Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

SEJARAH KELAS PEMULIHAN SK TAMBUN

Sekolah Kebangsaan Tambun mula dibuka pada penghujung abad yang ke 18 di pesisir jalan ke Pekan Tanjung Rambutan. Sekolah ini letaknya lebih kurang 8 Kilometer dari bandar Ipoh. Bangunan asal diperbuat daripada kayu. Kini bekas sekolah dan tapak sekolah tersebut telah diambil alih oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk dijadikan kelas Tabika bagi kanak-kanak mengikuti pendidikan awal sekolah. Pada ketika kelas pemulihan khas di sekolah ini masih lagi belum diwujudkan kerana pada ketika itu pihak British memerintah Tanah Melayu dan menumpukan sekolah Melayu kepada matlamat untuk menjadikan anak-anak pribumi sebagai better farmers than their fore father were. Dengan demikian mata pelajaran yang diajarkan bertumpu kepada 3M sahaja. Pada tahun (1943) , Sekolah Kebangsaan Tambun telah berpindah ke di Ulu Kinta / Jajahan Kinta di Lot Nombor 34813 dengan keluasan 3 ekar 02 pol. Pada 1 Januari 1997, Kelas PemulihanKhas telah dibuka di sekolah ini dengan murid seramai 8 orang dan guru seramai 3 orang. Murid-murid pemulihan khas pad ketika itu ditempatkan di kelas biasa selama setahun iaitu pada tahun 2004. Pada tahun 2005, kelas pemulihan di sekolah ini terpaksa berpindah ke bilik seni yang berada di bangunan lama yang sekarang ini dijadikan bilik tayangan. Murid-murid pemulihan berada di dalam kelas ini selalma 2 tahun sehingga tahun 2006. Pada tahun 2007, bermulalah penubuhan kelas pemulihan khas yang tetap apabila kerajaan telah memberikan peruntukan dengan menyediakan kelas dan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap. Kelas pemulihan ini terletak di blok B bersebelahan dengan stor dan bilik pengawas. Bilik pemulihan ini juga dekta dengan tangga. Saiz kelas pemulihan sekolah ini adalah seluas 3 bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan. Selain diberikan peruntukan kelas yang cantik, terdapat pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti mesin pencetak, radio, televisyen, mesin laminate, alamari dan penghawa dingin. Kemudahan asas seperti
1

kipas dan lampu disediakan oleh pihak sekolah. Selain itu, kelas pemulihan khas di sekolah ini juga mendapat peruntukan seperti kad-kad imbasan, cantuman dan kemahiran huruf vokal dan konsonan. Menurut guru pemulihan di sekolah ini, kelas pemulihan khas di sekolah ini juga telah mendapat sumbangan daripada pihak PIBG dengan memberikan sedikit sumbangan keewangan bagi membantu menaik taraf kelas pemulihan di sekolah ini.

BIODATA RINGKAS GURU PEMULIHAN KHAS SK TAMBUN Sekolah Kebangsaan Tambun mempunyai seorang guru pemulihan khas yang rajin dan berdedikasi. Beliau ialah Puan Nor Hasima binti Hashim. Beliau merupakan anak kelahiran negeri Jelapang Padi iaitu Kedah. Beliau berumur 39 tahun. Puan Nor Hasima menerima pendidikan awal di Sekolah

Kebangsaan Tunku Bendahara. Kemudian menyambung pendidikan yang lebih tinggi di Institut Pendidikan Guru di Melaka. Beliau menyambung diploma dalam pendidikan muzik. Setelah tamat kursus diploma perguruan di Melaka, beliau telah ditempatkan di SK Tunku Bendahara di Alor Setar Kedah pada tahun 1995 hingga 1999. Beliau mengajar Bahasa Melayu di sekolah itu pada mulanya. Hal ini disebabkan oleh terdapat guru pendidikan muzik di sekolah tersebut. Disebabkan kurang mahir dalam Pengajian Melayu, Puan Nor Hasima telah menghadiri kursus Pendidikan Pemulihan Khas selama 2 minggu. Setelah menghadiri kursus di sekolah itu, beliau masih belum diberi peluang untuk mengajar Pemulihan Khas kerana terdapat guru pemulihan di sekolah itu. Pada tahun 2000, beliau berpindah ke SK Abang Aing, Sri Aman di Sarawak. Beliau berkhidmat selama 3 tahun di sekolah tersebut kerana mengikut suaminya berkerja sebagai seorang tentera. Di sekolah ini, Cikgu Hasima masih belum berpeluang untuk mengajar pemulihan khas kerana di sekolah sudah terdapat seorang guru pemulihan khas.
2

Disebabkan mempunyai kursus dalam bidang pemulihan khas, beliau telah diberi tugas untuk mengajar bahasa Melayu tahap 1. Pada tahun 2003, Puan Nor Hasima telah berpindah sekali lagi kerana mengikut suaminya bertugas. Beliau telah bertugas di sekolah sekarang iaitu SK Tambun. Pada ketika ini, guru pemulihan di SK Tambun telah bersara. Setelah melapor diri kepada guru besar di sekolah ini, beliau diberi tanggungjawab menjawat jawatan sebagai guru pemulihan khas di sekolah itu. Pada ketika itu, kelas pemulihan khas di sekolah itu masa dalam keadaan yang kurang memuaskan. Setelah berusaha keras selama setahun untuk membaiki dan memajukan kelas ini, beliau telah dianugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004. Berkat usaha Puan Nor Hasima, SK Tambun telah berjaya mengurangkan kadar buta huruf di sekolah itu.

3.0 Laporan Pemerhatian Harian

Tarikh Tempat

: 4 Ogos 2010 : Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Tambun

Tempoh Pemerhatian : 9 pagi - 11 pagi ( 2 Jam ) Setelah sampainya kami di Sekolah Kebangsaan Tambun, kami terus melangkah ke pejabat sekolah untuk mendaftarkan diri kami di sana. Namun, Tuan Guru Besar tiada. Maka, kami mendaftarkan diri kepada Penolong Kanan Kokurikulumnya. Setelah mendaftarkan diri, kami berkumpul di kelas Pemulihan. Kelas ini tiada nama khas. Gurunya bernama Puan Nor Hasima binti Hashim. Beliau mempunyai diploma dalam Pengajian Muzik dan Ijazah Perguruan dan menjalani kursus 14 minggu dalam bidang pemulihan. Menurut Pn Nor Hasima, pada tahun ini, kelas ini mempunyai seramai 15 orang pelajar pemulihan yang terdiri daripada pelajar tahap satu dan dua. Sesi Pembelajan bermula sebelum rehat. Majoriti pelajar adalah dari tahun 2 yang gagal menguasai 3M dengan baik. Menurut Pn Hasima, murid-murid pemulihan memang mempunyai masalah

tingkahlaku seperti ponteng, berpakaian tidak kemas, nakal, suka berkhayal dan lain-lain lagi. Secara amnya masalah disiplin yang timbul disebabkan oleh masalah keluarga. Apa yang dapat dilihat pada hari ini ialah pakaian kanak-kanak pemulihan yang kurang bersih. Ada diantara mereka yang kesekolah tanpa mandi, suka berkhayal, mudah lupa, suka berbuat bising dan suka bermain di kaki lima kelas. Apa yang diperhatikan oleh kami, Puan Hasima lebih menggunakan Reverse Phsycology untuk menyelesaikan sebarang kerumitan.

