Anda di halaman 1dari 3

Saya Komathy a/p Moorthy dari kelas Pengajian Tamil Tahun 3 Semester 5, yang

berangka giliran 201327234006, dengan bantuan semua pihak dan kurniaan tuhan dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Dr. M. ELANGKO A/L MUNIANDY bagi
Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah (SJH 3093E) dengan berjaya dan sempurna.
Mengikut persepsi saya, tugasan ini merupakan satu tugasan yang agak mencabar dan
saya dapat mempelajari perkara-perkara yang baru dan penting bagi seseorang guru
Sejarah.
Mula-mula saya ingin berterima kasih kepada tuhan yang telah memberi kekuatan
dari segi mental dan fizikal sepanjang menjalankan tugasan ini. Selain itu, saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya, Dr.Elangko a/l Muniandy, yang telah memberi sokongan dan penjelasan berefektif
kepada saya semasa menjalankan tugasan ini. Melalui tindakan beliau, segala kekeliruan
yang terjelma dalam minda saya telah hilang dan membantu saya untuk menyentuh
garisan tamat bagi tugasan ini yang berkaitan penggubalan soalan dengan betul dan
cekap.
Tugasan ini membuka ruang untuk saya mengetahui tentang mengenali
keempat-empat konsep iaitu pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian yang
begitu penting dalam dunia pendidikan ini. Malah, saya juga dapat mengemaskinikan
pengetahuan saya tentang keempat- empat konsep ini dengan lebih mendalam. Melalui
tugasan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa keempat-empat konsep ini

mempunyai perbezaan dan setiap konsep ini memainkan peranan penting dalam usaha
mengetahui tahap kognitif seseorang murid. Dengan menggunakan konsep inilah para
guru dapat memahami tahap dan mengenal pasti masalah yang dialami oleh murid dari
segi menyerap ilmu pendidikan. Selain itu, saya juga mendapati konsep ini juga membantu
guru untuk mengetahui cara pelaksanaan pengajaran yang pembelajaran yang berkesan.
Di sini, saya telah menyedari kepentingan keempat-empat konsep ini supaya dapat
merancang satu pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi kehendak murid.
Oleh yang demikian, tugasan ini telah menekankan perkara-perkara penting yang perlu
diketahui oleh seorang guru.
Sebenarnya, saya telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan semasa
menjalankan tugasan ini. Seperti yang disedia maklum, tugasan ini dirasai agak
membebankan kerana bagi soalan 2 saya dikehendaki menggubal soalan untuk tahun
Lima mengikut model Anderson Taksonomi yang merangkumi semua aras pemikiran. Di
bahagian inilah saya mengalami kesukaran; namun demikian dengan penjelasan yang
diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan sekelas saya telah cuba menghadapi cabaran
tersebut dan akhirnya berjaya menyempurnakannya.. Sebenarnya, saya telah meluaskan
kajian saya agak mendalam untuk menguasai kemahiran penggubalan soalan yang
merangkumi model Anderson Taksonomi; namun bagitu saya tidak dapat menguasai
sepenuhnya. Tugasan ini telah memberi satu gambaran yang baru mengenai cara
menggubal soalan untuk menilai ataupun mengukur tahan pemikiran seseorang pelajar
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selama ini saya bertanggapan bahawa
soalan-soalan peperiksaan akan digubal dibina dengan sembarangan melalui hasil
perbincangan sahaja tanpa sebarang rujukan seperti Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Tugasan ini yang telah membetulkan tanggapan saya yang salah selama ini. Sebenarnya,
JSU memainkan peranan yang begitu penting dalam penggubalan soalan dan para guru

perlu menggunakannya sewaktu menggubal soalan. Saya juga dapat mengetahui bahawa
JSU berperanan untuk menekankan kepentingan topik dan aras kemahiran yang perlu diuji
mengikut tahap murid. Selain itu, ia membantu guru untuk memastikan kesesuaian taburan soalan
mengikut aras dan kemahiran yang ingin diuji oleh guru ke atas anak muridnya.

Tugasan ini memberi ruang kepada saya untuk menambahkan pengetahuan


saya berkenaan menggubal soalan dan pada masa yang sama kepentingan menggubal
soalan yang merangkumi model Taksonomi Anderson. Tugasan ini telah memberi
penerangan yang jelas tentang aspek-aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru sewaktu
menilai anak murid kita. Ia juga membantu saya untuk mengetahui cara menyediakan
soalan dan skema jawapan yang betul supaya para guru tidak mengalami sebarang
kekeliruan dan kemusyikilan sewaktu memeriksa kertas ujian. Sebenarnya, tanggungjawab
guru yang menggubal soalan peperiksaan adalah satu kewajipan yang begitu sukar dan
agak mencabar. Oleh kerana itu, para guru yang memikul tanggungjawab tersebut perlu
peka terhadap setiap aspek yang ditekankan dalam prosedur penggubalan soalan-soalan
peperiksaan ini. Perkara ini dapat disedari oleh saya semasa melaksanakan tugasan
sejarah ini.
Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya yang telah
memberi ajaran yang berefektif kepada kami. Selain itu, ia juga menjadi satu peluang
kepada kami mengetahui tentang kepentingan menggubal soalan secara mendalam dan
terperinci. Saya ingin meminta maaf jikalau terdapat sebarang kesilapan yang tertaktub
sepanjang tugasan ini dan saya juga berjanji bahawa segala ilmu yang diperolehi melalui
tugasan ini akan digunakan dalam perkhidmatan saya di kelak nanti. Saya juga akan
menjadi seorang guru yang bertauliah dan berdedikasi dengan melahirkan pelajar yang
dapat menyumbang tenaga dalam pembangunan negara. Sekian Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai