Anda di halaman 1dari 29

8.

0 PENGELUARAN
8.1 Konsep Pengurusan Pengeluaran dan Operasi Pengeluaran
(a) Definisi Pengurusan Pengeluaran dan Operasi Pengeluaran

Pengeluaran adalah salah satu fungsi perniagaan.

Operasi pengeluaran : merujuk kepada aktiviti harian sesuatu organisasi


untuk menukarkan input kepada output.

Pengurusan Pengeluaran : Pengurusan operasi melibatkan perancangan,


penyusunan, penstafan, pengarahan dan pengawalan segala aktiviti
berkaitan dengan penghasilan barangan dan perkhidmatan melalui proses
transformasi input ( bahan mentah, buruh,mesin dan lain-lain) kepada
( barangan dan perkhidmatan yang lebih bernilai)

(b) Kepentingan Pengurusan Pengeluaran


(i) Menjamin kelancaran perancangan

Fungsi pengeluaran amat rumit dan perlukan penelitian dan


kawalan yang terperinci dan sistematik untuk mengelakkan
gangguan dan masalah semasa proses pengeluaran berlaku.

(ii) Kurangkan kesan yang tidak baik

Proses pengeluaran untuk mengurangkan kesan yang tidak baik


atau negatif kepada alam sekitar atau pekerja dengan memastikan
aktiviti perniagaan sentiasa mematuhi undang-undang.

(iii) Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima.

Proses pengeluaran menggunakan peruntukkan sumber-sumber


ekonomi yang besar. Oleh itu menggunakan secara maksimum
tanpa pembaziran dan kurangkan kos.

(iv) Pelaksanaan mengikut spesifikasi dan keperluan pengguna

Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti bagi


memenuhi permintaan pengguna. Menghasilkan produk mengikut
standard yang telah ditetapkan ( rekabentuk, warna,jenis, kualiti,
harga dsb)

(v) Menjamin kualiti produk

74

Sentiasa kawal selia dan memantau aktiviti pengeluaran.

(c) Kaedah-Kaedah Pengeluaran


a) Pengeluaran Massa ( make- to -stock)

Firma pembuatan yang berorientasikan pengeluaran.

Produk dihasilkan untuk menyimpan sementara menunggu pesanan.

Pengeluaran produk yang sama dalam kuantiti yang besar bagi pasaran
massa( tiada penumpuan pasaran)

Untuk penghantaran segera dan meminimumkan masa penghantaran.

Mengeluarkan dalam volum/ kuantiti banyak/ tinggi.

Jualan dan permintaan adalah stabil, tinggi dan boleh diramal.

Komponen elektrik, makanan, produk pengguna ( keperluan


harian)dan Surat khabar

b) Pengeluaran Kelempok ( Group)

Menghasilkan produk mengikut spesifikasi pelanggan.

Keluaran, bahan pemasangan dan komponen disesuaikan mengikut


tempahan

produk terus dihantar kepada pelanggan setelah siap

Permintaan fleksibel untuk memenuhi citarasa pelanggan yang


pelbagai dan sesuai untuk produk bermusim.

Memproses pelbagai tugas- tugas pengeluaran dalam masa yang sama


secara berkumpulan.

Volum pengeluaran kecil

75

Peralatan perubatan, peralatan yang mahal, kad raya, baju sekolah,


kedai kek, percetakan dan pendidikan.

c) Pengeluaran Selanjar (Berterusan)

Proses pengeluaran tanpa henti ( 24 jam) dan secara automatic.

Permintaan tinggi.

Volum pengeluaran sangat besar.

Gunakan perlatan yang sama dalam jangkamas yang lama.

Tahap piawaian yang tinggi.

Loji penapisan minyak, loji penapisan air dan penghasilan makanan


dan minuman dalam tin.

Fokus

Massa
Kelompok
Pengeluaran secara besar- Pengeluaran

besaran
Jenis Produk Pelbagai

produk

spesifikasi pelanggan
henti.
yang Produk
berbeza Satu produk

seragam
Permintaan Stabil dan dapat diramal
Penyimpanan ya
inventori
Susunatur
kilang
Contoh

Selanjar
mengikut Proses pengeluaran tanpa

(mengikut tempahan)
Bermusim
tiada

Sangat besar
Sentiasa

Mengikut produk

Mengikut Proses

( 24 jam)
Mengikut Produk

Sos, kicap

Kad raya

Kilang Petroleum

8.2 Proses Pengeluaran


Jenis-Jenis Proses Pengeluaran
a) Proses percantuman

Memasang beberapa komponen siap/ separuh siap menjadi satu produk


akhir.

76

ada

Biasanya barangan elektrik atau industri automatif.

Contoh tv,kereta dan komputer.

Cth: pemasangan kereta, percantuman badan kereta, tayar, cermin


enjin sehingga menjadi kereta.

komputer. percantuman papan litar, papan kekunci, monitor


sehingga menjadi computer

b) Transformasi

Proses mengubah bahan mentah kepada komponen, bahagian atau barang


separuh siap.
i. Proses kimia
bahan mentah diubah menggunakan bahan kimia
Bahan mentah diubah menggunakan bahan kimia.
Contoh: Aluminium, Besi, Baja, Petroleum dan Industri Cat.
ii. Proses fabrikasi
Mengubah bentuk asal produk secara mekanikal.
Contoh: Kerja kayu, Kerja logam, industri tekstil
iii. Proses pengkeranian

Mengubah bentuk-bentuk maklumat atau data.

Contoh: Mengumpul laporan cawangan, Mengumpul data

ketidakhadiran staf.
iv. Proses pengangkutan

77

Keperluan untuk memindahkan produk dari satu lokasi ke lokasi yang


lain.

Contoh: Basikal yang diangkut oleh lori dari kilang pengeluar kepada
pengguna akhir melalui gudang basikal dan kedai basikal.

c) Sintetik

Beberapa bahan mentah digabungkan untuk menghasilkan barang siap.

contoh : menggabungkan kayu,kulit, paku dan lain-lain untuk


menghasilkan perabot;

menggaul tepung, telur, gula dan lain-lain untuk menghasilkan kek atau
biskut

Contoh: Tepung, telur, mentega dan gula digabungkan untuk


menghasilkan kek.

Cth: pengeluaran roti= tepung + mentega+ yis + garam+ telur+ gula

d) Analitik

Bahan mentah dipecah-pecahkan @ diasingkan kpd komponen tertentu


untuk menjadi barang siap yang berguna dan boleh dijual atau yang tidak
berguna dijadikan sisa

.Contoh: Ayam (kepak, hati, paha, bulu ayam dan bebola ayam)

Contoh: Getah (Susu getah, getah skrap, getah beku)

Cth : Petroleum = Gas, petrol, disel, bintumen

Kelapa = santan, makanan ayam, lidi penyapu

buah oren diproses menjadi jus oren dan sisanya ialah kulit dan fiber

78

8.3 Perancangan Pengeluaran


(a) Perancangan Reka bentuk

Merancang dan menyusun rekabentuk / susunatur dalaman kilang.

Pemilihan rekabentuk mengambilkira faktor seperti keluasan kilang,


jumlah pekerja, jenis mesin atau penggunaannya, suasana persekitaran
dan sebagainya.

Tujuan meningkatkan rekabentuk produk,kapasiti proses dan kualiti


kerja.

Terdapat 3 jenis susunatur; Proses, Produk dan Tetap.

(i) Penyusunan Proses.

Dikenali sebagai susunatur fungsian (job shop).

Pengeluaran berbentuk kelompok.

Sumber tenaga manusia, bahan mentah dan mesin yang sama


fungsinya diletakkan / dikumpulkan di satu tempat.

Produk akan bergerak dari satu bahagian kerja ke bahagian lain untuk
disiapkan.

Contoh: Kilang perabot, Perpustakaan / Pusat Sumber, Hospital,


Sekolah, Pasaraya, Bengkel Kereta dan sebagainya

(ii) Penyusuan Produk

Dikenali sebagai barisan pemasangan atau tertib pengeluaran.

Segala peralatan / mesin serta aktiviti pengeluaran disusun mengikut


turutan operasi pemasangan / pembuatan.

Sesuai bagi produk sama standard piawaian untuk pasaran am.

Terdapat pelbagai bentuk; I, U, L, S.

Contoh: Kilang Kasut, Kilang Roti, Kilang Mencetak Suratkhabar,


Kilang Kicap dan sebagainya.

79

(iii) Penyusunan Tetap

Mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia, bahan


mentah dan peralatan di lokasi di mana pengeluaran hendak dibuat /
dihasilkan.

Sesuai untuk pengeluaran produk yang bersaiz besar dan berat.

Kedudukan produk yang dihasilkan tetap manakala sumber-sumber


pengeluaran dibawa ke lokasi.

Contoh: Bangunan, Jambatan, Kapal Laut.

(b) Perancangan Lokasi Tapak

Organisasi perlu teliti memilih tapak operasi supaya tidak rugi atau
menghadapi masalah pada masa hadapan seperti tiada bekalan air,
infrastruktur dan sebagainya.

Lokasi strategik dapat meminimumkan kos pengangkutan, kos buruh, kos


bahan mentah, kos pengedaran dan lain-lain kos yang berkaitan

Memaksimumkan keuntungan

Faktor Yang Perlu Diambilkira:


- Hampir dgn tempat atau pihak berkepentingan
persekitaran tugas : pekerja, pengguna, pesaing,
persekitaran umum : teknologi, budaya,

pembekal dan

ekonomi, politik dan undang-

undang)
- Sistem pengangkutan & perhubungan mudah dan murah.
- Kemudahan bekalan air , elektrik , telefon serta sumber bahan mentah.
- Persekitaran yang sesuai ( Cuaca, budaya, kualiti hidup, taraf kesihatan dll)
- Ciri-ciri sosial (Pendapatan penduduk, Kebajikan sosial)
- Perkhidmatan subkontraktor.
- Mudah utk dapatkan tenaga kerja.

80

(c) Penjadualan Pengeluaran

Aktiviti penjadualan melibatkan penyediaan jadual waktu yang tepat untuk


digunakan semasa proses pengeluaran barang atau perkhidmatan.

Penjadualan merupakan perkaitan antara bentuk sistem, perancangan operasi


dan kawalan.

Terdapat 2 kaedah yang digunakan; Carta Gantt dan Carta PERT / CPM.

1. CARTA GANTT

Diasaskan oleh Henry L. Gantt dan merupakan kaedah yang tertua (awal
1900an).

Menunjukkan perkaitan perancangan tugas dengan masa.

Ianya merancang kemajuan yang dicapai bagi setiap tugas dalam jangkamasa
yang ditetapkan.

Membantu pengurus menyiapkan tugas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Mudah dibina dan sesuai untuk projek yang tidak rumit serta mempunyai
aktiviti yang sedikit.

Aktiviti dapat dirangka / dikawal dengan cara membandingkan antara


perancangan dengan pencapaian sebenar.

Juga menunjukkan apakah tugas yang perlu disiapkan dalam satu tempoh
masa dan apakah tugas lain yang perlu disiapkan serentak atau selanjutnya.

Kegunaan:

Merancang kemajuan projek.

Merancang kos perlaksanaan projek.

Sebagai panduan dalam melaksanakan projek mengikut perancangan

Syarat dalam menghasilkan Carta Gantt:

Aktiviti

Tempoh

Perancangan

Progres

81

Contoh:1. Syarikat ABC Sdn Bhd telah mendapat tender membina sebuah hotel di
Cameron Highlands, Pahang. Berikut merupakan maklumat kerja-kerja yang
perlu dilaksanakan oleh syarikat untuk menyiapkan projek tersebut:Kerja

Tarikh

Membersih tapak

1 Februari 2010-31 Mac 2010

Menanam cerucuk

1 Mac 2010- 30 April 2010

Membina pelantar bangunan

1 Mei 2010 -30 Julai 2010

Membina infrstruktur luaran bangunan


dan saluran pembentangan

1 Mei 2010- 31 Ogos 2010

Menyiapkan dinding dan bumbung


bangunan

1 Ogos 2010- 30 November 2010

Mengecat bangunan

1 Oktober 2010- 31 Disember 2010

a. Berdasarkan maklumat di atas, sediakan carta gantt bagi projek pembinaan


tersebut. (6m)
b. Huraikan dua kepentingan carta gantt kepada pelaksanaan projek pembinaan
Syarikat ABC Sdn Bhd. (4m)

menyatakan kerja = m x 6 = 3 m

82

menyatakan tarikh mula dan tamat beserta lorekan yang tepat = m x 6 = 3 m

jawapan mesti mengikut turutan kerja, jika tidak = 0 m

1. Sebagai alat kawalan memastikan proses penyiapan aktiviti disiapkan


mengikut masa.
2. Memberikan panduan tentang penggunaan masa dalam sesuatu aktiviti kepada
firma atau kakitangan.
3. Memudahkan kakitangan dan pengurus memahami saling perkaitan aktiviti
yang dijalankan.
4. Memberi maklumat tentang proses penyiapan kerja.

Kerja

1/2- 1/3- 1/4- 1/5- 1/6- 1/7- 1/8- 1/9- 1/10- 1/11- 1/1228/2 31/3 30/4 31/5 30/6 30/7 30/8 30/9 30/10 30/11 31/12

Membersih
tapak
Menanam
cerucuk
Membina
pelantar
bangunan
Membina
infrstruktur
luaran bangunan
dan saluran
pembentangan
Menyiapkan
dinding dan
bumbung
bangunan

83

Mengecat
bangunan

2. CARTA PERT / CPM

CPM (Critical Path Method)

Kaedah Laluan Genting

Dibangunkan oleh E. I du Pont de Nemour & Co. pada tahun 1957 di


A.S. untuk mengurus projek pembinaan.

PERT (Program Evaluation and Review Technique)

Teknik Menilai dan Menyemak Program

Dibangunkan pada tahun 1958 oleh Angkatan Tentera Laut A.S. untuk
membina peluru berpandu Polaris.

Teknik perancangan dan kawalan secara grafik.

Perkaitan pelbagai aktiviti dalam sesuatu projek.

Digunakan apabila tempoh masa siap projek benar-benar diketahui dengan


tepat (sebarang perubahan tidak memberi kesan yang signifikan).

Mengenalpasti perjalanan projek dan membolehkan pihak pengurusan


menempatkan sumber seoptima mungkin.

CPM Laluan terpanjang dalam grafik PERT.

Kegunaan:

Merancang kemajuan projek dari segi tempoh masa yang diperlukan untuk
menyiapkan setiap aktiviti dalam projek.

Merancang kegiatan penting yang perlu dilaksanakan.

Merancang kos perlaksanaan projek berdasarkan tempoh masa penyiapan


projek.

Syarat dalam menghasilkan Carta PERT / CPM

Kotak Mula

Nod

Tempoh

Anak Panah ari kiri ke kanan

Kotak Siap
84

Contoh CARTA PERT / CPM


Kod
Kegiatan

Kegiatan
Terdahulu

Jangkaan
Masa
(Minggu)

D, E, F

C2

A5

E4

D4

MULA
B3

F7

B. Masa bagi setiap laluan


i.

A C E G = 5 + 2 + 4 + 2 = 13 minggu

ii.

A D G = 5 + 4 + 2 = 11 minggu

iii.

B F G = 3 + 7 + 2 = 12 minggu

C. Laluan kritis
ACEG
D. Masa yang dianggarkan boleh menyiapkan projek ini:
= 13 minggu (jangkamasa laluan kritis)
E. Jumlah masa slak untuk tiap-tiap laluan:
i.

Laluan i

13 13 = 0

ii.

Laluan ii

13 11 = 2

iii.

Laluan iii 13 12 = 1

8.4 Kawalan Inventori


85

G2

SIAP

Konsep Kawalan Inventori


Inventori
- Suatu stok bhn mth/brg separuh siap/barang siap sama ada digunakan utk
melicinkan operasi pengeluaran @ memenuhi permintaan pelanggan.
Kawalan Inventori
Sistem kawalan yg menguruskan penerimaan, menyimpanan,
pengendalian, pembekalan bhn mentah, brg separuh siap/kerja dalam
proses (WIP) atau barang siap untuk memastikan pengaliran kerja

diselenggara dengan baik.


Utk mengendalikan kuantiti stok pd aras optimum mgikut kriteria

tertentu iaitu kos, keuntungan dan mutu layanan.


Aktiviti/ langkah untuk memastikan bahan mentah dan barangan yang
disimpan dapat digunakan dengan sempurna untuk memenuhi dd/
keperluan yang sama.

Objektif
1. Utk mgenalpasti jumlah pesanan bahan/barangan yg paling menjimatkan spy
kos jimat pd sesuatu tempoh perancangan.
2. Mengurangkan masa tundaan proses pengeluaran.
3. Sebagai langkah keselamatan melindungi drpd ketidaktentuan permintaan
pd sesuatu masa/elak berlaku lebihan penawaran.
4. Meningkatkan kuantiti pengeluaran
5. Pastikan kualiti inventori terjamin.
6. Bekalan inventori terjamin.
7. Kelancaran dan kecekapan dalam proses pengeluaran.
8. Elakkan pembaziran inventori lama/rosak/usang.
Kepentingan kawalam Inventori
1. Mengelakkan berlakunya kekurangan inventori.
2. Melicinkan proses pengeluaran.
3. Mengurangkan kos pesanan.
4. Menikmati diskaun belian pukal.
5. Perlindungan daripada inflasi dan kekurangan bekalan.
Kaedah Pengurusan Inventori
1. MODEL KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)

Pendekatan / teknik pengurusan inventori untuk menentukan kuantiti


pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos tahunan.

Andaian dalam EOQ:

Kadar permintaan telah diketahui dan bersifat konsisten.

86

Keputusan item pesanan tidak bergantung kepada item barang lain.

Diskaun kuantiti tidak ditawarkan.

Kekurangan item pesanan tidak berlaku.

Hanya dua kos yang releven iaitu kos pesanan dan kos pegangan.

Masa menunggu diketahui dengan pasti dan bersifat malar.

Item pesanan diterima dalam bentuk lot dan diterima sekaligus.

Kepentingan EOQ
(i)

Membantu dalam membuat ramalan permintaan,


pertumbuhan dan pengeluaran.

(ii)

Membolehkan perancangan kapasiti dilakukan supaya


pembaziran tidak timbul dalam proses pengeluaran.

(iii)

Menyediakan penjadualan untuk pengeluaran produk dan


penyelenggaraan mesin dan peralatan.

(iv)

Pengawalan inventori untuk bahan mentah dan produk


akhir secara berkesan.

(v)

Menjamin kualiti produk yang dihasilkan dan kualiti


perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

(vi)

Memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan tanpa


wujud sebarang masalah utama yang mampu mengugat proses
pengeluaran.

(vii)

Mengurangkan kesan yang tidak baik terutamanya terhadap


persekitaran.

(viii)

Mengawal kos inventori.

87

Kuantiti Pesanan

Inventori
dalam

Pengurangan
Inventori
kerana
Penggunaan

Pesanan
Semula
(ROP)

Purata

Tangan
(Unit)

Inventori
Kitaran

OP

OR

1
Kitaran

OP

OR

Huraian Gambarajah:
MASA
Garis condong mewakili kadar penggunaan yang sama bagi
sesuatu

tempoh.
Paras inventori turun hingga paras 0 pada akhir setiap kitaran kerana
mengandaikan penerimaan barang diramalkan pada tahap itu.
Pesanan akan dibuat apabila inventori sampai ke paras memesan
semula.
Paras ketinggian adalah sama kerana jumlah pesanan yang akan tiba
diandaikan sama.
Masa di antara Pesanan Dibuat (OP Order Placed) dengan
Pesanan Diterima (OR Order Receipt) adalah Masa Tunggu (lead
time).
ROP (Reorder Point) Adalah masa bagi membuat semula pesanan
(Pesanan Dibuat OP).

88

Kaitan antara Kos Pesanan, Kos Pegangan


dan Jumlah
Kos
Kos
Jumlah Kos
Tahunan

(TC)

(RM)
Jumlah
Kos
Minimu
m

EOQ

Kos
Pesanan
Saiz Lot (Q)

EOQ
Dimana:-

Oleh itu,
= 2DO
C

Kos Pegangan/
Pgendalian/Pyimpanan

EOQ meningkat apabila kos pesanan


meningkat.
EOQ meningkat jika permintaan
meningkat.
EOQ menyusut bila kos pegangan
meningkat.

89

Jumlah kos paling minimum apabila kos pegangan dan penyimpanan bersilang
Formula EOQ
1. Purata Inventori Kitaran = Saiz Pesanan =
2

Q
2

2. Kos pegangan = Purata inventori x Kos pegangan = Q x h


tahunan

kitaran

seunit

3. Kos pesanan tahunan = Bil. Pesanan setahun x Kos pesanan = D x S


Q
4. Jumlah kos inventori =Kos pegangan + Kos pesanan= (hQ) + (SD)
tahunan (TC)

tahunan

tahunan

5. ROP = Permintaan harian x bil. hari masa menunggu bg satu pesanan baru
EOQ =
4.

2 Ds
h

Dimana,
Q = saiz pesanan (unit)

h = Kos pegangan seunit

S = Kos memesan utk sekali pesanan D = permintaan tahunan (unit)


Contoh
Berikut ialah maklumat tentang inventori di Syarikat GSB
1. Jualan tahunan = 100,000 unit
2. Harga belian seunit inventori = RM50.00
3. Kos pegangan ialah 20% daripada harga belian inventori
4. Kos pesanan = RM50.00 setiap pesanan
5. Masa tunggu = Satu minggu
6. (Andaikan 1 tahun = 52 minggu)
Syarikat GSB ingin mengetahui

90

i.

Kuantiti pesanan ekonomi


2 (100,000) (50)

20%x 50
= 1000 unit
ii.

Titik pesanan semula

Titik pesanan semula = permintaan harian x masa tunggu.


52 minggu x 7 hari = 364 hari
permintaan harian = 100,000
364
= 275 unit x 7
= 1925 unit
iii.

Jumlah kos inventori


(HQ) + (SD)

= 10 (1000) + 50X 100000


2

1000

= 5000+ 5000
= RM 10,000
2. Sistem Tepat Pada Waktu (JIT).

Dikenali sebagai inventori sifar.

91

Telah lama diamalkan di Jepun (dipelopori oleh Taiichi Ohno & Toyota
Motor Company).

Pelaksanaan Pembekal diminta menghantar bekalan tepat pada masa


yang dikehendaki dengan saiz inventori seminimum mungkin

Objektif:

Meningkatkan produktiviti

Mengelakkan pembaziran

Meminimumkan inventori

Mengurangkan masa dan kekerapan penyediaan

Menambahkan sistem proses pengeluaran secara berterusan

Menjadikan proses pengeluaran lebih anjal

CIRI
1. Pengamalan strategi tarik
terhadap bahan-bahan

2. Pengekalan kualiti tinggi


secara konsisten

HURAIAN
Apabila sesebuah stesen kerja
memerlukan komponen tertentu,
stesen tersebut akan mengambilnya
daripada stesen atau proses
sebelumnya.
Permintaan pelanggan yang
menggiatkan pengeluaran dan tiada
alairan bahan-bahan berlaku
sehingga bahan betul-betul
diperlukan oleh pelanggan.
JIT tujuan menghapuskan skrap dan
menggelakkan kerja semula supaya
dapat membentuk satu aliran
92

bahan-bahan yang seragam antara


stesen-stesen kerja.

