Anda di halaman 1dari 12

Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan


masuk ke dalam buih Nescafe tarik
aku.
Menggelupur buat seketika sebelum
terus senyap. Tak bergerak. Mungkin
sudah
berakhirnya kehidupan seekor lalat.
'Kakkk...masuk lalat lah, tolong
buat yang lain ya...' kata aku
'Maaflah dik, kakak buat yang lain
ya.' Kata kakak itu.
...dan aku meneruskan kehidupan
seperti biasa.

***********************************
*******************************

Nama aku Mat. Nama betul aku tak


payahlah korang tahu, cukuplah
kalian
mengenali aku sebagai Mat sahaja
sepertimana kebanyakan rakyat
Malaysia
ini. Biasalah kan, korang pun
selalu dengar 'mamat tu kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan
kereta aku, dah lah tak bagi
signal...' atau 'hari tu tayar
kereta aku pancit tepi highway,
nasib
baik
ada Mamat sorang tu berhenti
tolong, kalau tidak tak tahulah
aku...' atau ' Ngko ingat
aku tak kenal mamat tu hah? Kalau
aku nampak ngko dengan dia lagi, aku
bagi
kat situ jugak..'. Nama Mamat dah
menjadi sinonim dengan kehidupan
kalian
sehari-hari.
Aku ? Aku adalah seekor lalat dari
spesis Musca Domestica atau Lalat
Rumah
dari keluarga Diptera iaitu
serangga yang mempunyai dua sayap.
Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang
berterbangan di seluruh dunia. Aku
berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku
sudah menjadi dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam
masa 2 hari, sekolah menengah dalam
masa 2
hari dan melanjutkan pelajaran
peringkat ijazah dalam masa 3 hari.
Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan
Ijazah Sarjana Muda Makanan dan
Sampah Sarap.
Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,
cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah
sahaja.
Malam tadi, semasa aku berterbangan
mencari sesedut makanan, aku
singgah
sebentar di lorong belakang sebuah
bangunan. Aku nampak seorang
perempuan yang cantik. Bergaya dan
seksi sekali. Aku singgah sebentar
di
atas bahunya

sebab aku nak survey kalau ada


sisa-sisa makanan yang ada sekitar
kawasan
itu. Malangnya aku dihalau dengan
libasan tangannya sambil mulutnya
memaki
hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!'
kata dia. Aku dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor
binatang. Aku bukan binatang, aku
adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai
pembawa penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,
sekurang-kurangnya aku lebih baik
dari
dia. Seberapa ketika kemudian aku
melihat dia dipimpin oleh seorang
lelaki
masuk ke dalam bilik belakang
bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau
lebih
kotor, lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu
dengan maki hamun di dalam hati. Aku
terbang lagi dan aku mengembara di
atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar
ingin
mencari rezeki dari rezeki yang
kamu buang dan kamu humban di dalam
tong
sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang
Tuhan bagi kepada kamu, kamu
bazirkan
dan
kamu berikan pada aku.Siapa yang
lebih hina? Aku tak pernah sia-
siakan
sisa-sisa rezeki kamu. Kalau
banyak, aku panggil kawan-kawan
aku. Kami
berkenduri di situ. Sekurang-
kurangnya aku menyapu-nyapu
tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti
kebanyakan kalian yang langsung
tidak
membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang
melata lagi. Itulah kerja aku dan
itulah
kehidupan aku. Aku singgah sebentar
di satu tong sampah belakang sebuah
rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku
memberitahu sesuatu. Ada banyak
makanan.
Ada yang masih elok untuk di makan
oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada
sehelai surat khabar. Aku membacanya
sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab
aku mempunyai mata kumpuan yang
mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas
pergerakan.(aku pandai membaca
ketika
usia aku satu hari di sekolah
rendah jenis kebangsaan lalat). Isi
beritanya
memualkan aku. Berita dari
prosiding Mahkamah, berita rogol,
bunuh,
culik,
rasuah dan sebagainya. Selera makan
aku terpadam. Dalam
masyarakat aku tak ada berita-
berita itu semua. Apa yang biasa aku
dengar
dalam masyarakat aku