Tarikh Tempat

: 18 Ogos 2010 : Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Tambun

Tempoh Pemerhatian : 9 pagi - 11pagi ( 2 Jam ) Pada tarikh ini kami dapati hanya segelintir sahaja murid pemulihan yang hadir pada hari tersebut. Kami bertanyakan punca tersebut kepada Puan Hasima. Beliau menyatakan bahawa ramai pelajar berbangsa Melayu tidak hadir ke sekolah kerana alas an letih berpuasa. Kami memerhatikan segala tingkah laku mereka yang ada dan mencatat serta mengambil gambar. Pada hari ini juga kami telah berjumpa dengan guru kelas muridmurid kelas tersebut bagi membincangkan beberapa perkara tentang latar belakang yang kurang jelas dan masalah tingkah laku yang mereka lakukan semasa di kelas biasa. Dalam perbincangan ini juga, guru pemulihan ada memanggil ibu seorang murid pemulihan iaitu Kamirul Zaman yang bekerja sebagai tukang sapu di sekolah tersebut. Beliau menceritakan latar belakang keluarga beliau dan tingkah laku Kamirul secara terperinci. Setelah selesai sesi perjumpaan bersama guru kelas, kami bertindak mengambil sedikit bahan daripada Puan Hasima berkenaan dengan maklumat pengurusan kelas pemulihan berkenaan.

Tarikh Tempat

: 25 Ogos 2010 : Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Tambun

Tempoh Pemerhatian : 9 pagi - 11 pagi ( 2 Jam ) Pada hari ini kami meneruskan pemerhatian terhadap murid-murid pemulihan sekolah tersebut. Di samping membuat pemerhatian, kami mendapatkan beberapa borang tingkah laku yang telah disediakan oleh Puan Hasima yang berkaitan dengan kajian kami. Pada hari ini juga, kami mengadakan perbincangan dengan guru kelas berkaitan dengan jadual
6

kami dalam melaksanakan tugasan kajian kami. Kami membuat perancangan untuk mengadakan suatu aktiviti bersama dengan guru pemulihan agar penyertaan dan tingkah laku murid teserlah dengan lebih jelas lagi. Selain itu, kami membuat pemerhatian fizikal murid. Puan Hasima membantu kami menyiapkan borang latar belakang dan maklumat fizikal secara umum. Beliau membantu menyediakan alat pengukur berat dan tinggi murid. Selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran, kami mengambil sedikit masa untuk mengukur berat dan tinggi murid- murid pemulihan yang telah kami pilih untuk kajian tingkah laku kami.

Tarikh Tempat

:22 September 2010 :Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Tambun

Tempoh pemerhatian: 9 pagi- 11 pagi (2 jam)

Pada hari ini kami telah menyediakan carta masalah murid secara umum. Kami mendapatkan maklumat daripada Puan Nor Hasima dan menyiapkan carta tersebut bersama- sama. Selain itu, kami juga telah menyediakan jadual masalah tingkah laku murid pemulihan yang telah kami pilih. Kami membuat pemerhatian terhadap masalah tingkah laku murid dan akhirnya menandakannnya pada jadual yang disediakan. Setelah selesai kelas pada hari itu, kami telah berbincang dengan Puan Hasima untuk mengambil lima orang murid. Setiap seorang dari kami mengambil seorang murid yang bermasalah tingkah laku. Nama murid dan tingkah laku yang bermasalah tersebut telah saya nyatakan pada bahagian Masalah Tingkah laku murid pemulihan. Bermula dari hari ini, kami mengendalikan murid yang dipilih secara individu.

Tarikh Tempat

:29 September 2010 :Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Tambun

Tempoh pemerhatian: 9 pagi- 11 pagi (2 jam) Pada hari ini kami telah menyiapkan beberapa soalan berkenaan dengan tingkah laku murid yang kami pilih. Seterusnya kami bertanyakan kepada guru pemulihan di sekolah itu tentang punca- punca berlakunya masalah tingkah laku muridmurid tersebut. Kami mendapatkan

maklumat tentang punca dan factor- factor tersebut daripada guru pemulihan dan juga guru kelas murid- murid tersebut. Banyak punca dan factor yang dapat kami ketahui mampu menyebabkan seseorang kanakkanak menghadapi masalah tingkah laku sama ada di rumah mahu pun di sekolah.

