Anda di halaman 1dari 3

MALANG SI BELUNCAS.

Yang terlena sedar sedarkan, Yang sedar dengar dengarkan, Yang dengar , tolonglah
fikirkan. Kisah bakal dibawa berjudul Malang Si Beluncas.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera para hadirin


yang dirahmati dikasihi.

Malu aku memperkenalkan diriku ini. Aku dilahirkan sebagai Si Beluncas yang
hodoh.

Semua yang terserempak denganku akan meremang bulu tengkuk. Bukan salah
mereka, tetapi keadaanku yang amat mengerikan pandangan mereka. Segmen tubuhku dan
ditambah pula dengan bulu-bulu yang bercerucuk amat menggelikan mereka.

Gerak -geriku amat ditakuti oleh kanak- kanak.Mereka akan berteriak dan menjerit,
“Mak,geli adik melihat beluncas itu!”

Setelah menetas dari telurku ,aku merayau rayau dari daunan ke daunan yang lain.
Hidupku hanya memakan beberapa jenis pucuk daun.

Aku sudah tidak larat untuk mempedulikan apa yang orang lain hendak katakan.
Biarlah mereka mengherdik dan menghina aku.Aku akan bersabar.

Aku menumpang alam maya ini, sambal mencari rezeki yang halal. Aku pun berhak
hidup seperti makhluk-makhluk yang lain juga.

Kadang -kadang aku berdoa agar dapat bersembunyi daripada pandangan orang
.Tetapi itu tidak mungkin kerana aku bukan makhluk halimunan. Aku harus mengambil jalan
hidupku sendiri.

Suatu hari nanti, mereka akan sedar betapa terseksanya hidup dipandang hina
sepanjang hari. Namun aku sedar, siapa yang sudi memahami keadaan ini.
“Oh ,malang sungguh nasibku, beluncas yang hina!” aku terpaksa mengeluh
sendirian.

Pada suatu hari, aku terkejut kerana gerak-geriku terhenti. Seolah-olah seluruh
sendiku terpaku dan tidak bermaya.

“Mungkinkah ajalku sudah tiba?” fikirku sendiri.

Aku berasa diriku tiba-tiba berubah . Perubahan diriku amat ketara . Beberapa ketika
, aku terkurung didalam sebuah kepompong. Jahitan benang mengikat tubuhku.

“Oh, Tuhan telah memakbulkan doaku agar aku terlepas daripada pandangan orang!
Hilanglah segala penghinaan itu,” fikirku dalam keadaan bercelaru, walaupun aku belum lagi
mati.

Berapa lama lagikah aku terpaksa dikurung dan diikat sebegini? Aku menjadi
bingung tidak menentu. Namun, aku akan bersabar kerana aku sentiasa dapat bersabar,
walaupun dihina selama ini.

Masa terus berlalu .Aku hanya dapat bersabar dengan ketentuan takdir ini. Apakah
yang dapat aku lakukan selain daripada menanti? Menanti apa yang akan terjadi padaku.

Sabar ialah senjata yang amat aku yakini .Selama -lamanya pun aku hanya bersabar
. Kalau tidak kerana kesabaran , sudah lama aku tidak tahan apa terjadi.

Pada suatu pagi, matahari kembali menyinari alam . Flora disekelilingku kelihatan
indah. Buat pertama kali, aku dapat menyaksikan ini.
“Eh, eh… aku dapat melihat alam semula !” jeritku secara spontan.

Aku terkejut, terpacak di kiri dan kananku sepasang sayap yang berwarna - warni .

Akukah ini ? Aku sedang bermimpi di dalam kepompongkah?

2
Aku kuak-kuak sayap-sayap itu.Tiba -tiba aku sudah berterbangan. Aku mengawal
diriku dan meluncur di awangan. Alangkah bahagianya diriku.

Setelah beberapa seketika , aku yakini aku bukan lagi bermimpi.

Kuakan sayapku amat mempesonakan. Namun , aku sedari siapa asalku. Aku masih
ingat penghinaan yang dilemparkan kepadaku.

“Ibu, lihat rama-rama itu. Oh ,cantiknya!” pekik seorang kanak-kanak sambil


menunding jarinya ke arahku. Baharu aku mengerti. Aku sudah berubah nasib.

Kini aku bergelar seekor rama-rama. Pujaan unggas dan mergastua di alam maya
ini. Aku layak mendampingi pelbagai bunga. Itulah dunia baharu aku.

Berkat kesabaran dan sanggup menghadapi pelbagai kehinaan , akhirnya aku


dianugerahkan sebuah kehidupan baru. Segala ketentuan di alam ini perlu dihadapi dan
hasilnya amat mengagumkan.

Aku selalu mengingatkan diriku agar jangan mudah lupa daratan. Mengenali asal
usulku daripada seekor beluncas yang hina dan hodoh , kini menjadi rama -rama pujaan flora
dan fauna yang lain.

Di sini, aku ingin berpesan kepada semua rakan dan taulan agar jangan menganggap
hidup ini sebagai pentas untuk menyombong diri. Jangan memandang hina kepada orang
lain. Hari ini mungkin kita dihina, esok pula mungkin kita dipuja . Begitulah putaran hidup.
Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai