Anda di halaman 1dari 3

Nama: Muhammad Naqib Haikal Bin Nor Mustafa

Kelas: E1

Soalan: Jelaskan Pendekatan Yang Berbeza Dalam Isi Ucapan Majlis-Majlis Tersebut Dan
Sediakan Satu Teks Ucapan Bersesuaian Dengan Satu Majlis Yang Dipilih.

1. Pendekatan berbeza dalam majlis,

(i) Majlis Perasmian

- Teks Ucapan terdapat senarai dif yang hadir, jumlah tetamu, matlamat program dan
maklumat-maklumat lain.

(ii) Majlis Perpisahan

- Teks memfokuskan iaitu khas untuk majlis perpisahan buat individu yang ingin
berpisah seperti bersara dan sebagainya.

(iii) Majlis Keraian

- Teks ucapan yang lebih memfokuskan untuk keraian seperti majlis makan malam
dan majlis perpisahan.
- Teks ucapan kebiasaannya tidak ada senarai nama dif jemputan yang berjawatan
terlalu tinggi.

2. Teks Ucapan (Majlis Perpisahan)

Ucapan Pengacara Majlis bagi Majlis Makan Malam.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula
sebentar lagi.

Dijemput semua hadirin sekalian mengambil tempat duduk masing-masing untuk menunggu
ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif terhormat.

Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri
bersama keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput berdiri untuk mengalu-alukan
kedatangan beliau, top management company dan dif-dif jemputan.

1
Selamat malam dan salam sejahtera. Izinkan saya berpantun bagi memulakan majlis makan
malam pada malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah Kasih Nya dapat kita
bersama-sama dalam Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016 di Raja Dagang Resort,
Cherang Ruku Tok Bali pada malam ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan serta dif dif
terhormat.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri, ahli
keluarga beliau dan dif-dif jemputan kerana sudi meluangkan masa pada malam ini di dalam
majlis yang tidak seberapa ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Gathering Day of Yusri Maju Group ini
merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan oleh pihak pengurusan

2
syarikat dan kakitangan untuk menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan silalturahim
antara top management dan kakitangan syarikat.

Garam ada, kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput bakal juara Imam Muda Musim Ke-10, Encik
Hisamuddin memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Imam Muda Hisamuddin di atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai