Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti Mengenal Abjad, Mengeja Suku Kata dan Membaca Ayat

Tajuk: Menyebut nama abjad a hingga z; mengenal huruf besar dan huruf kecil Kemahiran: Mengenal nama abjad Masa: 5 minit Bahan: Kad manila, kertas putih, gunting dan gam. Aktiviti: Berkumpulan Persediaan bahan: (i) Kad manila dipotong menjadi bentuk bunga tulip (ii) Abjad-abjad huruf besar dan huruf kecil yang telah ditaip dicetak atas kertas putih. (iii) Potong abjad-abjad yang telah dicetak mengikut saiz yang sesuai dengan kad manila berbentuk bunga tulip. (iv) Lekatkan abjad-abjad yang telah dipotong tadi pada kad manila tersebut. Prosedur: (i) Guru memberikan setiap satu kad manila kepada semua murid. (ii) Guru menyuruh murid berdiri sambil memegang kad tersebut mengikut urutan huruf yang betul. (iii) Murid perlu menyebut huruf sambil mengangkat kad huruf yang betul.

Aktiviti Menyebut Suku Kata

Tajuk: Menyebut dan mengenal suku kata V dan KV Kemahiran: Menyebut Masa: 3 minit Bahan: sekeping kotak, kertas warna, gunting dan gam. Aktiviti: Berkumpulan Persediaan bahan: (i) kotak digunting dan dibentuk menjadi bentuk kiub. 3 kotak kiub diperlukan. (ii) suku kata V dan KV pula dicetak pada kertas warna mengikut saiz yang sesuai. (iii) Suku kata yang telah dicetak digunting mengikut bentuk segi empat sama pada kotak berbentuk kiub. (iv) Suku kata yang telah digunting ditampal pada setiap permukaan kiub yang telah dibuat. Prosedur: (i) Guru mengarahkan seorang murid membaling dadu suku kata V dan KV. (ii) Murid menyebut suku kata yang tertera pada bahagian dadu yang kelihatan. (iii) Seterusnya guru memanggil murid yang lain, murid tersebut diarahkan membaling kedua-dua dadu suku kata V dan KV. (iv) Murid tersebut menyebut perkataan hasil dari cantuman kedua-dua suku kata yang terdapat pada dadu yang dibaling. (v) Guru menyuruh beberapa murid melakukan langkah (i) hingga (iv)

Aktiviti Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa

Tajuk: Mengeja suku kata, perkataan dan frasa Kemahiran: Mengeja Masa: 5 minit Bahan: cetakan suku kata pada kertas A4, kad bod, gam, gunting Aktiviti: Individu Persediaan bahan: guntingkan cetakan suku kata pada kertas A4 dan tampalkan pada permukaan kad bod yang telah dipotong membentuk segi empat. Prosedur: (i) Guru meletakkan kad-kad suku kata dalam keadaan berselerak. (ii) Guru meminta seorang murid tampil ke hadapan untuk mengeja dan membina perkataan (iii) Murid tersebut mencari dan memilih suku kata yang sesuai untuk membina perkataan/frasa (iv) Murid melekatkan perkataan yang telah dibina pada papan putih. (v) Murid diminta mengeja perkataan/farasa yang telah dibina. (vi) Guru meminta setiap muridnya tampil kehadapan dan mengulangi langkah (i) hingga (v)

Latihan Membaca Ayat

Tajuk: Membaca ayat Kemahiran: Membaca Masa: 4 minit Bahan: Komputer riba Aktiviti: Individu Persediaan bahan: Guru menaip ayat-ayat mudah yang pelbagai pada slaid dan menayangkan pada kelas Prosedur: (i) Guru memaparkan slaid yang mengandungi ayat-ayat mudah (ii) Murid dikehendaki mengeja dan membaca ayat yang terpapar sehingga lancar. (iii) Setiap murid perlu membaca ayat yang dipamerkan sehingga guru berpuas hati.

Anda mungkin juga menyukai