Anda di halaman 1dari 3

Tahap perkembangan kognitif remaja dan apa yang boleh dilakukan bagi

merangsang perkembangan kognitif remaja ini terutamanya dalam menyelesai


masalah.

“Interaksi Sosial: Adakah Perlu Untuk Remaja?”

Tempoh remaja merupakan suatu proses peralihan yang normal daripada umur kanak-
kanak kepada umur dewasa. Perkembangan diri remaja melibatkan perubahan dari segi
fisiologi dan psikologi. Persekitaran yang baik memainkan peranan yang amat penting
dalam pembentukan diri remaja yang baik dan harmoni dari aspek fizikal, kognitif, emosi
dan sosial. Pada peringkat ini, remaja mula menunjukkan tingkah laku yang sesuai
dengan jantina mereka.

Perkembangan kognitif bermaksud keupayaan untuk berfikir, belajar, mengingat,


mengerti dan menyelesaikan masalah. Pada masa remaja, perkembangan kognitif mereka
semakin meningkat dan mereka mula berfikir secara abstrak dan matang berbanding
sebelumnya. Mereka mempunyai keupayaan untuk memanipulasi konsep-konsep yang
abstrak, mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri, mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk
menyelesaikan masalah, membentuk hipotesis bagi penyelesaian yang bijak, berbahas
mengenai sesuatu fenomena yang berlaku di hadapan mereka serta berlakunya
pertambahan struktur mental mereka.

Masa remaja dianggap sebagai masa kemuncak dalam perkembangan umur


seseorang individu terutamanya bagi mereka yang berumur 12 hingga 14 tahun. Setiap
pelajar memerlukan interaksi sosial yang berterusan, terutamanya bagi remaja sekolah.
Menurut teori Lev Vygotsky, pembelajaran adalah suatu pengalaman interaktif. Hal ini
demikian kerana guru mampu membantu pembelajaran pelajar dengan cara memberi
peluang kepada mereka untuk bercakap dan berkongsi pendapat. Sekiranya seseorang
guru ingin merangsang perkembangan kognitif pelajar, mereka seharusnya diberikan
peluang untuk terlibat secara langsung terutamanya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Secara umumnya, kehadiran orang dewasa terutamanya ibu bapa dan guru adalah
penting dalam membantu perkembangan kognitif remaja. Menurut Vygotsky dalam
penulisannya, aktiviti interaksi sosial adalah penting kepada remaja terutamanya semasa
kehadiran orang dewasa. Kehadiran ibu bapa atau guru akan membantu remaja unutk
belajar semasa peringkat umur mereka. Pembelajaran bersama serta aktiviti dramatik
seperti lakonan merupakan dua cara yang bijak bagi menambahkan interaksi sosial dalam
kalangan remaja semasa di sekolah. Remaja-remaja ini perlu diberikan masa untuk
berbual bersama secara bebas dan terkawal serta diberikan masa untuk berehat semasa
sesi persekolahan.

Selain itu, semasa aktiviti fizikal seperti suatu bentuk permainan dalam sesi P&P,
guru seharusnya memasukkan sedikit proses sosialisasi untuk pembangunan diri remaja
yang lebih sihat. Di samping itu, sekiranya pendidik mahupun ibu bapa mengharapkan
remaja memahami bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis,
mempunyai hubungan yang mesra dengan orang lain serta mempunyai sifat-sifat
kepimpinan; oleh itu, aktiviti interaksi sosial remaja seharusnya diperkenalkan kepada
mereka semasa atau selepas sekolah melalui sikap masyarakat sekeliling itu sendiri.

Sebagai kesimpulannya, perkembangan kognitif remaja yang sihat mampu


melahirkan remaja yang berdaya saing sama ada dari segi akademik mahupun masa
depan mereka. Remaja perlu diberi peluang untuk berinteraksi dengan rakan mereka serta
orang dewasa bagi bertanyakan pendapat atau berkongsi idea. Mereka juga harus diajar
dan dibimbing bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul tanpa memperlekehkan
pendapat atau pertolongan yang mereka berikan. Justeru itu, sebagai seorang guru, kita
seharusnya bijak merancang aktiviti yang mampu melibatkan setiap pelajar sekaligus
membantu perkembangan kognitif mereka secara maksimum.
Reference:

Jones, Rose B (2006). Social Interaction: Is It Necessary for Adolescents? Diperoleh


pada Julai 27, 2009 daripada
http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3614/is_200601/ai_n16510686/?
tag=content;col1

Kaufman, Miriam (2006). Role of adolescent development in the transition process.


Diperoleh pada Julai 27, 2009 daripada
http://findarticles.com/p/articles/mi_qa4117/is_200612/ai_n17193620/?
tag=content;col1

Anda mungkin juga menyukai