Tarikh Tempat

:6 Oktober 2010 :Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Tambun

Tempoh pemerhatian: 9 pagi- 11 pagi (2 jam) Setelah menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid, kami telah mendapat gambaran awal tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh murid. Oleh yang demikian, kami telah meminta Puan Nor Hasima menjalankan satu proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid- murid yang kami pilih sebelum ini. kami mengambil kesempatan ini untuk membuat pemerhatian terhadap cara Puan Nor Hasima nengendalikan masalah tingkah laku murid murid tersebut. Apabila sesi pembelajaran bermula, bermacam- macam tingkah laku negative yang dapat diperhatikan. Namun, keadaan kelas boleh dikawal dengan baik oleh Puan Hasima kerana beliau sudah arif tentang bagaimana cara untuk meredakan tingkah laku murid- muridnya.

Tarikh Tempat

:13 Oktober 2010 :Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Tambun

Tempoh pemerhatian: 9 pagi- 11 pagi (2 jam)

Setelah mengambil maklumat dan menjalankan pemerhatian, kami telah mengenal pasti teknik yang sesuai bagi mengatasi masalah tingkah laku murid murid tersebut. Kami telah mendapat jawapan bahawa teknik psikologi amat berkesan kerana tindakan murid- murid tidak dapat dijangka. Akhir sekali, kami membuat rumusan akhir dan mengadalan sedikit jamuan kepada muridmurid tersebut. Setelah selesai

sesiperpisahan dengan murid dan guru pemulihan di sekolah tersebut, kami terus menuju ke pejabat sekolah bagi melapor diri untuk mengakhiri tugasan amali kami di Sekolajh Kebangsaan Tambun itu selama tujuh minggu.

4.0 LAPORAN PEMERHATIAN TINGKAH LAKU MURID

Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri seperti bertingkahlaku ganas mahu pun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh sebab itu, kajian telah dijalankan terhadap beberapa orang pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Tambun. Berikut merupakan jadual analisis yang dapat dibuat

berdasarkan pemerhatian:

BIL 1.

NAMA PELAJAR Mohd Shahrul Idham B Mat Ridhuwan

MASALAH TINGKAH LAKU Tingkah Laku Agresif Merosak harta benda sendiri atau orang lain. Mengacau dan menguasai orang lain. Hiperaktif. Perlakuan Negatif-Sosial Mengusik. Engkar atau tidak menurut perintah. Terlalu suka bercakap. Permasalahan Emosi Menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat dikawal.

2.

Dalijeet Kaur A/P Nam Singh

Perlakuan Negatif Sosial Mengusik. Terlalu suka bercakap. Melompat-lompat. Permasalahan Emosi Menggerakkan bahagian. anggota tanpa dapat dikawal. 10

3.

Anis Zulaikha Bt Zulkifli

Perlakuan Negatif-sosial Bercakap bohong. Terlalu suka bercakap. Permasalahan Emosi Ponteng sekolah.

4.

Looi Hon Ming

Tingkah Laku Agresif Cepat marah atau meradang. Perlakuan Pasif Sugul

Perlakuan Negatif/ Sosial Engkar/ tidak menurut perintah. Berbahasa kasar. Permasalahan Emosi Berkhayal

5.

Mohd Kamirulzaman B. Edison

Tingkah laku Agresif Cepat marah. Perlakuan Pasif Terlalu pemalu. Tiada respons secara fizikal Perlakuan Negatif-Sosial Engkar/tidak menurut perintah. Bermasalah Emosi Gelisah/risau/nervous.

Jadual 1 : Masalah Tingkahlaku Pelajar

11

Berdasarkan jadual di atas, saya telah memilih untuk membuat pemerhatian terhadap lima orang budak iaitu Mohd Kamirulzaman Bin Edison dan Looi Hon Ming dari kelas tahun 4, Daljeet Kaur a/p Nam singh, Anis Zulaikha bt Zulkifli dan Mohd Shahrul Idham bin Mat Ridhuwan dari tahap 1.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Mohd Shahrul Idham bin Mat Ridhuwan, saya mendapati pelajar ini mempunyai beberapa masalah tingkah laku agresif. Hal ini dapat dibuktikan dengan sikapnya yang suka merosakkan harta benda sendiri dan orang lain. Selain itu, dia juga gemar mengganggu kawannya dan boleh dianggap sebagai pelajar yang hiperaktif. Dia didapati amat jarang untuk berkelakuan pasif seperti

pelajar lain. Selain itu, dia juga menunjukkan tingkah laku suka mengusik, dan terlalu suka bercakap apabila saya berbicara dengannya mengenai latar belakangnya. Pelajar ini adalah seorang yang ceria dan suka bercakap.

Ketika proses pengajaran dan pemerhatian dalam kelas, pelajar ini menunjukkan tingkah laku seperti mengacau dan menguasai orang lain. Pelajar ini sering diberikan teguran dari gurunya kerana menganggu sesi pembelajaran dalam kelas. Lebih-lebih lagi, pelajar ini suka untuk menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat dikawal. Contohnya pelajar ini suka untuk mengangkat tangan meskipun tiada soalan yang ditujukan.

Pemerhatian turut dijalankan terhadap pelajar tahap 1 iaitu Daljeet Kaur a/p Nam Singh. Pelajar ini menunjukkan tingkah laku negatif sosial melalui tingkah lakunya yang suka bercakap, melompat-lompat dan bergerak sesuka hati. Ketika berbicara dengannya, pelajar ini adalah pelajar yang gemar bercakap kerana dia suka berbicara dengan orang lain dan dianggap mesra. Namun demikian, pelajar ini sukar untuk duduk diam dan berbicara. Contohnya, apabila berbicara dengannya, tangan dan kakinya suka bergerak.

12

Ketika sesi pengajaran dalam kelas, Daljeet didapati sukar untuk menumpukan perhatian kerana pelajar ini selalu bergerak. Peneguhan negatif diberikan oleh gurunya iaitu teguran untuk membolehkan pelajar ini duduk dan menumpukan perhatian ketika pengajaran sedang

berlangsung. Pelajar ini juga selalu berlompat-lompat. Contohnya, ketika cuba untuk menjawab soalan Daljeet akan mengangkat tangannya dan berdiri serta melompat-lompat supaya guru membenarkannya untuk menjawab soalan. Walau bagaimanapun, setelah ditanya soalan tersebut, dia gagal untuk menjawabnya.

Pemerhatian juga dijalankan terhadap Anis Zulaikha yang boleh dikategorikan sebagai pelajar yang hampir lulus di dalam kelas pemulihan tersebut. Namun, kesemuanya agak terbatas disebabkan tingkah laku Melalui pemerhatian yang

negatif sosial dan permasalahan emosinya.

dikendalikan, saya mendapati pelajar ini sangat suka bercakap. Apabila saya bertanya mengenai keluarga dan kisah hidupnya, dia menceritakan tanpa henti dan menjawab soalan secara berlebihan. Perbualannya juga mempunyai unsur rekaan dan dia boleh dianggap sebagai pelajar yang suka menipu.

Dalam

sesi

pembelajaran,

Anis

seorang

yang

tidak

mengendahkan kehadirannya ke kelas dan sering ponteng. Dia sering membuat alasan untuk tidak hadir ke kelas. Selain itu, apabila berada di dalam kelas, dia kerap meminta kebenaran dengan guru untuk keluar dari kelas. Dia diramalkan suka bermain di luar kelas apabila guru sedang mengajar. Situasi ini mengganggu konsentrasi pelajar tersebut dalam

pembelajarannya.

Seterusnya adalah pemerhatian saya terhadap tingkah laku pelajar yang bernama Looi Hon Ming. Pelajar ini merupakan pelajar dalam tahap dua. Pelajar ini merupakan seorang pelajar yang agak pendiam. Sesi perkenalan dengannya adalah agak terhad kerana dilihat bahawa pelajar ini tidak suka bercerita. Setiap soalan dibalas dengan satu jawapan tanpa menunjukkan sebarang ekspresi. Namun demikian, pelajar ini memahami
13

pertanyaan dan memberikan jawapan. Pelajar ini menghadapi masalah dalam membina ayat menggunakan perkataan bahasa melayu.

Diperhatikan ketika sesi kelas bahawa pelajar ini menumpukan perhatian kepada gurunya iaitu Puan Nor Hasima binti Hashim. Namun diperhatikan bahawa tumpuan pelajar ini cepat dan gurunya perlu mengajukan pertanyaan menjurus kepadanya untuk mendapat

perhatiannya. Lebih-lebih lagi, juga diperhatikan yang pelajar ini tidak suka membuat eye contact ketika bercakap. Apabila bercakap dengan saya, pelajar ini memandang ke kiri,kanan, atas dan bawah tetapi tidak ke saya. Keadaan yang sama turut berlaku kepada gurunya. Adakalanya,

pertanyaan yang diajukan kepadanya tidak dihiraukan. Pelajar ini kadangkalanya bersifat moody di mana sesiapa juga tidak dihiraukan dan gurunya akan mengeluarkan permainan untuk mendapat perhatiannya sifatnya diubah ke lebih positif dan mesra.

Seterusnya, Mohd Kamirulzaman merupakan pelajar yang sangat malu terutamanya kepada orang yang tidak dikenalinya. Pelajar ini hadir ke kelas dan menutup muka apabila melihat saya dan rakan-rakan. Perkara ini menunjukkan bahawa pelajar ini kurang keyakinan diri kerana perasaan malu. Sesi soal jawab untuk mengenali latar belakang pelajar ini agak sukar kerana pelajar ini bertutur dengan perlahan dan tidak jelas. Percakapannya agak sukar untuk difahami. Masalah yang dihadapi pelajar ini adalah dari segi mengingati huruf dan bunyinya. Pelajar ini masih mengalami kesukaran untuk mengenal dan mengingati kesemua hurufhuruf bahasa Melayu.

Berdasarkan pemerhatian, pelajar ini sukar mengikuti pelajaran kerana sikapnya yang terlalu malu dan tidak ingin mencuba. Apabila disuruh untuk mengulang huruf yang telah diajar, pelajar ini tidak mahu mencuba dan hanya mengatakan bahawa sudah melupai kesemuanya. Pelajar ini juga kerap tidak hadir ke sekolah. Mungkin boleh diterima jika minggu pertama dan kedua, namun pelajar ini masih menutup mukanya meskipun saya dan rakan-rakan menjalani amali buat kali keempat.
14

5.0 LAPORAN PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU

Masalah tingkah laku yangh ditunjukkan oleh pelajar kadangkala bukanlah secara semula jadi, akan tetapi masalah tersebut terjadi berpunca daripada faktor sekeliling dan kemungkinan juga faktor baka. Jadi, punca harus dikenal pasti oleh guru pemulihan sebagai langkah yang penting untuk mengatasi masalah tingkah laku tersebut. Berdasarkan maklumat daripada guru pemulihan dan pemerhatian kami, berikut adalah punca-punca masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan di bawah.

Nama: Anis Zulaikha Binti Zulkifli Umur: 8 tahun.

Berdasarkan masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid ini, guru pemulihan iaitu Puan Nor Hasimah berpendapat ianya berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak mengambil kisah tentang anak-anak. Jika ibu bapanya mengambil berat tentang persekolahan anaknya, anak tersebut tidak akan begitu mudah untuk ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah dan alasan yang diberikan adalah tidak masuk akal dan jelas sekali murid ini sedang menipu. Jadi ibu bapa yang tidak memberi penekanan kepada anaknya, iaitu Anis Zulaikha telah menyebabkan anak ini tidak meletakkan kepentingan untuk ke sekolah. Pada pendapat saya, selain daripada ibu bapa, masalah tingkah laku murid ini adalah berpunca dari sikap dia sendiri. Sikap sambil lewa yang ada pada murid ini diperkukuhkan lagi dengan sikap ibu bapa yang tidak kisah tentang persekolahan anak-anak menjadi penyebabnya. Mungkin murid ini berasa bosan ketika berada di sekolah, jadi dia telah mengambil keputusan untuk poteng. Faktor persekitaran sekolah dan orang sekeliling juga sedikit sebanyak mempengaruhi masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid ini.

15

Nama: Daljeet Kaur a/p Nam Singh Umur: 8 Tahun

Merujuk kepada pandangan serta maklumat yang diberikan oleh Puan Nor Hasimah, Daljeet merupakan murid yang suka bercakap dan kurang menumpukan perhatian. Dia juga seorang yang aktif. Jadi Puan Nor Hasimah berpendapat masalah tingkah laku murid ini berpunca daripada keadaan keluarga. Daljeet berasal daripada keluarga bersosio ekonomi rendah. Justeru persekitaran memainkan peranan dalam proses tumbesarannya yang mana dia membesar dalam keadaan yang kurang menitikberatkan sikap dan etika dalam kehidupan. Namun begitu, berasarkan pemerhatian yang telah dibuat, ibu Daljeet berusaha untuk mendidik anaknya. Ibu Daljeet juga merupakan seorang yang garang. Pada pendapat kami, Daljeet bertingkah laku begitu adalah disebabkan tindakannya di rumah sering dikawal dan beliau merasa bebas untuk menjadi diri sendiri hanya di sekolah.

Nama: Mohd Shahrul Idham Bin Mat Ridhwan Umur: 8 Tahun

Merujuk kepada masalah tingkah laku Idham, dia didapati sering mengganggu kawan-kawan yang lain dan sering mengingkari perintah guru. Dia juga suka merosakkan harta benda sendiri dan orang lain. Tingkah laku berikut ditunjukkan adalah berpunca daripada sikap Idham yang inginkan perhatian daripada kawan-kawannya akibat daripada sikap ibu bapa yang mengongkong pergerakkannya. Dia tidak mempunyai kawan di sekolah dan dia hanya berkawan dengan adik beradiknya sendiri. Jadi apabila berada di sekolah, dia inginkan perhatian dari kawan16

kawannya kerana dia tidak berpeluang bergaul dengan rakan-rakannya ketikan di rumah seperti kanak-kanak yang lain. Oleh itu, dengan mengadakan tingkah laku yang mampu menarik perhatian, dia akan mempunyai kawan untuk bergaul.

Nama: Mohd Kamirulzaman Bin Edison Umur: 10 Tahun

Kamirul merupakan murid tahun empat yang masih belum boleh membaca. Dia mempunyai masalah tingkah laku yang bertumpu kepada masalah kognitifnya. Selain itu dia merupakan murid yang malu dan hanya akan bertindak agresif apabila diberi rangsangan atau diancam sahaja. Hal ini berpunca daripada keadaan keluarga Kamirul. Dia akan bertindak agresif apabila diancam oleh kawan-kawan. Contohnya jika ada kawan yang ingin memulakan pergaduhan atau bertumbuk, dia akan

membalasnya. Tindakan agresif tersebut mungkin disebabkan oleh pekerjaan ayahnya dan cara ayahnya yang merupakan pengawal kelab malam mendidik anak-anak dengan kekerasan. Ibunya hanya seorang tukang sapu di sekolah yang sama dan merupakan seorang buta huruf. Mungkin Kamirul sedikit sebanyak mewarisi ibunya yang tidak boleh membaca kerana menurut guru pemulihan, IQ Kamirul makin hari makin berkurang. Tingkah laku Kamirul lebih banyak berpunca dan dipengaruhi oleh keadaan keluarganya dan taraf kehidupan keluarganya.

17

Nama: Looi Hon Ming Umur: 10 Tahun

Masalah tingkah laku agresif dan suka mengingkari perintah serta tingkah laku yang tidak dapat diduga berpunca daripada keadaan kehidupannya yang tidak sempurna. Ming tinggal di rumah kebajikan dan menurut guru pemulihan, dia ketika berada di rumah kebajikan tersebut sering dibuli dan apabila ke sekolah dia akan membalas dendam terhadap orang lain. Selain itu, kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa menjadikan Ming seorang kanak-kanak yang susah dikawal. Persekitaran tempat tinggal yang tidak kondusif dan kurang kasih sayang serta perhatian merupakan punca utama kepada masalah tingkah laku murid ini.

6.0 LAPORAN CARA GURU PEMULIHAN MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

Para

pelajar

pemulihan

di

Sekolah

Kebangsaan

Tambun,

menghadapi masalah pembelajaran yang boleh dikategorikan sebagai minimal. Hal ini bermaksud, tingkah laku pelajar masih boleh dikawal oleh guru ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Analisis laporan masalah tingkah laku pelajar secara keseluruhan adalah, kebanyakan tingkah laku yang dihadapi pelajar adalah suka bercakap dan menganggu rakan di kelas. Tingkah laku ini jika tidak dikawal akan menganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran kelas. Saya berpeluang untuk melihat cara yang diaplikasikan oleh gurunya iaitu puan Nor Hasima untuk mengatasi atau mengurangkan tingkah laku ini.

18

Cara yang digunakan oleh puan adalah teguran secara mengejut kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku ini. Teguran yang diberikan berjaya memberikan kesan kepada pelajar kerana berlaku secara mengejut. Contohnya, puan menegur Hon Ming yang temenung dan tidak menumpukan perhatian dengan memanggil namanya dan setelah mendapat tumpuannya, puan akan memberikan nasihat yang membina dan betapa pentingnya untuk Ming menumpukan perhatian agar dapat mengikuti pembelajaran dan memajukan dirinya.

Seterusnya, tingkah laku yang kerap ditunjukkan oleh para pelajar adalah suka bergerak. Para pelajar di sekolah tambun adalah aktif dan suka untuk bergerak. Jadi cara yang digunakan oleh guru pemulihan adalah untuk mengajar menggunakan konsep bergerak agar tingkah laku pelajar itu dapat membuahkan hasil yang positif iaitu dapat mempelajari melalui bergerak (lari, mencari dan sebagainya).

Contohnya,

puan

Nor

Hasima

melakukan

aktiviti

membina

perkataan dengan meletakkan kad kad huruf di sekitar kelas pemulihan dan kesemua pelajar harus bekerjsama untuk mencari huruf-huruf tersebut untuk membuat perkataan. Secara tidak langsung, aktiviti ini turut mengajar pelajar untuk bekerjasama dengan rakan untuk bersama mencari huruf untuk membina perkataan. Aktiviti ini adalah amat bermanfaat kerana guru adalah kreatif dalam menukarkan tingkah laku yang negatif kepada yang positif dengan menerapkan unsur permainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

19

REFLEKSI

Tugasan amali masalah tingkah laku ini sangat mencabar bagi saya. Bukan mudah untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya perlu ke sekolah saban minggu untuk membuat pemerhatian masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid yang terlibat. Saya bernasib baik kerana kekeliruan saya untuk menyiapkan tugasan ini telah dibantu oleh rakan-rakan dan pensyarah pembimbing iaitu Encik Kamarul Bahrin B. Mohd Radzi. Pemerhatian selama tujuh minggu di Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh memberi pengalaman baru kepada saya dan kawan-kawan. Melihat sendiri masalah tingkah laku yang dihadapi mereka membuatkan saya berfikir cara yang sesuai untuk digunakan bagi mengatasi masalah tingkah laku tersebut. Selain itu, tugasan ini memberi pendedahan tentang pelaksanaan pengurusan tingkah laku oleh saya pada murid pemulihan di sekolah. Idea yang dikongsi bersama rakan-rakan bukan sahaja sekadar untuk membuat laporan malahan ianya boleh digunakan ketika praktikum nanti. Ilmu tentang pengurusan tingkah laku ini sangat bermanfaat dan saya gembira kerana dapat menyiapkan laporan ini. Selama ini saya kurang mengetahui tentang perlaksanaan pengurusan tingkah laku. Namun begitu laporan dan pemerhatian yang telah dilakukan membuatkan saya lebih berminat untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Maklumat tersebut akan saya simpan rapi sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru pemulihan cemerlang.

20

Anda mungkin juga menyukai