3. Penekanan saiz lot sekecil


mungkin

4. Masa penyediaan yang


pendek

5. Beban stesyen kerja yang


sama

6. Komponen dan kaedah


kerja yang sama

7. Hubungan rapat dengan


pembekal

JIT mengamalkan TQM dimana


setiap individu bertanggungjawab
ke atas kualiti kerja yang
dihasilkan.
Saiz lot yang kecil mengurangkan
kitaran inventori iaitu lebihan stok
antara pesanan-pesanan yang
dibuat.
Apabila kuantiti stok dikurangkan
dapat menjimatkan masa dan ruang
yang terlibat dalam pengendalian
inventori.
Pengurangan saiz lot cenderung
meningkatkan kekerapan
penyediaan.
Pihak pengurusan dan pekerja
berusaha mengurangkan masa
penyediaan agar masa tidak
produktif semasa penyediaan dapat
dikurangkan dan meminimumkan
kos operasi.
Sistem JIT dapat dijalankan dengan
sempurna sekiranya beban kerja
pada setiap stesen kerja individu
adalah seragam.
Beban seragam ini diperolehi
dengan pengagihan jenis dan
kuantiti yang sama pada setiap hari
dan ini menghasilkan permintaan
harian yang sama pada semua
stesen kerja.
Penyeragaman komponen
menggalakkan proses pengulangan
yang dapat memahirkan para
pekerja dan seterusnya membawa
kepada peningkatan produktiviti.
Memastikan aliran bahan-bahan
mentah berjalan lancar seperti
bahan yang berkualiti dan masa

93

penghantaran yang tepat.


8. Keanjalan tenaga kerja

9. Susun atur proses


pengeluaran mengikut
produk

Keanjalan pekerja bermaksud


kemahiran pekerja dalam
melaksanakan lebih daripada satu
pekerjaan.
Pekerja yang mempunyai pelbagai
kemahiran membolehkan mereka
dipinjamkan ke mana-mana stesen
kerja yang menghadapi masalah
dan ketidakhadiran
Dapat menggunakan robot dan
komputer.
Kos pengeluaran dapat
dikurangkan.

10. Penjagaan mesin dan


peralatan secara baik

Mesin perlu dijaga dan


diselenggara kerana sebarang
kerosakan akan menyebabkan
segala proses pengeluaran
tergendala.

8.6 Kawalan Kualiti


(a) Konsep Kawalan Kualiti

Kualiti dinilai dari ciri-ciri nyata atau tersirat pada produk atau
pekhidmatan yang berupaya memenuhi keperluan pelanggan

Kawalan kualiti bermula daripada proses pembelian bahan mentah


sehinggalah ke peringkat terakhir iaitu pengedaran kepada pelanggan

Di peringkat organisasi, kualiti dikendalikan oleh Jabatan Kualiti.

Di peringkat Malaysia, kualiti dikendalikan oleh SIRIM dan JAKIM


(penentuan produk halal).

Kualiti memberi kesan kepada:

Kos
94

kualiti yang baik dapat meningkatkan produktiviti.


oleh itu, kos pembaikan semula, kecacatan dan jaminan akan
berkurangan.
ini memberi kesan kepada peningkatan keuntungan.

Syer pasaran dan reputasi syarikat


peningkatan kualiti menaikkan reputasi dan volum jualan kerana
pengguna mempunyai persepsi yang baik dan yakin terhadap
produk yang tinggi mutunya dan menambahkan syer pasaran

Liabiliti bagi produk


produk yang kurang mutu hilang keyakinan pengguna dan dapat
menamatkan operasi perniagaan.
liabiliti produk dapat dikurangkan jika kualiti diutamakan.
kerana produk keluaran perlu ikuti spesifikasi yang ditetapkan dan
perlu lulus ujian bagi kawalan kualiti.

Implikasi antarabangsa
jika firma hendak bersaing di antarabangsa firma perlu ditawarkan
produk yang mempunyai rekabentuk dan prestasi tinggi serta
kualiti yang konsisten.

(b) Pengurusan Kualiti Secara Menyeluruh (TQM)

Definisi :
a. Satu proses pengurusan kualiti berasaskan kepada:
i. Kualiti berorientasikan pelanggan,
ii. Penambahbaikan secara berterusan,
iii. Penglibatan semua pihak, bahagian dan proses, dan
iv. Penyelesaian masalah secara berpasukan
Objektif
1. Berorentasikan pelanggan dan kepuasan.
Memberikan tumpuan kepada keperluan dan kehendak pelanggan.

95

Objektif organisasi ialah menghasilkan produk dan perkhidmatan berdasarkan


jangkaan pelanggan atau diluar jangkaan pelanggan.
2.

Penambahbaikan berterusan.

Proses yg tiada titik tamat bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan
dengan berterusan memperbaiki proses dan prosedur penghasilan
keluaran.Berusaha mengurangkan penyimpangan daripda standard kualiti
produk.
3.Kerja berpasukan
Kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja,syarikat dengan pelanggan dan
pembekal. Kualiti akan diperbaiki apabila semua pihak akan bekerjasama,
bertanggungjawab untuk membuat penambahbaikan dan penyelesaian masalah.
Cth : Johson Controll mempunyai 230 pekerja telah memberi 631 cadangan
bagi memperbaiki operasi pengeluaran.
Kepentingan TQM :
Peningkatan kualiti produk yang berterusan
Meningkatkan kepuasan pelanggan
Komunikasi lebih berkesan antara pihak pengurusan dengan pekerja
lain
Mengurangkan kesalahan dan pembaziran
Komitmen yang tinggi daripada setiap pekerja
Meningkatkan persaingan dengan organisasi lain
Prinsip TQM :

Mengadakan perancangan strategik kualiti.

Sokongan pengurusan atasan.

Mengutamakan pelanggan.

Memberi latihan dan pengiktirafan.

Mengukuhkan semangat berpasukan.

Mengadakan pengukuran prestasi.

Menekankan kepastian kualiti.

(c) Jaminan Kualiti

96

Tujuan :
a. Membolehkan satu standard antarabangsa dibentuk.
b. Badan ini menetapkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam
sistem kualiti sesebuah organisasi bagi membolehkan pengeluaran
produk atau perkhidmatan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Meliputi ciri-ciri umum MS ISO:

MS ISO 9000
ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan
elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti bagi
memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat

memenuhi kehendak pelanggan.


ISO 9000: PRINSIP-PRINSIP
1. Merupakan standard kepada sistem kualiti yang diamalkan oleh
sesebuah organisasi dan bukan standard bagi produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan oleh organisasi tersebut
2. Memerlukan organisasi mendokumentasikan segala proses kerja
kritikalnya, melakukan apa yang didokumenkan dan membuktikan
kepatuhan kepadanya.
3. Memberikan penekanan kepada pencegahan masalah daripada berlaku
dan bukan mengatasi masalah selepas ia berlaku. Menekankan
penambahbaikan secara berterusan
4. Satu standard umum yang boleh digunakan oleh semua jenis
organisasi.Standard hanya menggariskan elemen-elemen asas yang
perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi.Tetapi tidak
memberitahu cara-cara melakukannya secara terperinci
SIRI ISO 9000: 5 siri

ISO
9000

Garis panduan yang memperkenalkan standardstandard yang lain dalam ISO 9000. Memberikan
definisi istilah dan konsep berkaitan kualiti.

97

1SO
9001

Model kepastian kualiti rekabentuk,


pembangunan, pengeluaran, pemasangan dan
perkhidmatan.

ISO

Model kepastian kualiti untuk pengeluaran,

9002

pemasangan dan perkhidmatan.

ISO

Model kepastian kualiti untuk pemeriksaan akhir

9003

dan pengujian.

ISO

Garis panduan bagi melaksanakan elemen sistem

9004

pengurusan kualiti.

ISO 9000: KEBAIKAN


1. Mengurangkan tindakan pembetulan.
2. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas-tugas yang patut dijalankan dan
memperincikanlangkah yang perlu.
3. Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun.
4. Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah serta
mengelakkannya daripada berulang.
5. Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama
dan setiap kali.
6. Membolehkan organisasi membuktikan kepada mana-mana pihak mengenai
kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah terkawal.
ISO 9000: CARA MEMPEROLEHI
1. Membina komitmen pengurusan atasan.
2. Mengenalpasti proses utama bagi pelaksanaan ISO 9000.
3. Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana.
4. Menjalankan analisis jurang perbezaan.
5. Menyediakan dokumen-dokumen ISO 9000.
6. Melatih pegawai dan staf melaksanakan prosedur yang telah didokumenkan.
7. Melaksanakan ISO 9000
8. Pengiktirafan dan pensijilan
ISO 14000: DEFINISI
ISO 14000 adalah satu siri standard yang direka untuk melindungi isu-isu
berkenaan alam sekitar bagi organisasi di pasaran antarabangsa.
98

Meliputi : Sistem Pengurusan Alam Sekitar


Pengauditan Alam Sekitar
Penilaian Persembahan Alam Sekitar
Pelabelan Alam Sekitar
Life Cycle Assessments
Aspek Alam Sekitar di dalam Standard Produk
Membawa kepada tumpuan antarabangsa berkenaan alam sekitar.
Merangsang dunia yang lebih bersih, selamat dan sihat.

SIRI ISO 14000:

ISO
14000

Garis panduan yang memperkenalkan standardstandard yang lain dalam ISO 14000. Panduan
berkenaan prinsip, sistem dan teknik sokongan
pengurusan alam sekitar.

1SO
14001

Sistem Pengurusan Alam Sekitar Spesifikasi


dengan cara penggunaan.

ISO
14010

Garis panduan Pengauditan Alam Sekitar


Prinsip umum.

ISO
14011

Garis panduan Pengauditan Alam Sekitar


Prosedur Audit Bahagian 1 Pengauditan Sistem
Pengurusan Alam Sekitar.

1SO
14012

Garis panduan Pengauditan Alam Sekitar


Kriteria Kelayakan bagi Auditor Alam Sekitar.

ISO
14013/15

Garis panduan Pengauditan Alam Sekitar Audit


Programmes, Reviews and Assessments.

ISO
14020/23

Pelabelan Alam Sekitar

99

1SO
14024

Pelabelan Alam Sekitar Practitioners Program


(Garis panduan Prinsip, Praktis dan Prosedur
Pensijilan bagi Program Berbagai Kriteria).

ISO
14031/32

Garis panduan Penilaian Persembahan Alam


Sekitar

ISO
14040/43

Penilaian Kitaran Hidup Prinsipal dan Praktis


Asas.

1SO
14050

Glossary

ISO
14060

Garis panduan Aspek Alam Sekitar dan Standard


Produk.

Proses Kawalan Kualiti


Meliputi langkah-langkah kawalan kualiti iaitu:
1. menetapkan piawai kualiti

Pernyataan yang jelas, boleh diukur dan mempunyai tempoh masa


yang ditetapkan.

Terdapat 3 piawai umum:

Fizikal : Kuantiti dan kualiti produk / perkhidmatan

Kewangan: Kos buruh, jualan, bahan mentah, belanjawan dan lainlain.

Masa : Kadar pelaksanaan, tempoh masa dan lain-lain

2. mengukur prestasi semasa


Menentukan apa yang hendak diukur, sekerap mana dan kaedah
pengukuran
3. membandingkan prestasi dengan piawai

100

Tentukan sama ada wujud perbezaan di antara piawaian dengan hasil


sebenar.

Ini juga bagi mengesan penyelewengan

4. membuat tindakan pembetulan dan/atau penambahbaikan.

(i)

Jika berlaku perbezaan atau kesilapan, tindakan segera akan diambil.


Contoh:
i. Memperbaiki proses
ii. Menyingkirkan produk
iii. Memperbaiki input

menentukan piawaian kualiti.

Piawaian
input

peringkat

Piawaian peringkat
proses

Piawaian peringkat
ouput

Menetapkan bagan-bahan adunan yang sesuai dan mengikut


sukatan yang ditetapkan.

menetapkan proses transformasi yang perlu dipatuhi oleh


kakitangan.
menetapkan ciri jaminan kebersihan.
menetapkan jumlah pengeluaran
menyediakan carta kawalan pengeluaran
menetapkan piawaian tarikh luput.
menetapkan kualiti pembungkusan.
menetapkan piwaian penyimpanan.

(ii)

mengukur pencapaian
output yang dihasilkan(roti) tiada kecacatan/kerosakan.
output menepati spesifikasi yang ditetapkan.( saiz,
berat,bentuk, warna, bau, rasa, kelembutan dan lain-lain.)

mengukur bilangan output yang dihasilkan.


(iii)
mengenal pasti perbezaan (prestasi- piawaian)/
melaksanakan program kawalan kualiti .
mengadakan kawalan kualiti berterusan atau berkala seperti
menguji/memeriksa sample roti yang dikeluarkan.
menjemput pakar luar/ pengguna menilai/ merasa keluaran yang
dihasilakan.
mengenalpasti kelmahan lain seperti tempoh pemprosesan, kos, adunan
bahan mentah dan lain-lain.
(iv)langkah-langkah pembaikan.

101

sebelum dan semasa proses- mendaptkan bahan mentah berkualiti,


memberikan latihan/latihan semula secara berterusan/tambahan kepada
kakitangan, pematuhan tatacara carta kawalan pengeluaran, memperbaiki
proses pengeluaran meliputi pengadunan bahan mentah, mengawal proses
pembakaran dan lain-lain.
selepas proses memperbaiki kaedah pengagihan dan pengedaran kepada
pelanggan, melaksanakan program maklumbalas pelanggan.

102

Anda mungkin juga menyukai