Anda di halaman 1dari 78

1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4.

Mengenal Kraf Tradisional

Menggambar

Mengenal Kraf Tradisional

4 BIDANG PSV KBSR

Membuat Corak dan Rekaan

Membentuk dan Membuat Binaan

Setiap bidang ini menekankan keempatempat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek Poster

Mozek

Gosokan

Cetakan

Montaj

Kolaj

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Apa

itu corak? - Susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau bebas.

- 2 jenis corak 1. Corak Terancang 2. Corak Tidak Terancang.


- Juga boleh terbentuk daripada motif secara bebas / Corak x Terancang

Seringkali corak boleh didapati daripada:

1. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan


2. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting 3.Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat 4. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Ogee

Cerminan

Jidar (border)

Tampak dam / tampak catur

Batu bata

Pucuk rebung

Turun separa

Siku keluang

Sendeng

Sisik ikan

Berombak

Berjalur

Selang seli

Teknik Corak:
Dibuat secara terancang dan tidak terancang.

Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak ini dihasilkan.

CORAK TIDAK TERANCANG

tarikan

lipatan

CORAK TIDAK TERANCANG

titisan Ikatan & celupan

Pualaman

CORAK TERANCANG

CORAK TERANCANG

Kaligrafi

Memberi peluang kepada murid untuk memahami pelbagai cara menghasilkan corak supaya menjadi suatu rekaan yang lain. Boleh dipadankan kepada bidang kegiatan yang lain seperti bidang kraf.

Murid dapat mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam kehidupan seharian. Murid dapat mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

Pualaman Tiupan Titisan

Ikatan dan celupan


Renjisan dan percikan

Tiupan

Pualaman

Ikatan dan celupan

Lukisan

Catan Cetakan Capan


Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi

Resis

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

Arca timbul

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta olehmasyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Anyaman daun pandan dayak

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokohtokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Anda mungkin juga menyukai