Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Melayu Tahun 6 12/11/2021

Lengkapkan karangan “Aku Sebuah Komputer Riba”.Isi tempat kosong dengan jawapan
yang betul, kemudian salin di dalam buku karangan.
Aku Sebuah Komputer Riba

Aku sebuah computer riba. Aku diberi nama “Samsung”. Aku diperbuat daripada plastik,
besi dan keluli yang berkualiti. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar di Kuala Lumpur.

Setelah siap dihasilkan, aku dimasukkan di dalam sebuah kotak yang besar . Aku
telah dihantar ke sebuah kedai komputer di Batu Pahat. Aku dipamerkan di sebuah rak
kaca yang cantik oleh tuan kedai itu. Aku berharga RM2899.00. aku dapat berkenalan
dengan banyak kawan di sana seperti Asus, Sony dan Lenovo.

Pada suatu hari, seorang lelaki masuk ke kedai untuk membeli komputer riba. Setelah
dia mencuba aka dan kawan-kawan aku, akhirnya lelaki itu membeli aku kerana kualiti
aku baik dan harga juga berpatutan. Selepas dia membayar harga aku di kaunter, dia
membawa aku pulang ke rumahnya.

Tuan aku bernama Yi Heng. Tuan aku seorang yang baik hati dan penyayang. Tuan
aku sangat menyayangi aku dan enjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu,
aku berasa selesa, gembira dan bertuah berada di situ.

Setiap hari, tuan aku mengunakan aku untuk membuat tugasan sekolah,
menghantar e-mel, melayari Internet untuk mencari maklumat penting dan lain-lain. Pada
masa lapang, tuan aku menggunakan aku untuk mendengar muzik dan menonton wayang.

Aku berasa bangga kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Aku berjanji
akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada tuan aku selagi diperlukan.

sebuah kilang 一间工厂 diperbuat 由...做的 dipamerkan 被展示 berkenalan 认识


dihantar 被送去 cantik 美丽 berpatutan 合理的 kerana 因为 baik hati 好心
membayar 支付 melayari 游览 bagai menatang minyak yang penuh 全心全意
bangga 骄傲 berjanji 答应 mendengar 聆听 tugasan 课业 menonton
观看 dihasilkan 被制作 besar 大 menyayangi 疼爱

Anda mungkin juga menyukai