Anda di halaman 1dari 2

Rumah merupakan tempat perlindungan bagi

semua orang. Walau bagaimanapun, rumah juga


boleh menjadi tempat yang paling berbahaya jika
tidak berhati-hati. Hal ini adalah kerana banyak
kelengkapan rumah yang boleh mendatangkan
bahaya kepada seluruh isi rumah.

Sebagai langkah untuk menjaga keselamatan di


rumah, kita mestilah menutup semula semua suis
selepas menggunakan peralatan elektrik bagi
mengelakkan kemalangan jiwa akibat daripada
renjatan elektrik.Plug-plug perlu diletakkan di
tempat tinggi bagi mengelakkan anak-anak kecil
bermain dengan plug tersebut.
kita mestilahmenyimpan segala peralatan yang
tajam di tempat yang selamat. Peralatan tajam
seperti pisau, gunting, paku dan jarum hendaklah
disimpan ditempat khas selepas digunakan. Kanak-
kanak berkemungkinan menjadikan alatan tersebut
sebagai permainan yang boleh mengakibatkan
kecederaan.
Bahan berbahaya seperti semburan serangga dan
racun rumpai perlu diurus dengan baik. Tempat
simpanan khas perlu disediakan agar tidak terdedah
dan mudah dicapai oleh kanak-kanak. Kegagalan
menguruskan bahan beracun dengan baik boleh
meragut nyawa. Semua jenis ubat harus disimpan di
dalam almari berkunci atau tempat yang tinggi dan selamat.
Ubat yang beraneka warna akan menarik perhatian anak
sehingga ia menyangkakannya gula-gula.

Seterusnya, jika terdapat tangga yang tinggi, kita


bolehlah memasang lapisan antigelincir atau selusur
tangan. Hal ini supaya penghuni rumah tidak mudah
terjatuh dan tercedera. Kecederaan yang serius
seperti patah boleh terjadi jika terjatuh dari aras
tinggi.
Keselamatan perlu dipertingkatkan walau di
mana-mana kita berada waima di rumah sekalipun.
Jika kita berhati-hati kemalangan dapat dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai