Anda di halaman 1dari 2

Kehadiran pengadil pertandingan, kemudahan tempat pertandingan dan kehadiran

peserta pertandingan

Kehadiran pengadil pertandingan, kemudahan tempat dan kehadiran peserta pertandingan


sangat penting dan perlu dititik beratkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Perkara ini
bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan memastikan
setiap aktiviti mendapat sambutan daripada para peserta.

Kehadiran Pengadil Pertandingan

Bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingin dan sebagai persediaan awal antara
langkah keselamatan yang wajar dilaksanakan oleh pengadil seperti berikut:

- Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.


- Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta
- Mempunyai latar belakang dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan
menjalankan latihan.
- Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang
- Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat
lengkap bagi memudahkan menghubungi ibubapa semasa kecemasan.
- Memberi taklimat keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan yang betul.
- Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
- Menyediakan peti pertolongan cemas.
- Menyediakan laporan yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan dan disertai.

Kemudahan Tempat Pertandingan

Kemudahan temapat pertandingan adalah memastikan peralatan yang indin digunakan


mencukupi dan keselamatan untuk menjalankan aktiviti terjamin. Antara langkah
keselamatan di tempat pertandingan adalah seperti berikut:

- Tatacara Am Kawasan latihan, permainan atau sukan dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
- Tatacara Murid 1. Mematuhi peraturan dan arahan guru.
- Dilarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
- Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
- Menjaga kebersihan.
- Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
- Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti berada di kawasan latihan

1
Kehadiran Peserta Pertandingan

Pihak penganjur dan pengadil perlu memastikan kehadiran peserta pertandingan mengikut
masa yang ditetapkan. Peserta perlu mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan
sepanjang aktiviti berlangsung. Antara perkara yang dititik beratkan adalah:

- Jumlah Peserta adalah betul dan cukup.

- Pakaian peserta yang sesuai.

- Bilangan peserta mencukupi semasa dan selepas pertandingan

- Mendapat kebenaran penjaga atau ibu bapa.

- Peralatan yang mencukupi

Anda mungkin juga menyukai