semut sedang bersiar-siar di dalam hutan. Sang Burung pula


sedang berehat di atas dahan pokok yang rendang. Tiba-tiba, datang
seorang pemburu. Pemburu itu sedang mengacukan senapang ke arah Sang
Burung.
Sang Semut terus menggigit kaki pemburu itu. Pemburu mengaduh
kesakitan dan tembakannya tersasar. Pengggggggg.. Bunyi tembakan
itu telah mengejutkan Sang Burung. Sang Burung segera terbang.
Pada suatu hari, Sang Semut berjalan di tepi sebatang sungai. Tidak
semena-mena, dia terjatuh ke dalam sungai. Dalam masa yang sama, Sang
burung melalui kawasan itu. Sang Burung segera membantu menyelamatkan
Sang Semut. Sang Burung menjatuhkan sehelai daun.
Akhirnya, Sang Semut Berjaya naik ke atas daun dan terselamat
daripada lemas. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang burung
bersahabat baik.

Musim kemarau telah tiba. Air sungai menjadi kering. Seekor gagak
yang kehausan terbang mencari air.
Tiba-tiba, gagak terjumpa botol kaca yang berisi air. Gagak cuba
memasukkan paruhnya tetapi dia tidak dapat meminum air di dalam botol
itu.
Gagak berfikir. Dia mendapat idea. Jika aku masukkan batu-batu kecil
ke dalam botol itu, tentu air akan penuh, fikir gagak.
Tanpa berlengah, gagak terus memasukkan batu-batu kecil ke dalam
botol itu. Semakin lama, air di dalam botol semakin meninggi.
Akhirnya, air di dalam botol itu penuh. Gagak minum air itu sepuasnya.

Kapak besi
Pada suatu hari, Pak Tua ke hutan. Dia membawa sebilah kapak besi
yang sudah buruk. Semasa berjalan di tebing sebatang sungai, kapak
besinya terjatuh. Pak Tua berasa amat sedih.
Si pari-pari yang melihat kejadian itu berasa kasihan lalu terjun
menyelam mencari kapak besi Pak Tua.
Si Pari- pari timbul dengan membawa sebilah kapak emas. Kapak emas
itu di beri kepada Pak Tua. Pak Tua enggan menerimanya kerana kapak emas
itu bukan kepunyaan.
Si Pari-pari terjun ke sungai semula. Dia membawa naik kapak perak
dan kapak gangsa. Namun, Pak tua enggan menerimanya dan memberitahu
kapak-kapak itu bukan kepunyaannya.
Terjunlah kembali Si Pari-pari. Dia timbul dengan membawa kapak besi.
Pak Tua berasa gembira apabila terpandang kapak besinya itu.
Sebagai balasan kejujuran Pak Tua, Si Pari-pari menghadiahkan kapak
emas, perak dang gangsa kepada Pak Tua sambil berpantun:
Daun palas daun keranji,
Di tepi jalan dimakan rusa,
Jujur ikhlas sikap terpuji,
Jadikan amalan setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai