Anda di halaman 1dari 6

Aku Seekor Helang

 PreviousNext 

Gunung Keriang – itulah nama tempat lahirku. Sejak aku mampu terbang
sendiri di awan, aku gemar terbang tinggi di awan. Melihat pohonan kayu
menjadi kecil dan terus sayup saujana mataku memandang adalah
sesuatu yang menyeronokan.

Meskipun terbang tinggi menjadi kebanggaanku, aku masih tidak mampu


menewaskan seekor burung gergasi yang akan terbang jauh tinggi dariku
dan lebih pantas meluncur di udara. Aku kehairanan hingga pada suatu
hari aku nekad untuk mengenal siapakah jaguh yang sering menewaskan
aku.

Pagi yang indah itu bermula dengan langit yang cerah dan membiru. Ton
merah matahari menghilang, perutku sudah ku padatkan dengan ikan
haruan dari bendang berhampiran. Aku perlu tenaga untuk mengejar
lawanku untuk aku berkenalan dengannya.

Aku menunggu di hujung dahan tertinggi di puncak Gunung Keriang. Mata


memerhati ke arah sinar matahari menyinar bumi kerana selalunya ia
datang dari arah itu. Penantianku tidak lama, bunyi bising berderum itu
amat aku kenali. ‘Dia datang!’

Bingkas aku bangun dan menyebarkan sayapku. ‘Biar dia lihat kecantikan
kepakku, Meskipun aku tahu, aku akan tewas tetapi aku punya sayap yang
baik, lembut dan bertenaga.

Ia terbang semakin rendah. Aku melompat ke ruang angkasa lalu


mengibas sayapku sekuat termampu. Aku menghulurkan kakiku ke
belakang agar aku dapat melawan arus rintangan udara.
Aerodinamik badanku membantu aku terbang pantas. Tetapi aku merasa
sakit dengan deruman lawanku – bising.

Aku dapat melihat bentuk wajahnya. Panjang, bersayap seperti aku. Tetapi
sayapnya tidak dikibaskan.

Hampir berpuluh kampung aku meluncur di awan. Aku tewas dengan


lawanku. Ia tidak lagi di pandangan mataku.

Aku terus meluncur mencari ia di hadapan. Hinggalah aku hampir tiba di


Bukit Pinang, desa para keluargaku juga, aku nampak kelibat lawanku itu
di sebuah lapangan binaan manusia.

Ia duduk diam di satu padang yang besar dan dihujungnya satu jalur
kawasan yang panjang.

Aku cuba menghampirinya. Sarafku merasa perit tetapi aku terus


pertahankan nekadku.

Aku hinggap di atasnya. Kerasnya badannya. Ia masih berderum. Aku


mencari mana datangnya bunyi itu.

Aku lihat bilah-bilah sayap berpusing dalam satu lohong. Di situlah


keluarnya bunyi yang bising itu.

Tiba-tiba aku nampak manusia keluar dari badannya. Barulah aku sedar,
lawanku bukanlah makhluk seperti aku. Ia hanya ciptaan manusia.

Ciri-cirinya sama seperti aku. Agaknya manusia meniru dari ciptaan pada
diriku.
Aku hinggap di sebuah cermin yang besar. Di situ, aku dapat lihat
sepasang manusia yang seakan bekerja ditugaskan menggerakan lawanku
ini.

Keperitan saraf membuat aku tidak tahan lagi lalu aku terbang
meninggalkan kenderaan manusia itu.

Sejak hari itu, aku tidak lagi memanggilnya lawanku.

Ia hanyalah impian manusia yang mahu terbang sepertiku, tetapi


penciptaan aku lebih hebat kerana aku tidak perlu peralatan untuk aku
terbang tinggi.

Namun begitu, manusia punya akal yang juga diberikan Allah swt untuk
berfikir dan mencapai impian mereka.

Aku bersyukur kerana aku adalah ciptaan Allah dan bahagia hidup di
pergunungan yang indah.

Aku berharap, meskipun manusia telah menewaskan aku di angkasa


dengan kapal terbang ciptaan mereka, aku berharap mereka juga
bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran yang menjadikan manusia itu
ciptaan Allah yang sempurna sebagai khalifah di alam ini.

Aku berharap mereka menjadi khalifah yang menjaga keharmonian


makhluk seperti aku yang hidup di habitat indah seperti Gunung Keriang.
Itulah amanah dari Illahi.
Kisah Seekor Harimau Beriman

Jam menunjukkan sudah pukul 1.10 petang. Harini hari Jumaat.Termenung dan terfikir
Zarif,”Nak pergi sembahyang atau nak ponteng,nak pergi sembahyang atau nak ponteng”

“Hari ini masuk hari ke-3 kalau aku tidak pergi sembahyang”,terfikir Zarif.
“Arghhhhh,Malaslah,minggu depan boleh pergi sembahyang,” Bukannya ada orang
tahu,sekarangkan musim Covid19 ramai orang pakai ‘mask’ pergi sembahyang,” kalau aku
tak pergi pun bukan ada orang tahu.” Ketawa kecil si Zarif dengan alasannya.

Lagi sekali Zarif ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu
ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia terlanggar dengan seekor
HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia
pula tergolek ke arah lain...jatuh ke atas batu dan... KRAKKKK!
Kedua2 kakinya patah...HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh
bergerak lagi..

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat
pada hari Jumaatyang mulia ini... Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku
ini...jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman...tolong la ya Allah!
Aminnn..

PERBUALAN 3 SAHABAT
  17.10.16
Man: Bapak aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapak aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 

Man: Wow ! Bapak kau keje apa?

Ali: Tukang gunting rambut.

Sobri yang dari tadinya    mendengar perbualan rakan2nya tergelak sinis.

Man: Yang kau gelak nape mcm perli kita orang je?

Sobri: Ye la, korang sibuk nak up kan bapak masing2 sebab tu aku gelak!

Ali: Eleh! Bapak kau hebat sangat ke?


Sobri: Hebat giler beb. Lagi hebat dari bapak korang berdua.  Bapak aku tak buat apa2 pun, tapi orang confirm
ikut dia. Bukan setakat tunduk je. Berdiri, melutut, duduk. Semua orang ikut dia.

Man: Pergh ! Hebat giler. Apsal power sangt bapak ko smpai semua orang ikut dia?

Sobri: Ye lah.. bapak aku kan IMAM, kalau tak nak ikut, baik sembahyang sorang2.

ROBOT MASA HADAPAN

Hari hariku

1.Bangun tidur

2.

Anda mungkin juga menyukai