hanya berita kematian lalat yang


ditampar dengan sadisnya oleh
manusia,
kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian lalat
akibat sakit tua atau kematian
lalat akibat terkena renjatan
elektrik
pada
perangkap ultra violet. Berita-
berita yang memualkan itu
menyebabkan aku segera meninggalkan
tempat
itu. Aku sudah tiada selera untuk
makan. Kalian memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku,
masyarakat kalian lebih hina
sebenarnya.
Sambil terbang, aku terfikir.
Kenapa aku dituduh dengan bermacam-
macam
tomahan? Aku tidak pernah berak
atas badan kalian tapi kenapa
titik-titik
hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan
sebagai tahi aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di
penjuru bibir kalian, itu dikatakan
manis? Kenapa bila kalian
pening-pening dikatakan sebagai
pening-pening aku? Kenapa aku
dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau
mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi
aku dan
kitaran hidup aku pada bangkai itu
menjadi maklumat penting kepada
Pathologist untuk menganggarkan
usia kematian kalian. Kenapa ada
juga
perumpamaan 'lalat terbang
dipipiskan lada' ?. Eh, itu burung,
ngko jangan
nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia
dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku
pada mata kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi
seperti burung. Terbang tinggi
menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur
dengan anugerah Tuhan. Dengan
sayap-sayap
ini
aku belajar erti kehidupan kalian.
Walau aku cuma mampu hidup selama 40
hari dan sekiranya aku melangkaui
40 hari kemungkinan aku mampu hidup
sehingga ke 100 hari. Itu hakikat
kehidupan aku yang mungkin kalian
tidak
tahu. Aku hanya mampu berdoa agar
aku mampu hidup sehingga 100 hari
dan
aku
cuba menghindari kawasan-kawasan
berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian
yang
mencari mati di atas jalan-jalan
raya dengan motosikal-motosikal dan
kereta-kereta turbo bagaikan
pelesit. Peliknya, aku masih
dipandang hina dan
bodoh.
Matahari semakin tinggi dan cuaca
menjadi semakin panas. Aku perlu
mencari
tempat yang nyaman untuk aku
tenangkan fikiran. Bukan tempat yang
terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat
sebegitu, aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya
akan sedar sekiranya aku dipanaskan
balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa
sebuah tempat yang berhawa dingin,
sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk
dengan menumpang seseorang yang
membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria
sebab tubuhku menjadi sedikit dingin
terkena hembusan pendingin hawa.
Aku terpandang sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang
mangadapnya dengan penuh
konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya.
Dia tidak menyedarinya. Terlalu
asyik
dia. Aku cuba membaca apa yang
terpapar pada skrin komputer. 'Ah !,
sebuah
Blog dengan nama Life Is A
Fairytale...terdapat sebuah catatan
tentang
seekor lalat, apa ke jadahnya dia
membaca cerita pasal lalat? Tak ada
kerja ke dia
? Boss dia tahu atau tidak yang dia
sedang berpura-pura berkerja? Apa
dia
tak sedar yang majikannya membayar
gaji dia untuk membuat kerja dan
bukannya
membaca sebuah cerita tentang entah
apa-apa..' bisik hati kecil aku.
Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia
yang masih lagi membaca catatan
tentang
seekor lalat. Mungkin dia ingin
tahu tentang ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor
lalat?. Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor,
jijik dan hodoh.

***********************************
**********************************

Epilog.
Lalat itu meninggal di dalam buih-
buih air Nescafe tarik aku pada
usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap
terbitnya fajar ke 100 harinya.
Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup
sehingga 100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan
dengan daya fikirnya yang tinggi,
dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-
lalat seluruh dunia dan menyerang
manusia.
He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80
peratus manusia yang membaca cerita
ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan
mencari kot-kot ada lalat....)

Anda mungkin juga menyukai